Gaya Hidup

Dapat Rehat Dengan Tenang, Tips Bilik Wangi Semula Jadi

Share

 

BILIK TIDUR adalah tempat kita berehat setelah seharian penat bekerja. Mestilah kita nak bilik tidur kita selalu ada dalam keadaan bersih, wangi, dan selesa. Bila bilik tidur selesa, fikiran kita pon tenang. Bukan itu je, rehat pon cukup.

Nak wangikan bilik tapi nak jimat dan cuba cara lain? Jom cuba 6 cara untuk wangikan bilik tidur dengan bahan semula jadi yang dah ada dekat rumah. Mana la tahu bila guna cara ni, lebih wangi daripada wangian yang beli dekat kedai kan.

 

WANGIAN SEMULA JADI BILIK TIDUR

1. Campuran bahan semula jadi

Ambil hirisan buah oren, kulit buah oren, buah cranberry, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan air.

Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas yang berisi air yang mencukupi.

Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, rumah atau ruang itu akan dipenuhi dengan aroma hangat, bersih dan menyegarkan.

 

2. Daun pandan

Boleh juga cuba guna daun pandan. Pandan ni bukan digunakan dalam masakan nak bagi naik aroma je, pandan pon boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah.

Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.

 

 

3. Kelopak bunga mawar

Selain itu, kelopak bunga mawar yang diracik halus. Campur dengan daun pandan untuk dijadikan bunga rampai.

Caranya masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.

 

4. Serai

Ia selalu digunakan dalam bahan asal essential oil, serai wangi atau citronella dan ada pelbagai khasiat untuk pengguna.

Selain mengeluarkan aroma yang segar, serai wangi juga dapat menghalau nyamuk dan serangga. Sebab itu kebanyakkan pewangi bilik air ialah wangian serai.

 

5. Pewangi fabrik

Campurkan 1/4 cawan pewangi fabrik dengan empat sudu baking soda dan satu cawan air panas.

Biarkan kesemuanya larut bersama lebih kurang 30 minit. Kemudian tuang larutan ke dalam botol dan sembur sekitar rumah.

 

6. Minyak bayi

Sediakan lidi buluh, balang dan minyak pati kegemaran sendiri. Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan kemudian isi selebihnya dengan minyak bayi.

Minyak pati tadi akan diserap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik bau yang cukup nyaman.

Semua bahan-bahan yang diperlukan memang sudah sedia ada di rumah. Boleh lah cuba buat sendiri di rumah.

SELAMAT MENCUBA!

SUMBER: Sinar Plus

MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my