Sedap lidah lembu rupanya. Selain dibuat sup, salah satu hidangan lain yang berasaskan lidah lembu adalah lidah goreng kunyit.
Cara penyediaannya agak rumit, tapi bila dah dapat makan memang nikmat sungguh!
Siapa yang suka makan lidah lembu tu, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Haliza Zainol di bawah. Selamat mencuba!
LIDAH GORENG KUNYIT
Bahan-bahan:
Lidah lembu
Gula
Halia
Bahan perap:
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kunyit
Garam
Gula
Sedikit tepung jagung
Cara-cara:
Rebus lidah selama 40-45minit sehinga benar-benar empuk. Letak sedikit gula dan halia.
Bila dah empuk, keluarkan dan buang kulit tebal dipermukaan lidah. Belah tengah dan tarik saja kulit sampai habis.
Kemudian baru potong mengikut cara masing-masing.
Tumbuk semua bahan perap. Satukan dengan lidah yang sudah dihiris nipis dan gaul rata.
Perap selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas. Masukkan bawang serta cili padi (jika suka pedas).
Goreng sehingga garing dan siap untuk dihidangkan.
Sumber: Haliza Zainol
Asam Pedas Ayam Terlajak Sedap. Kena Cuba Buat, Memang Puas Hati!
Menyediakan menu asam pedas untuk keluarga perlu kesabaran ketika memasaknya.
Ini penting agar ramuan di tumis masak sempurna, pekat kuahnya dan berasa. Andai dibuat secara tergesa-gesa bimbang juga rasanya tidak sepertimana yang diharapkan.
Apatah lagi jika menyediakan asam pedas ayam, sebolehlah biarlah keenakan rasa asam pedas meresap hingga ke dalam isi ayam dan pastinya menambah keenakan rasa saat dijamah.
Bercerita tentang resipi Ayam Masak Asam Pedas ini, memang banyak resipinya. Lain orang lain caranya. Begitu juga dengan perkongsian daripada Har Ryea di page MAHN.
Boleh dicuba untuk dijadikan menu istimewa hari ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Jom semak apa ramuan yang digunakan olehnya.
Asam Pedas Ayam
Ayam (arini k.su masak 1/2 ekor jer)
Cili Kering-di rebus-dikisar
Bawang Besar 2 biji (sedang2)-dikisar
Bawang Putih 4 ulas-dikisar
Halia 1/2 ibu jari-dikisar
Kunyit hidup 1/2 ibu jari-dikisar
Lada Hitam 1 sudu besar-dikisar
Belacan-dikisar
Serai-di ketuk
Daun Kesum
Bunga Kantan (arini tak dapat bunga kantan)
Pes Asam Jawa (Adabi)
Garam & Ajinomoto
Cara memasak:
1. Panaskn minyak, masukkan serai yang dah di ketuk..biar sekejap..
2. Masukkan bahan-bahan yang dah dikisar….tumis sampai sedikit garing(naik minyak).. masukkan sedikit air dalam blender, kocak-kocak untuk tambah sebaaig kuah nanti..
3. Masukkan ayam pada rempah yang dah garing…curahkan air dair blender tadi..kacau rata..kuah agak-agak ikot banyak ayam…kalau yang suka cair, tambah jer air lagi..
4. Masukkan pes asam jawa kacau rata hingga kuah mendidih..
5. Masukkan garam & ajinomoto….kacau perlahan-lahan.
6. Masukkan daun kesum..biarkn ianye terus mendidih..kalau ade bunga kantan, belah 2 masukkan sekali dengan daun kesum….
7. Kacau rata sampai naik minyak..
8. Alhamdulillah siap.
9. Jom makan dengan nasi panas-panas.
sumber : Har Ryea via MAHN
Secawan Ice Latte Kos Bawah RM3, Begini Wanita Ni Kongsikan Cara Buat Untuk Dapatkan Rasa Setanding Minuman Berjenama!
“Serious sedap tak tipu”, “Daripada tak suka kopi jadi suka kopi…” Itu antara komen yang diberikan oleh warganet bila mencuba menyediakan minuman yang viral ini. Bukan sahaja rasanya dikatakan sedap malah kos untuk menyediakan minuman bercitarasa mewah ini dapat dinikmati dengan serendah RM3 sahaja.
Mungkin ada yang tidak percaya, tapi itulah yang dikongsikan oleh Nur Leayanna Juan di dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official yang mendapat perhatian warganet.
Bahkan menurutnya, rasa minuman ini setanding Starbuck dan McCafe dan bahan yang digunakan pun tidak banyak
Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat untuk dapat dinikmati bersama seisi kelaurga.
Bahan-bahan :
Full cream milk
1 sachet frenche roast ice latte
50ml air panas
Ais
Air 2 sudu besar makan
Cara penyediaan :
Langkah 1 : Letakkan 1 sachet ice latte dalam cawan lain yang dicampurkan dengan sedikit air panas (asal serbuk tersebut tenggelam) atau anggaran 50ml.
Langkah 2 : Pukul serbuk ice latte seperti kacau telur jadikan berbuih.
Langkah 3 : Kemudian sediakan cawan yang berisi ais dan susu full cream. Kemudian campurkan dengan ice latte yang telah dikacau hingga berbuih tadi.
Langkah 4 : Tuang semua ke dalam cawan.
Bila sudah campur serbuk ice latte kemudian masukkan 2 sudu makan air gula dan kacau sebati untuk sedia dinikmati.
Sumber : Nur Leayanna Juan
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Buat Sendiri Homemade Spray Guna 3 Bahan Ni. Mudahkan Kerja-Kerja Dapur Termasuk Tanggalkan Karat!
- Bila sebut bab kerja-kerja dapur, pasti ibu-ibu tak lepas dari masalah kotoran, minyak dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur, apa kata ibu-ibu cuba tip yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini.
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2063732036988369&id=100000547782708
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
#tipdantrik
#diysprayserbaguna