Perkembangan terbaru, bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah sentiasa dinantikan oleh orang ramai. Sebelum ini dia dilihat semakin sihat dan comel.
Baru-baru ini, ayah kepada si cilik Ainul Mardhiah telah memuat naik gambar terbaru anaknya yang sudah pun berusia hampir 2 tahun dan kelihatan semakin sihat.
Kali ini, kanak-kanak tersebut sudah menunjukkan perkembangan positif apabila mampu bernafas tanpa tong oksigen.
“Dapat off sekejap oksigen ainul dalam 5 ke 10 minit,” demikian tulis Ahmad Saifuddin di ruangan instagramnya.
Bukan itu sahaja, ibunya Nurul Erwani turut memuat naik gambar wajah Ainul yang comel dengan potongan rambut baru. Malah Ainul juga nampak aktif bermain dan ada sahaja gelagat lucunya yang menghiburkan ibu bapanya.
Cuba teka apa perubahan pada saya hari ini🥰. Ini semua kerja mama saya, sebabnya mama saya geram dengan saya😆
Kalau dengan mama dia asyik kena geletek je! Dah dapat dah spot yang dia geli😆.
Rata-rata memuji kecomelan wajah terbaru Ainul Mardhiah serta mendoakan semoga si kecil ini sentiasa sihat.
Sumber : Nurul Erwani, Ahmad Safiuddin