BILIK TIDUR adalah tempat kita berehat setelah seharian penat bekerja. Mestilah kita nak bilik tidur kita selalu ada dalam keadaan bersih, wangi, dan selesa. Bila bilik tidur selesa, fikiran kita pon tenang. Bukan itu je, rehat pon cukup.
Nak wangikan bilik tapi nak jimat dan cuba cara lain? Jom cuba 6 cara untuk wangikan bilik tidur dengan bahan semula jadi yang dah ada dekat rumah. Mana la tahu bila guna cara ni, lebih wangi daripada wangian yang beli dekat kedai kan.
WANGIAN SEMULA JADI BILIK TIDUR
1. Campuran bahan semula jadi
Ambil hirisan buah oren, kulit buah oren, buah cranberry, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan air.
Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas yang berisi air yang mencukupi.
Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, rumah atau ruang itu akan dipenuhi dengan aroma hangat, bersih dan menyegarkan.
2. Daun pandan
Boleh juga cuba guna daun pandan. Pandan ni bukan digunakan dalam masakan nak bagi naik aroma je, pandan pon boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah.
Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
Ads
3. Kelopak bunga mawar
Selain itu, kelopak bunga mawar yang diracik halus. Campur dengan daun pandan untuk dijadikan bunga rampai.
Caranya masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.
4. Serai
Ia selalu digunakan dalam bahan asal essential oil, serai wangi atau citronella dan ada pelbagai khasiat untuk pengguna.
Selain mengeluarkan aroma yang segar, serai wangi juga dapat menghalau nyamuk dan serangga. Sebab itu kebanyakkan pewangi bilik air ialah wangian serai.
Ads
5. Pewangi fabrik
Campurkan 1/4 cawan pewangi fabrik dengan empat sudu baking soda dan satu cawan air panas.
Biarkan kesemuanya larut bersama lebih kurang 30 minit. Kemudian tuang larutan ke dalam botol dan sembur sekitar rumah.
6. Minyak bayi
Sediakan lidi buluh, balang dan minyak pati kegemaran sendiri. Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan kemudian isi selebihnya dengan minyak bayi.
Minyak pati tadi akan diserap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik bau yang cukup nyaman.
Semua bahan-bahan yang diperlukan memang sudah sedia ada di rumah. Boleh lah cuba buat sendiri di rumah.
Walaupun sedang bergelut dengan keadaan rumah tangga dengan kedatangan pihak ketiga serta orang luar, Bella Astillah berjaya mengangkat nama Malaysia hingga ke China.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya semalam, beliau dijemput untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024. Beliau turut membanggakan China dengan menyanyikan lagu bahasa Cina selain Sumandak Sabah.
Dengan kapsyen “Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia! Saya bangga menjadi orang Sabah dan Malaysia”,
Beliau meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu di pesta tersebut selain bangga menjadi anak kelahiran Sabah dan Malaysia.
Netizen turut menumpang gembira dan berasa bangga dengan kejayaan yang ditempa beliau meskipun sedang menghadapi masalah peribadi.
“Di saat dia dijatuhkan, dia sendirian berjuang terus bangkit demi anak-anak, tahniah Bella semoga terus berjaya dan kuat berdiri. Kami wanita sedunia sentiasa menyokong kamu,”
“Fuh sekarang aku tengah tengok orang yang dijatuhkan berada di pentas besar bawa nama negara, yang menjatuhkan tengah naik bas dan merayau jalan kaki. Allah itu maha adil, besar betul ganjaran orang bersabar,”
Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik. Antara rakan artis tersebut ialah Puteri Sarah Liyana, Nora Danish, Marsha Milan, Umie Aida dan ramai lagi.
Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu, 46, sah menjadi duda setelah menceraikan isteri pertamanya, Datin Seri Sharidah dengan talak satu pagi tadi.
Datuk Red melafazkan talak cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor di hadapan hakim syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Berdasarkan dokumen yang dibacakan oleh peguam Datuk Red, Datin Red bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya iaitu nafkah iddah dan mutah.
Katanya dia kasihankan bekas suaminya itu kerana dia tahu Datuk Red sedang mengalami krisis kewangan.
“Sebab saya tahu dia muflis. Tak apalah, saya cari nafkah sendiri untuk anak-anak,”
“Saya tak mahu susahkan dia dan akan sentiasa menyokongnya,” jelas Datin Red.
Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir.
Datin Red turut memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.
Bulan lepas, Datuk Red terdahulu sah bercerai dengan isteri keduanya, Adira Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Adira memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu pada Oktober tahun lalu.
Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).
Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.
Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.
Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.
GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERGERAK
Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.
Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.
Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.
“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.
Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.
Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.
“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”
“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”
“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.