Dapur Berselerak Lepas Raya, Ini Cara Pantas dan Praktikal Untuk Kemaskannya!

Share

Lepas beraya dapur kita pastinya ‘berkecah’ bukan main. Maklumlah semua proses memasak sepanjang minggu ini dilakukan secara total.

Habis beraya apa kata kita cuci dan kemaskan dapur kita ni kembali pada yang asal. Nak panduan mengemas boleh cuba langkah yang dilakukan wanita ini.

Perkongsian dari saudari Widyana Ali yang kongsikan tip untuk susun atur dapur ini sangat bermanfaat untuk kita. Jom kita lihat perkongsiannya.

Tips Susun Atur Barang Dapur Dari Saya Buat Kaum Wanita

1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli.

2. Sebelum pergi shopping barang dapur, saya akan buka kabinet dan check apa yang dah habis dan apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”

3. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.

4. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai RM20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas-bekas yang sesuai. Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dan sebagainya.

5. Kalau memasak pula, biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.

6. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.

7. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Macam suami saya selalu usik bila dia buka kabinet dapur masa cari rempah atau sos “Wahhhhh…banyak nya barang kat rumah kitaaaa!! Macam kedai lah. Jadi kena sentiasa periksa, takut habis tarikh luputnya.

Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Insya Allah..

Mungkin cara kita berbeza, namun bagi yang inginkan panduan, bolehlah ikut cara ini supaya dapur kita lebih tersusun dan bersih. Jangan hanya membeli tetapi tidak pandai menyusunnya.

Sumber: Widyana Ali