Biarpun kehidupan serba kekurangan dengan keadaan rumah yang tidak sempurna, namun keluarga ini cukup pembersih. Keadaan rumah dijaga rapi dan bersih. Itu yang dikongsikan oleh puan Natipah Abu. Menerusi laman facebooknya, sukarelawan terkenal dari utara ini menunjukkan keadaan pondok usang yang didiami oleh sepasang suami isteri dan empat orang anak ini bersih dan tenang walaupun keadaannya serba kekurangan
Menurutnya lagi, keluarga ini memerlukan RM7K bagi membina dapur yang selamat dan juga selesa.
“Dapur Berlantai Tanah Tapi Bersih.” Wanita Ni Kongsi Kisah Asnaf  Perlu RM7K Untuk Buat Dapur Yang Selamat & Selesa!SEDEKAH JUMAAT :
BINA DAPUR ASNAF.
ANGGARAN KOS RM7K.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521‬

Ads

“ Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap … “
Inilah syurga pasangan muda yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 9 , 7 , 3 dan 1 tahun.
Kita setuju dengan pendapat komuniti setempat yang telah memanjangkan kisah keluarga ini kepada kita. Jarang sekali kita temui rumah yang dhaif sebersih ini.
Biarpun dapur cuma berlantaikan tanah .. namun dijaga bersih. Ada ruang basuhan di hujung dapur .. tetapi tiada sebarang bauan yang kurang menyenangkan pun.
Ruang ibu rumah , rumah batu dibuat sendiri seadanya dan hanya langsir menjadi pemisah bilik . Apa yang ada di dalam rumah ini juga pemberian orang. Diterima dengan besar hatinya oleh mereka suami-isteri.
“Dapur Berlantai Tanah Tapi Bersih.” Wanita Ni Kongsi Kisah Asnaf  Perlu RM7K Untuk Buat Dapur Yang Selamat & Selesa!Pasangan ini mengambil keputusan menyiapkan ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang ada disekeliling seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah yang mahal.
Mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua ini hampir setahun yang lalu.
Si suami baru saja dua minggu bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji hari. Sebelum ini, beliau bekerja di sebuah kedai welding di bandar dan dibayar RM50 sehari. Tidak tahan berulang alik berjam-jam setiap hari dengan motosikal, beliau nekad berhenti kerja dan bekerja di kampung saja.
“Dapur Berlantai Tanah Tapi Bersih.” Wanita Ni Kongsi Kisah Asnaf  Perlu RM7K Untuk Buat Dapur Yang Selamat & Selesa!Bila ditanya tentang gaji di tempat baru … beliau menjawab dengan nada yang perlahan ..
“ Jujur saya cakap … saya takut nak tanya tentang gaji. Takut nanti taukeh tak mau terima saya pula …”
“Dapur Berlantai Tanah Tapi Bersih.” Wanita Ni Kongsi Kisah Asnaf  Perlu RM7K Untuk Buat Dapur Yang Selamat & Selesa!Hajat dipanjangkan utk kita membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuk pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Mujurlah tiada bil utk bekalan air bersih kerana datangnya dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “ air muafakat “.
Atas sebab itu, maka Sedekah Jumaat kita hari ini kita niatkan untuk membina dan menyiapkan dapur rumah milik Encik Mohd Fitri Bin Md Kassim dan keluarga. InsyaAllah … kerja-kerja pembinaan akan bermula ahad ini.
“Dapur Berlantai Tanah Tapi Bersih.” Wanita Ni Kongsi Kisah Asnaf  Perlu RM7K Untuk Buat Dapur Yang Selamat & Selesa!Mudah-mudahan dengan berkat sedekah kita ini akan memberikan kediaman yang lebih selesa buat mereka anak beranak.
Kita permudahkan orang .. InshaAllah satu hari akan ada insan yang Allah S.W.T kirim untuk mempermudahkan kita kelak .
“Dapur Berlantai Tanah Tapi Bersih.” Wanita Ni Kongsi Kisah Asnaf  Perlu RM7K Untuk Buat Dapur Yang Selamat & Selesa!Jumaat yang barakah, salam dan selawat buat Junjungan Besar kita …

Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI