Memiliki pembantu rumah adalah salah satu keperluan terutama sekali bagi yang memiliki anak ramai dan masih bersekolah.
Sekurang-kurangnya ada orang yang menjaga dan memerhati ketika ibu bapa keluar bekerja. Namun ada kalanya mendapat pembantu yang tidak ‘ngam’ menyebabkan pelbagai masalah lain timbul. Tidak hairanlah timbul isu pembantu laridari rumah, mencuri dan sebagainya.
Tetapi tidak semua pembantu bersikap sedemikian. Sebalikny ada juga yang sangat rapat sehinggakan susah untuk berpisah terutama dengan anak-anak.
Selebriti Catriona Ross baru-baru ini memuat naik luahan mengenai kerinduannya terhadap pembantu rumahnya.
Menurut Cat, pembantu rumah tersebut yang kini sudah pulang ke kampung sangat rapat dengan anak-anaknya terutama Raess.
Pernah tak rasa rindu dengan pembantu rumah/helper yang dah balik kampung? Pernah tak rasa selesa dan sayangkan pembantu ?
I dah faham dah perasaan tu. Sebelum ni kalau ada my friends yang cakap rindu dekat maid and sering call, i macam – apooooo? Tapi betul la, bila pembantu tu berdisiplin, rajin, amanah dengan kerja, jujur dalam berkata-kata dan hormat kita memang kita appreciate sangat bila ketiadaan dia.
Kayu pengukur i buat pembantu is my autistic son sebab anak istimewa has a 6th sense which we, neuro typical people dont have. Bila pembantu i datang dulu, Jammal Raess datang dekat and peluk my helper so i tau she was the one ?
Bila pembantu mesra dengan anak-anak dan pegang amanah yang diberi apa lagi kasih dengan anak istimewa, makin la kita sayang kan dia. Sebab kita tau hati nya baik. Sapa yang baca post ni, faham maksud i? ?
Di mana juga kamu, moga bahagia sama famili iya.
Perkongsian tersebut mendapat maklum balas dari pengikutnya. Ada yang turut berkongsi pengalaman dengan pembantu rumah mereka.
Sumber: IG catrionabrianross