Dapat Suami Baik Itu Rezeki. Seronok Tengok Rahsia Bahagia Rumah Tangga Ozlyn & Johan

Share

Dapat suami baik itu pun satu rezeki dari Allah SWT. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja. Tetapi mendapat pasangan yang saling memahami dan anak-anak yang membahagiakan juga satu rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.

Ramai orang berdoa agar dikurniakan pasangan hidup yang menyejukkan mata dan kehidupan tetapi tidak semua berpeluang mendapat rezeki tersebut.

Walaubagaimanapun sebagai hamba-Nya kita tidak boleh berputus asa sebaliknya teruskan berdoa kerana Dia sahaja yang berkuasa mengurniakan apa sahaja yang dikehendaki kepada hamba-hamba-Nya.

Selain daripada itu kita juga boleh menjadikan kisah kehidupan pasangan suami isteri lain yang bahagia sebagai inspirasi untuk dicontohi. Salah satu pasangan selebriti yang sering berkongsi kebahagiaan rumah tangga mereka adalah Ozlyn dan Johan.

Sebagai ketua keluarga, Johan mempunyai cara yang dikagumi dalam mendidik anak-anaknya terutama bab bersolat, mengaji, menghormati ibu bapa dan membantu kerja di rumah.

Seronok melihat cara kehidupan mereka sekeluarga yang sentiasa berusaha mencipta bahagia cara mereka tanpa perlu mengikut orang lain.

Ozlyn yang gemar berkongsi pelbagai telatah dan gelagat suami dan anak-anaknya di Instagram secara tidak langsung sebenarnya mengajak orang lain untuk sama-sama saling berusaha membahagiakan keluarga masing-masing.

Bahagia Itu Kita Yang Cipta

Walaupun keduanya bergelar selebriti dan sentiasa sibuk tetapi ia bukan alasan untuk pasangan ini mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka mengikut acuan yang dikehendaki. Hasilnya kesemua anak-anak Johan dan Ozlyn memang ‘jadi’ orang.

Paling seronok bila melihat bonding mereka dengan anak-anak yang sangat rapat walaupun keduanya mendidik anak dengan cara yang tegas dan garang tetapi anak-anak tetap ‘melekat’ dengan papa mama. Memang salute lah!

Ini antara cara didikan Johan dan Ozlyn terhadap anak-anak yang mungkin boleh dicontohi oleh ibu bapa lain jua.

  1. Amalkan solat berjemaah sekeluarga setiap hari. Semua anak-anak sudah dibiasakan solat berjemaah dari waktu Subuh sampai ke Isyak dari mereka kecil lagi.

2. Ajar anak mengaji sendiri. Johan sendiri yang mengajar kesemua anak-anaknya mengaji dan mereka semua mesti mengaji al-Quran setiap hari.

3. Rajin layan anak bermain. Antara cara mudah cipta bonding dengan anak iaitu rajin layan mereka bermain. Momen seronok tersebut akan tersimpan rapi dalam kotak memori anak sampai bila-bila.

4. Rajin jaga anak. Walaupun bila geng bapak-bapak yang jaga anak akhirnya dia akan tidur sekali dengan anak tetapi effort para bapa ini patut diraikan dan dipuji.

5. Ajar anak besar jaga adik-adik. Sifat tanggungjawab yang patut ibu bapa ajar pada anak-anak yang sudah besar. Barulah hubungan adik-beradik rapat sampai ke akhir hayat.

6. Masak untuk suami dan anak-anak. Ozlyn memang dikenali rajin memasak dan masakannya juga nampak sedap-sedap belaka. Ibu anak enam ini juga rajin berkongsi menu masakannya sebagai satu cara memberi idea kepada followers untuk memasak.

7. Suka bersedekah. Tidak miskin seseorang yang suka bersedekah kerana Allah sudah menjanjikan rezeki yang lebih berlipat kali ganda kepada mereka.

Patutlah keluarga Ozlyn dan Johan sentiasa nampak bahagia dan harmoni. Semoga dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan menjadi asbab pahala kepada pasangan bahagia ini.

Sumber: jozlynnhanania

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)