Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Mereka sanggup mencuba pelbagai produk untuk kekal cantik termasuk wajah.
Selain menggunakan produk kecantikan dipasaran, apa kata cuba cara alami. Cara ini lebih selamat dan mudah disediakan.
Walaupun hasilnya lambat, namun ada segelintir wanita suka mengunakan cara ini.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, Fatin Amierah Zabri mengamalkan petua kecantikan daripada seorang makcik India menggunakan kunyit sebagai asas untuk mencerahkan wajah.
Ikuti perkongsian beliau.
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN
½ sudu kunyit serbuk 1 sudu yogurt (perisa original) 1 sudu madu
CARA PENYEDIAAN
Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nanti kunyit tu akan lekat warnanya
Masukkan satu persatu bahan tadi mengunakan sudu plastik. (sudu besi boleh hilangkan khasiat madu, tak pun guna sudu yogurt tu je)
Ads
Gaulkan sampai sebati semua. Pastikan dia pekat dan tak menitik. Ratakan di muka guna belakang sudu (jimat takyah beli berus). Biarkan dalam 30 minit sehingga kering.
Basuh muka guna air suam dan pencuci muka korang dan skrub muka terus (amat digalakkan) Psst: sediakan towel muka yang korang dah tak sayang sebab nanti kena kesan kunyit.
KELEBIHAN
Kulit jadi cerah dan flawless Glowingkan kulit muka Sembuhkan jerawat Kurangkan pigmentasi Anti-aging (penuaan) Kurangkan infection Kulit rasa lembab je Pulihkan dari sunburn (kesan terbakar) Kurangkan gelap bawah mata Fatin dah amalkan setahun lebih, seminggu 2 kali. Paling malas seminggu sekali.
Ads
Soalan famous:
Tak jadi kuning ke muka tu nanti? YES, muka kita akan jadi sedikit kekuningan. Tapi selepas beberapa jam saja. Sebabtu Fatin galakkan scrub muka selepas tu.
Berapa lama nak nampak kesan? Hmm…tah la. Fatin tak kira pulak berapa lama. Tapi yang pasti selalu lah buat. Tiba-tiba orang dah tegur. EH FLAWLESSNYA KULIT! Hahhahahhaaa
Sebenarnya, petua ni dapat masa Fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap, tapi glowing gila kulit dia! Sebijik jerawat pun tarak. So dia bagi petua ni.
Dia kata orang India memang dok amal benda ni. Lagi-lagi time dorang nak kawin. Dorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin. So kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengentin tu setiap hari. Kuikuikuii
Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita taktau isi dia apa.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Buah oren bukan sahaja kaya dengan vitamin C dan enak untuk dimakan, malah boleh juga dijadikan masker untuk mencantikkan kulit wajah. Mungkin tidak ramai yang tahu untuk menyediakannya, jadi apa kata kita baca perkongsian daripada fb ana mahabu untuk dicuba.
Memandangkan masker daripada buah-buahan tentu lebih selamat digunakan buat sesiapa yang mempunyai kulit wajah yang sensetif pada bahan-bahan kimia. Apatah lagi, mencari ramuan untuk menyediakan masker berasaskan alami lebih mudah untuk dicari.
Jadi tunggu apa lagi, jom semak perkongsian ini.
Masker Limau Mandarin
Limau mandarin dan lemon mempunyai ekstrak citrus yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit yang rosak. Mereka kaya dengan Vitamin C dan zink yang akan membantu untuk menghilangkan jerawat.
Cara-caranya adalah:
Kisar 3 sudu besar jus oren segar.
2 sudu besar jus lemon dan 1 sudu makan madu.
Sapukan ini pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit.
Akhir sekali basuh dan lap sehingga kering.
Amalkan setiap hari dan anda akan lihat perubahan pada kulit anda dalam masa beberapa minggu. Anda juga boleh hilangkan masalah kulit, lutut serta siku yang hitam dengan menggosokkan jus lemon setiap hari kepadanya.
Cara Betul Makan Limau Mandarin
Nak makan limau mandarin boleh tetapi jika diambil dengan jumlah yang terlalu banyak, ia boleh mengundang kemunculan beberapa penyakit lain seperti sakit tekak, demam, gejala batuk yang teruk dan kemungkinan menyebabkan sakit perut dan radang usus.
Cara yang betul untuk makan buah yang kaya dengan vitamin C ini.
Basuh atau rendam dahulu buah oren. Kemudian barulah makannya.
Pastikan jari yang terkena kulit oren yang tidak dibasuh itu tidak bersentuhan dengan isi limau yang hendak dimnakan. Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau.
Kulit Pun Cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C merupakan agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit sehingga mempercepatkan proses memperbaiki jaringan yang rosak.
Orang perempuan kalau ditanya siapa nak kurus cara paling cepat, memang semua nakkan. Maklumlah bukan ke kurus tu nampak cantik?
Pun begitu, jangan pelik ada juga perempuan yang rungsing dengan bentuk badannya yang terlalu kurus melidi. Katanya kurang seksi di depan suami.
Jadi ini ada petuanya untuk sesiapa yang nak tambah berat badan dengan cara yang mudah dan sihat sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Anis Najme. Jom semak!
Cara Mengemukkan Badan dengan BANANA MILK.
Sape yg nak gemukkan badan secara sihat boleh amalkan ni 2 kali sehari. Ni cara anis la..selain tu byk lagi petua utk gemukkan guna bahan dapur. Next time anis akan share.. K.
Bahan-bahan :
Banana Milk
Milo
Cara buat:
1. Campurkan dua bahan ni..
2. Dan amalkan 2 kali sehari.
Sape yg rasa kurus sgt tu boleh cuba ni, k. cikAnis dah amal, nampak sgt berisi. Kena tegur, terus stop hahaha.
Ekstra Tip:
Jika tidak menggemari rasa banana milk boleh juga digantikan dengan susu full cream.
Selamat mencuba.
sumber : Nur Anis Najme
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang, berat lagi bahu si ayah yang memikul. Mungkin nampak kejam dan tidak berhati perut, namun si ayah ini tidak punya pilihan lain apabila menempatkan tiga anaknya di sebuah bangsal sebesar reban ayam.
Ini bertujuan mengelakkan ketiga-tiga mereka bertindak agresif. Di situlah dunia dan tempat ketiga-tiga mereka yang dikategorikan lembam dan juga mental berteduh.
Menurut Mamat @ Mohd Zain Idris, 70, dia membina bangsal tersebut berhampiran rumahnya apabila terpaksa mengasingkan ketiga-tiga anaknya itu bagi mengelak bertindak agresif terhadap empat cucu yang tinggal bersama.
Bangsal daripada kayu dan zink terbuang itu menjadi tempat tinggal dua anak yang mengalami masalah mental, Mohd Fakrul Anuar, 46 dan Mohd Aris, 36, serta anaknya lembam Mohd Hanafiah, 34.
Ihsan sedekah orang ramai
Tinjauan Sinar Harian mendapati ruang di bangsal Mohd Hanafiah hanya muat untuk dirinya tidur manakala tempat berteduh Mohd Arif tidak mempunyai pintu.
Mamat berkata, tiga bangsal itu dibina apabila empat cucu berusia 6 hingga 15 tahun tinggal bersamanya dan isteri, Aminah Harun, 55, selepas tiga anak perempuan bercerai dan meninggalkan mereka.
Dua lagi anaknya juga lembam, Nor Albaniah, 27, sudah berumahtangga serta disara suaminya manakala Samsuri, 25, tinggal di dalam rumahnya yang diubah suai dan dipisahkan dengan batu-bata.
“Saya sara 9 ahli keluarga dengan ihsan sedekah orang ramai kerana tak larat untuk bekerja buruh lagi. Mujurlah adik saya yang tinggal sebelah rumah hulurkan makanan setiap hari untuk kami 10 sekeluarga
“Kalau ada beras atau makanan boleh dibuat lauk yang disedekahkan orang ramai, saya masak sendiri,” katanya.
Ulang-alik hantar cucu
Menurutnya, selain menguruskan makan minum empat anak mental dan lembam, dia juga berulang-alik menghantar tiga cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pohon Tanjong dan tadika menaiki motosikal.
“Cucu yang sudah sekolah menengah pergi sendiri ke sekolah. Membesarkan empat cucu ini sudah menjadi tanggungjawab saya, nak harapkan kepada anak-anak bantu, mereka pun saya jaga.
“Mohd Fakrul Anuar kerja cari besi buruk tapi perlu ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu setiap bulan untuk rawatan susulan penyakit mentalnya.
“Mohd Aris yang sering merayau pula setiap bulan perlu disuntik ubat penenang kerana dia agresif,” katanya.
kemurungan selepas ibu meninggal dunia
Mamat berkata, penyakit mental ini dihidapi kedua-dua anak lelakinya itu sejak remaja disebabkan kemurungan kerana ibu mereka yang juga isteri pertamanya meninggal dunia.
“Anak-anak saya tak ada kad orang kurang upaya (OKU) sebab belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Isteri ada masalah jantung dan tiroid
Menurutnya, isteri yang bekerja sebagai pembantu kantin sering menolongnya menyara keluarga sebelum terpaksa berhenti kerja setahun lalu.
“Isteri saya mempunyai masalah jantung dan menghidap tiroid. Dia pula perlu dibedah pada 25 Mei ini,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga berkenaan juga mendapat perhatian Imam Masjid Mukim Paloh, Muhamad Husin dan menjadi antara asnaf yang sering menerima bantuan zakat dan beras.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Mamat @ Mohd Zain 153039270207 atau hubunginya di talian 012-9685549.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.