Tren penggunaan dapur gas binaan dalam cukup digemari ramai bagi melengkapkan ruang dapur masa kini.

Ini kerana penampilan dapur jenis ini terlihat kemas dan praktikal apabila diletak bersekali dengan kabinet dapur.

Dapur Gas Jenis Binaan Dalam, Bertahun Pakai Api Pun Tak Sekata. Begini Cara Repair, Boleh Follow!

Ini sekali gus menghadirkan gaya dapur yang menarik dan moden sepertimana yang diharapkan.

Namun bila bertahun-tahun lamanya menggunakan dapur gas binaan dalam, bab servis membersihkan bahagian dalamannya bukanlah kerja mudah. Bila dibiarkan berkeladak, tentu sahaja nyalaan api tidak lagi tip top seperti awal-awal penggunaannya.

Pun begitu tidak mustahil untuk dibaiki sepertimana yang dilakukan oleh saudara Muhammad Noornaimy Ahmad Naim ini apabila berdepan dengan masalah nyalaan api tidak sekata.  Bahkan sebab itu juga menjadi penyebab masakan yang dimasak oleh isterinya sering hangus.

Oleh itu, buat anda yang turut mengalami masalah yang sama apa kata baca perkongsian bermanfaat ini.

IKLAN

Hari ni bersihkan dapur masak selepas wife bising sambal dia hangit. Buat pancake untuk anak pun hangit sebab api kat belah tengah tu besar je walaupun buka api kecil je tadi.

Nampak macam senang nak tanggalkan macam dapur gas biasa-biasa tu. Rupanya banyak skru nak kena tanggal.

Dapur Gas Jenis Binaan Dalam, Bertahun Pakai Api Pun Tak Sekata. Begini Cara Repair, Boleh Follow!

Sebelum tanggal skru, kena tanggal alas kaca tu dulu. Dengan berminyak-minyak dan licinnya skru-skru tu.

IKLAN

Rasa macam nak surrender dah tadi sampai nak gi kedai cari dapur baru. Hahaha..

Berkat kesabaran, berjaya gak tanggalkan. Dia punya kerak dalam tu tak hengat punya banyak.

Dapur Gas Jenis Binaan Dalam, Bertahun Pakai Api Pun Tak Sekata. Begini Cara Repair, Boleh Follow!

Dapur Gas Jenis Binaan Dalam, Bertahun Pakai Api Pun Tak Sekata. Begini Cara Repair, Boleh Follow!

IKLAN

Dah 8 tahun guna tak pernah berservis.

Dapur Gas Jenis Binaan Dalam, Bertahun Pakai Api Pun Tak Sekata. Begini Cara Repair, Boleh Follow!

Jap lagi proses memasang semula semua skru. Alang-alang tu, tukar hos dan kepala gas siap-siap. Harap-harao lepas ni elok la dapur ni.

Jenama Dapur : Elba
Tahun Beli : 2012

 

sumber : Muhammad Noornaimy Ahmad Naim via Tukang Apa Hari Ini

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI