
Nak memasak ni kadang-kadang ada orang tengok pada mood, ada orang kata bila dapur terlihat kemas dan cantik, makin bersemangat sediakan juadah untuk keluarga.
Contohnya cuba lihat dekorasi dapur milik puan Akmalaily Akman ini atau mesra disapa Elly ini.
Biarpun ringkas namun dengan konsep berasaskan kayu pine yang direncanakan menjadikan ruang dapur miliknya cukup wow dilihat dan tiada masalah untuk sesiapa pun berada lama di ruang ini kerana rasa cukup selesa.
Jom baca perkongsian Elly tentang ruang dapurnya itu.
Assalamualaikum. Ahli2 group sebelah ramai minta Elly tepek post ni kat wall Elly
Bersiaran dari dapur kecik saya yang kerap bebenor berasap musim pkp ni.
Konsep saya,buat sesuatu yang memudahkan kita.
Contoh kat dapur, saya akan letak semua setempat macam tu.
Senang nak amik capai gapai masa masak. Ada orang tak suka display semua tu,semak,macam sampah. Tu atas diri hati & mata masing2.
Perabot & barang2 berasaskan kayu pine semua suami menukang sendiri ya.
Sis request,lontar idea & dia akan realisasikan walaupun makan masa.. Hehe.
Semoga dapat memberi sedikit inspirasi dan manfaat buat semua.
sumber : Akmalaily Akman
Tiada Istilah Anak Kesayangan. Siapa Buat Salah, Dia Akan Didenda!

Berbicara tentang anak, spontan sahaja bapa tiga anak ini tersenyum lebar. Mengakui kagum dengan ibu dan arwah bapanya yang membesarkan mereka sepuluh beradik, Que sebolehnya cuba menyantuni anak-anak mengikut acuan yang serupa. Sebagaimana bahagia mereka seisi keluarga, begitu juga dia mahu memastikan isteri dan anak-anak bahagia.
“Bukan senang untuk melakukannya tetapi saya mahu buat yang terbaik untuk keluarga. Bila melihat apa yang arwah bapa lakukan untuk kami sekeluarga nampak seperti mudah. Padahal hakikatnya ia tidak semudah yang dijangka. Ada tiga orang anak ini pun pening juga kepala, apatah lagi arwah bapa membesarkan kami.
“Masing-masing mempunyai perangai dan kecenderungan berbeza. Anak yang sulung, Qalif, sudah meningkat remaja, lain pula cara untuk menanganinya. Ratu dan Cleo juga punya karektor berlainan meski beza umur mereka hanya dua tahun. Pada saya, tiada istilah anak kesayangan. Siapa buat salah, dia tetap akan didenda.
“Antara saya dengan Linda, saya lebih tegas dan ada sedikit temper. Linda lebih lembut dan tidak suka marah anak-anak. Memang tak hairan kalau anak-anak gelar saya Mr. No di rumah sebab perkataan No (tidak) memang selalu sahaja keluar dari mulut saya. Kecil hati juga bila mula-mula tahu digelar begitu, tetapi tak boleh nak buat apa. Terima sahajalah,” katanya tertawa lucu apabila Cleo datang di sebelahnya mengangguk sambil memanggil nama gelarannya.
Meski begitu dia tetap bertegas sekiranya perlu. Dia percaya salah seorang daripada mereka perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Hal ini membantu mereka lebih berdisiplin dan belajar dari kesilapan. Orang yang berbuat salah perlu didenda dan dari situ anak-anak belajar apa yang dilakukan mereka salah.
“Kalau salah, tetap salah. Biasanya hukuman yang saya beri seperti berdiri di hujung, tiada gajet dan denda lain yang bersesuaian. Saya bukan jenis yang hanya terangkan apa yang dibuat itu salah, tanpa sebarang tindakan. Saya tak mahu mereka fikir kesalahan mereka itu adalah okay untuk dilakukan bila saya tidak marah dan betulkan mereka.
“Kadang-kadang, Linda kata saya ‘kejam’ sebab denda anak-anak. Tapi, saya masih dengan prinsip saya. Salah seorang daripada kami mestilah tegas. Tak bolehlah kedua-duanya lembut dan tidak langsung marah (tegas) dengan anak-anak. Inilah cara kami mendidik anak dan cara ini saya terapkan sebagaimana cara ibu bapa dan mentua saya mendidik anak-anak mereka.
Bila dah berumah tangga, selalunya sikap pasngan akan bertentangan dengan kita. Bagi pasangan ini, Linda dikatakan lebih sistematik tidak kira dalam urusan kerja mahupun dalam rumah tangga. Apa yang membuktikan Linda begitu, anda boleh rujuk dalam cerita penuh keluarga ini dalam majalah Keluarga keluaran Oktober 2016.
Atasi Masalah Semut Naik Ke Atas Meja Makan, Lebih Mudah Bila Gunakan Double Sided Tape!

Berdepan dengan masalah semut di meja makan mungkin anda juga mengalaminya. Pelbagai cara telah dicuba, bukan sahaja dengan pastikan setiap kali lepas makan meja dilap dengan bahan pencuci namun semut tetap juga nak ‘beratur’ di meja makan. Tambah-tambah lagi bila ada banyak makanan yang terhidang di atas meja.
Pun begitu, usah putus asa apa kata anda cuba pula tips dan cara yang dikongsikan oleh saudara Ahmad Syahril Mohd yang mudah ini. Dia hanya menggunakan dauble sided tape sahaja.
Nak tahu lanjut bagaimana cara dia lakukan, jom baca perkongsian daripanya ini.
Perkongsian simple untuk masalah semut atas meja, terutamanya musim-musim puasa ni, dan nak raye ni..
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Double Sided Tape
2. Gunting
Bertahan 1-2 minggu
Hanya letak double sided tape di kaki meja, semut tak dapat naik dah, tapi ia boleh bertahan dalam 1-2 minggu, sebelom gam double sided hilang, tapi cukup la sementara nak guna untuk beraya.. Habis gam, tampal balik double sided di tempat sama.. boleh je..
Cara-caranya :
1. Lilit di sekeliling kaki meja
2. Pastikan buat di semua kaki meja
3. Kemudian tanggalkan daoubel sided tape tersebut. Siap, setel masalah.
Sumber : Ahmad Syahril Mohd
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak Bawa Orang Berkerusi Roda Naik ‘Flight’, Lelaki Ni Kongsi Prosedur Dari Awal!

Tidak semua orang tahu dan tidak semua orang juga pernah melaluinya. Setiap situasi yang dihadapi pasti memerlukan pengalaman pertama kali untuk belajar perkara yang baru.
Ini termasuklah sebuah perkongsian seorang individu yang berhati mulia, di mana beliau berkongsikan info mengenai keseluruhan prosedur membawa maknya yang menggunakan kerusi roda untuk menaiki kapal terbang. Menurutnya, setelah berusaha mencari maklumat diperlukan, beliau mendapati ianya sukar untuk diperolehi tanpa melalui pengalaman itu sendiri.
Disebabkan itu, saudara Mohd Yazid Ismail berniat berkongsi pengalamannya itu untuk manfaat masyarakat di luar sana. Terima kasih!
Saya bawa mak ke KL naik AirAsia. Mak berkerusi roda. Sebelum beli tiket, saya cuba search procedure cara urusan dari beli tiket hingga arrival bagi penumpang yang guna wheelchair, tapi tak ada orang share info yang saya cari.
Jadi saya nak berkongsi supaya bila ada orang search akan jumpa info ni.
1. Beli tiket macam biasa. Tak perlu click pilihan wheelchair, sebab guna wheelchair sendiri. Bukan nak guna wheelchair Airasia.
2. Check-in pun sama macam biasa. Melalui app AirAsia. Juga tak perlu click pilihan wheelchair masa check in melalui app. Saya ingat hanya kena check-in di kaunter tanpa perlu check in guna app.
Tapi staff kata kena check in melalui app juga. Maknanya boleh check in beberapa hari sebelum berlepas. Saya checkin tanpa pilih seat. Dapat seat 23C dan 23D. Mak tak mampu nak berjalan ke seat sejauh tu.
3. Sejam sebelum departure kena pergi ke kaunter checkin luggage untuk bagitahu ada bawa penumpang dengan wheelchair. Staff akan ajar cara boarding. Guna laluan khas. Akan ada staff yang iringi ke laluan khas.
4. Kerusi roda ditinggalkan di depan pintu pesawat. Staff akan bawa turun untuk dimasukkan ke ruangan bersama luggage
5. Oleh sebab mak tak boleh berjalan ke seat jauh, staff tukar bagi seat 2E dan 2F. Kalau seat depan dah penuh, staff akan gunakan wheelchair Airasia yang kecil muat untuk lalu tengah aisle.
6. Bila dah sampai. Penumpang berwheelchair diminta untuk keluar pesawat paling akhir. Staff akan letakkan kembali kerusi roda kita di depan pintu pesawat.
Alhamdulillah senang tanpa ada bayaran tambahan. Sebelum ni saya ingat kena bayar extra caj. Alhamdulillah, Allah mudahkan pengalaman pertama ni.
Meninjau di ruangan komen, rupanya ramai yang baru tahu cara untuk membawa individu berkerusi roda menaiki pesawat. Oleh itu, mereka berterima kasih kerana berkongsi info yang bermanfaat sebegini. Tidak kurang, ada juga yang sama-sama berkongsi pengalaman sendiri ketika menaiki pesawat.
Sumber: Facebook Mohd Yazid Ismail
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini