Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKP ini, ramai antara kaum ibu menjadikan ruang dapur sebagai sebuah ruang yang paling sibuk di dalam rumah.
Paling tidak, dalam sehari akan memasak tiga hingga empat kali untuk menyediakan hidangan seisi keluarga.
Memasak juga dianggap suatu perkara yang menyeronokkan dan terapi buat kaum ibu lakukan ketika musim PKP ini.
Pun begitu, biarpun ramai yang rajin memasak tapi bab mengemas dapur ada pula yang terasa letih untuk lakukannya. Ini sekali gus kerja seperti mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya bertangguh dan sekali gus menjadikan keadaan dapur tidak terurus dan berselerak.
Jadi, bagi menyuntik inspirasi dan semangat untuk lebih rajin mengemas, apa kata kita baca perkongsian daripada seorang bapa tunggal yang mempunyai 3 orang anak ini.
Antara benda yang aku paling malas, namun aku paksa diri buat setiap malam adalah kemas dapur.
Kenapa aku paksa diri?
Sebab, dapur ni menentukan mood aku esok pagi. Kalau bangun pagi pergi dapur dan tengok segala mangkuk pinggan dalam sink dan segala mak nenek benda ada atas table top tu maka aku terus hilang mood.
Bukan setakat hilang mood, stress pun ada, malas pun ada dan meluat pun ikut serta.
Mood pagi biasanya akan menentukan mood kita seharian. Jadi sebolehnya aku nak mood pagi aku best-best sahaja. bangun pagi ke dapur nampak semua kemas elok maka semangat sikit nak buat breakfast, semangan nak plan masak apa, semangat sikit nak mulakan hari.
Anak-anak bangun dan terus sepahkan living room tu pun aku cool jer sebab mood aku baik. Tapi kalau dapur berselerak dan budak-budak tu tambah lagi sepah maka beranginlah aku hari tu.
Dapur ni bagi aku adalah nadi sebuah rumah atau ibarat “engine room” bagi sebuah kapal. Kalau yang ni semua ok, Insha-Allah yang lain ikut ok.
Sebab tu walaupun malas tahap tak boleh bincang dah atau aku tertidur awal, aku akan bangun malam dan gagahkan diri turun ke bawah dan kemaskan jugak.
Sesungguhnya dapur itu pemberi bahagia.
Majulah dapur untuk keluarga.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
sumber : Khairul Abdullah