Dapur Bersepah Tak Tersusun Rapi, Ini Cara Pantas Untuk Jadikan Nampak Kemas!

Share

Hujung minggu inilah masanya untuk ibu-ibu ambil kesempatan dan memberi lebih masa untuk mengemas ruang dapur. Nak tahu bagaimana petua dan tip untuk nampak kemas jom ikut apa yang dikongsikan oleh dua wanita ini;Nurlia Mohd Nor dan Widyana Ali.


” Aku tengok dapur kamu clear je. Kemas. Atas table top takde pun garam, rempah bagai. Mana kamu letak?”

Ini antara persoalan yang biasa rakan-rakan Nurlia Mohd Nor ajukan kepadanya tiap kali melihat ruang dapurnya yang terlihat kemas. Dan inilah jawapan yang diberikan olehnya yang turut dikongsikan di akaun fbnya.

Ye saya setuju. Barang yang banyak di atas table top atau rak di dapur sedikit sebanyak akan menyakitkan mata dan nampak tak kemas. Kalau ikut tips interior designer pun begitu. Sebolehnya jangan banyak barang. So solusinya kena sorok. Cara saya susun bahan kering untuk masak seperti dalam gambar. Susun dalam laci, tak serabut mata.

 

Di barisan belakang segala serbuk rempah kari ayam/daging, rempah ikan, rempah kurma, rempah sup, serbuk jintan manis. Dalam bekas jaring tu ada serbuk lada hitam, lada sulah, lada putih, serbuk belacan dan herba-herba lain. Dalam bekas kelabu ada cili kering dan di atas tu pula ikan bilis.

Ini cara susunan dalam laci.

Ini segala rempah ratus. Kulit kayu manis dan asam keping dalam bekas kaca tinggi. Garam dan serbuk kunyit dalam bekas kaca yang ada lubang. Bekas lain ada bunga lawang, bunga cengkih dan geng depa lah. Dalam bekas satu lagi tu ada sup bunjut, ada kiub tomyam.

Ini pula tip daripada Widyana Ali  yang dikongsikan melalui akaun fbnya.  Jom semak bagaimana cara beliau menyusun atur ruang dapurnya.

1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur.Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli.Sebelum pergi shopping barang dapur,saya akan buka kabinet dan check apa yang dah habis apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”

2. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah,jenis2 tepung,jenis2 gula,pasta dan sebagainya.

3.Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol2 rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai rm20 pun. Sekarang macam2 kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas2 yang sesuai.Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dsb.

4.Biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.

5. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.

6. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Macam suami saya selalu usik bila dia buka kabinet dapur masa cari rempah atau sos “Wahhhhh…banyak nya barang kat rumah kitaaaa!! Macam kedai lah ”