Nostalgia zaman sekolah, mesti setiap antara kita ada kenangan bersama lori milo yang tidak dapat dilupakan. Maklumlah boleh minum air milo secara percuma, beratur panjang pun bukan jadi masalah.
Istimewanya juga tentang lori milo ini dan membuatkan kita asyik teringat-teringat hingga kini adalah kerana air milo tersebut adalah kerana rasanya yang special. Diminum sejuk, terasa pekat dan keenakannya terasa hingga ke tekak.
Pun begitu, kalau kita sendiri membancuh sendiri di rumah, sukar sekali untuk mendapatkan rasa tersebut. Ada sahaja yang kurangnya.
Oleh itu, dengan perkongsian daripada puan Zainun yang berkesempatanberbual dengan pekerja yang membancuh air milo tersebut, bolehlah dijadikan panduan.
Jom ketahui apa tekniknya!
Suatu hari pergi satu event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja milo tengah bancuh air.Saya tanya napa air milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat.
Ini rahsianya
Dia kata masa bancuh air perlu panas. Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair.. milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula. Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.
Bahan-bahan:
10 sudu besar serbuk milo
1/2 liter air panas.
1/2 liter air sejuk.
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu manis
Kacau rata semuanya dengan air panas.
Campurkan air sejuk.
Masukkan air batu…fuhh..kaw kaw.
sumber : Zainun Mamat via MAHN