Kisah hidup wanita bernama Intan Liana Saleh pernah mengundang kontroversi suatu ketika dahulu.
Namun, kini awan hitam yang menutupi hidupnya sudah berlalu pergi. Terbaru, dia sudah menemui insan Yang boleh dijadikan dahan untuk berpaut.
Intan mengakhiri status ibu tunggal apabila melangsungkan pernikahan keduanya pada bulan Disember yang lalu.
Memilih Mohd Aizam Yahya sebagai imamnya, kebahagiaannya mendapat respond ramai termasuklah pengikutnya. Rata-rata menitipkan doa semoga Intan dan anak-anak kembali bahagia.
Ternyata pilihan Intan kali ini tidak sia-sia apabila dirinya bukan sahaja Sudah bergelar isteri, Bahkan kehadiran Dalam keluarga mentuanya disambut baik.
Itu yang boleh dilihat menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik ibu kepada dua orang cahaya mata ini menerusi laman Instagramnya.
Menurut Intan, gambar tersebut diambil baru-baru ini bersama keluarga mertua di ibu kota. Nampak mesra dan akrab hubungan Intan dan semua ahli keluarga Aizam.
Bukan semua menantu bertuah mendapat keluarga mentua yang menerima diri seadanya. Intan antara wanita yang beruntung kerana mertua dan keluarga suaminya melayannya serta anak-anak dengan baik.
Ads
Betul kata orang, dapat keluarga mentua yang baik juga adalah satu rezeki.
Anak kena belajar susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Anak Kena Belajar Susah, Barulah Dia Jadi Lebih Kuat
Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Berikut perkongsian Mohd Zulkifli Shafie
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Mengapa Anak Perlu Belajar Rasa Susah?
Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Bagaimana Ibu Bapa Boleh Mengajar Anak Untuk Menghadapi Kesusahan?
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.
Adakalanya karenah anak-anak memang mengundang kemarahan ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila penat bekerja dan anak-anak pula buat ‘hal’ memang membuatkan kurang sabar rasanya.
Tetapi dah nama pun ibu, pasti akan timbul rasa bersalah selepas memarahi anak-anak kan. Tip di bawah ini mungkin sesuai untuk anda praktikkan.
MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?
Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’ ‘Macam mana nak hilangkan baran?’ Dan seumpamanya.
Dear parents Dear mommies. You don’t need to be perfect. Just be patient.
Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus.
You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.
Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.
Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut. 😆
Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut.
Yup, just simply being a therapist to her.
Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah.
Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!
Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.
Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah.
Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn’t define your happiness… so relax.
Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.
Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam.
Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat. . . Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.
Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.
Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.
Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.
You are beautifully made by Allah. Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.
Kredit: Wawa Shauqi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Demi menggapai impian untuk memiliki zuriat, ada pasangan suami isteri sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk membiayai kos rawatan kesuburan (subfertiliti) yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Berlainan pula dengan perkongsian bintang Bollywood terkenal ini. Muat naik terkini pelakon bollywood kesayangan ramai, Priyanka Chopra ini menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Priyanka berkongsi mengenai kisah di sebalik kelahiran anak sulungnya, Malti Marie Chopra Jonas.
Dia mendedahkan bahawa Malti dilahirkan menggunakan khidmat ibu tumpang. Priyanka dan pasangannya, Nick Jonas mengumumkan mereka dikurniakan anak perempuan pada 21 Januari 2022.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Kami sangat teruja untuk memaklumkan telah dikurniai seorang bai perempuan melalui kaedah ibu tumpang. Kami sangat memerlukan privasi pada saat ini, terima kasih banyak,” tulis mereka dalam pengumuman yang dibuat di media sosial lebih tahun lalu.
Kini, menjelang satu tahun pengumuman tersebut, Priyanka berkongsi pengalaman menyambut kelahiran Malti kepada Vogue UK.
“Saya tidak pasti sama ada dia boleh melakukannya (hidup) atau tidak. Saya
dan Nick berdiri di luar melihat kecekapan mereka membantu anak kami.” kata
Priyanka.
Wanita yang berkahwin dengan Nick Jonas pada 2018 di Jodhpur, Rajasthan, India itu
kemudian menyambung cerita kelahiran anaknya.
Menurutnya Malti lahir dalam keadaan tidak cukup bulan di trimester ketiga.
Dengan kelahiran tidak matang itu, dia perlu menerima rawatan dan diawasi di Neonatal Intensive Care Unit (NICU).
“Saya ingat waktu itu dia sangat kecil. Lebih kecil dari tangan saya.”
Kata Priyanka lagi, Malti berada di dalam NICU selama tiga bulan dan semua menjaganya dengan sangat baik.
Dan setelah dibenarkan pulang ke rumah, mereka mendapat sokongan keluarga untuk member penjagaan rapi serta sempurna kepada Malti.
ALASAN GUNA KHIDMAT IBU TUMPANG
Bercakap mengenai keputusannya memilih kaedah ibu tumpang untuk melahirkan anaknya, Priyanka mengatakan dia mempunyai masalah kesihatan.
Melakukan kaedah ibu tumpang disifatkan sebagai langkah terbaik buat mereka. “Saya mempunyai masalah kesihatan dan melakukan kaedah ibu tumpang adalah keputusan terbaik.”
Ibu tumpang Malti seorang yang sangat baik dan penyayang. Dia menjaga anak kami selama enam bulan dengan sangat baik.”
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.