Melihat dapur orang lain yang sentiasa kemas, tersusun rapi dan bersih sentiasa, kadang kala terfikir juga bagaimana keluarga tersebut lakukannya.
Untuk tidak terus berteka teki, ikuti perkongsian daripada wanita ini. Dapur rumahnya walaupun bersaiz kecil, namun bukan sahaja bersih malah tersusun kemas. Jom semak!
Dapur kemas tak bermakna jarang berasap. Sis selalu guna slogan ni “Organize Your Home”.
Sis sibuk ke sana sini, kerja siang malam. Bila dah kemas elok-elok dapur kecik ni, hidup jadi lebih terurus. Suami pon dah boleh diharapkan bancuh air, masak nasi, basuh pinggan, buang sampah. Apa lagi yang isteri nak kan. Ada suami yang tolong sebab sayang.
Tinggal di rumah kecil ni membantu kita jadi lebih kreatif. Sel-sel otak selalu berhubung.
Mana taknya, puas fikir dan adjust sana sini barang-barang seperti besen, periuk, kuali besar, barang elektrik, bekas plastik tupeware yang jarang guna, stok sabun dan pinggan mangkuk yang jarang guna.
Jadi, sis buatlah secara berperingkat, ikut kesesuaian masa yang ada. Barang yang jarang sangat digunakan dan kurang penting, kebanyakannya dah sedekah kat orang. Tak suka buat koleksi. Susah nak urus nanti.
Keperluan besen, pinggan mangkuk beli yang sekadar perlu saja. Bukan macam mak-mak kita dulu beli set pinggan banyak untuk kenduri jemputan 500 orang.
Zaman sekarang kendurinya di dewan dan guna servis katering. Maksimum terima tetamu kat rumah kita pon hanya 20 orang dalam satu masa. Kalau lebih jadi sardin . Jadi kena pandailah timbang tara.
Sumber : Noor Hafiza Mohamad