Bila berbudi dengan tanah, dapat lah hasilnya. Yang mana selalu bercucuk tanam tu, mesti seronok kan bila hasil tanaman kita tu mendapatkan hasil!

Haa yang mana sekeliling tanah anda ada ubi kayu tu, tak tahu nak dimasak apa, sekali sekala buat la sira ubi ni! makan sejuk-sejuk. Lagi terbaik! Nak tahu macam mana? Jom tengok resipi dari Haniza Hamzah ni, confirm jadi!

RESEPI UBI SIRA SAGU BERKUAH MENJILAT MANGKUK

Last week balik kampung husband, mak mertua Kking bagi ubi kayu. Makanya, jadilah resepi ni. Simple and sedap sesekali dapat makan Ubi Sira Sagu Berkuah ni..

Korang boleh tambah ais sekali waktu makan. Lagi sedap. Sejuk je tekak.

Bahan-bahan dan resepi boleh tengok di bawah ye.. 😋😋

Bahan-bahan :

1. 600 gram / 3 mangkuk kecil ubi kayu.
2. 400 gram / 8 sudu sagu.
3. 250 gram / 5 sudu gula merah/gula melaka.
4. 250 gram / 8 sudu gula pasir.
5. 1 tin susu cair.
6. 2 botol pewarna.
7. 2 helai daun pandan.
8. 1 sudu besar garam.

IKLAN

Cara-cara :

1. Rebus ubi kayu bersama 1 sudu garam besar. Setelah ubi empuk, angkat dan ketepikan.

2. Panaskan air dalam periuk berasingan untuk memasak sagu.
3. Tunggu hingga air mendidih lalu masukkan sagu. Sagu tidak perlu dibasuh. Masukkan terus ke dalam air mendidih.
4. Sesekali kacau sagu supaya tidak melekat. Setelah sagu masak, tapiskan sagu dan lalukan di bawah air paip.


5. Sagu yang telah ditapis, dibahagikan kepada 2 bahagian untuk diwarnakan. Setelah diwarnakan, ketepikan sagu dan sediakan kuali untuk buat gula merah.


6. Masak pula secawan air dan gula merah dalam periuk berasingan.
7. Kacau gula merah dan masak hingga pekat.
8. Setelah pekat, angkat dan tapiskan dalam mangkuk, lalu ketepikan. Sedia untuk menyira ubi.

9. Ada 2 kaedah untuk menyira. Anda boleh pilih cara yang mana anda suka. Dalam resepi ni, Kking guna cara pertama.

Ni 2 kaedah untuk menyira :

a. Masukkan air, gula, ubi kayu dan daun pandan. Masak hingga gula pekat. Sewaktu gula sedang memekat dan mula hangus, tambahkan setengah cawan air. Warna keperangan akan terhasil. Kacau lagi hingga likat. Setelah likat, angkat dan hidangkan dalam pinggan.

b. Masakkan gula hingga sedikit hangus dan keperangan, lalu tambahkan secawan air. Masukkan ubi dan daun pandan, lalu kacau hingga pekat. Setelah likat, angkat dan hidangkan dalam pinggan.

13. Setelah siap menyira, angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama-sama dengan gula merah, susu cair dan sagu.

14. Siap! Cara makan seperti dalam gambar pertama. Ubi sira dicampur dengan sagu dan susu. Boleh juga tambahkan ais untuk lebih sedap.

Jangan lupa share untuk korang try tau.. Selamat mencuba.. 🥰🥰