“Dapat Mentua Baik Juga Satu Rezeki Kan. Hikmah Bersabar, Allah Ganti Yang Terbaik.” Hubungan Intan Salleh & Famili Mentua Dipuji

Share

Kisah hidup wanita bernama Intan Liana Saleh pernah mengundang kontroversi suatu ketika dahulu.

Namun, kini awan hitam yang menutupi hidupnya sudah berlalu pergi. Terbaru, dia sudah menemui insan Yang boleh dijadikan dahan untuk berpaut.

Intan mengakhiri status ibu tunggal apabila  melangsungkan pernikahan keduanya pada bulan Disember yang lalu.

Memilih Mohd Aizam Yahya sebagai imamnya, kebahagiaannya mendapat respond ramai termasuklah pengikutnya. Rata-rata menitipkan doa semoga Intan dan anak-anak kembali bahagia.

Ternyata pilihan Intan kali ini tidak sia-sia apabila dirinya bukan sahaja Sudah bergelar isteri, Bahkan kehadiran Dalam keluarga mentuanya disambut baik.

 

Itu yang boleh dilihat menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik ibu kepada dua orang cahaya mata ini menerusi laman Instagramnya.

Menurut Intan, gambar tersebut diambil  baru-baru ini bersama keluarga mertua di ibu kota. Nampak mesra dan akrab hubungan Intan dan semua ahli keluarga Aizam.

Bukan semua menantu bertuah mendapat keluarga mentua yang menerima diri seadanya.  Intan antara wanita  yang beruntung kerana mertua dan keluarga suaminya melayannya serta anak-anak dengan baik.

Betul kata orang,  dapat keluarga mentua yang baik juga adalah satu rezeki.

Sumber: __iiiintan.saleh


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami