Tentu kita biasa mendengar pepatah Melayu ada menyebut, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Begitulah juga halnya dengan usaha calon-calon STPM 2021 bagi mendapat keputusan peperiksaan cemerlang.
Pastinya perjalanan mereka untuk memperolehi keputusan yang membanggakan dapat menjadi inspirasi buat yang lainnya. Khususnya buat anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini pula.
Antara kisah yang mencuri tumpuan sepertimana memetik berita yang dipaparkan di Bernama berkenaan kejayaan Nur Yasmin Hani Kasman yang telah dinobatkan sebagai antara tiga pelajar terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.
Amal surah al-Waqiah dan Yasin
Difahamkan amalan membaca surah al-Waqiah dan Yasin hampir setiap hari antara rahsia kejayaan Nur Yasmin Hani Kasman.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja itu berkata beliau tidak menyangka meraih keputusan cemerlang STPM dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 membabitkan mata pelajaran Geografi, Sejarah, Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Kesusateraan Melayu Komunikatif.
Katanya walaupun sebelum ini hanya meraih 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun tidak pernah menjadi halangan kepadanya untuk berusaha lebih gigih sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam STPM.
“Saya percaya antara penyumbang kepada kejayaan saya hari ini adalah amalan bacaan surah al-Waqiah dan Yasin yang diamalkan hampir setiap hari.
“Saya mula mengamalkannya selepas melihat satu hantaran di media sosial, Instagram yang memaklumkan mengenai kebaikan mengamalkan surah berkenaan dan sejak daripada itu saya tidak putus membacanya,” katanya ketika ditemui pemberita di SMK Tengku Panglima Raja di sini hari ini.
Ulangkaji Jam 9-2 Pagi
Berkongsi kejayaan itu, Nur Yasmin yang bercita-cita menjadi guru Bahasa Melayu berkata antara kebaikan surah al-Waqiah adalah dimurahkan rezeki, manakala surah Yasin pula segala hajat yang dipohon akan dimakbulkan Allah SWT.
“Amalan surah ini menjadi ikhtiar dan ‘makanan’ rohani saya sebagai persediaan menduduki STPM. Bagaimanapun, usaha lain seperti solat sunat hajat dan sebagainya turut dilakukan.
Ads
“Kebiasaannya saya akan mengulang kaji pelajaran bermula 9 malam hingga selewat-lewatnya 2 pagi,” katanya yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada ibu bapanya, guru serta rakan sekolah yang banyak membantu dan memberi sokongan.
Anak Buruh Berjaya Untuk Balas Jasa Ayah
Meninjau di akhbar tempatan yang lain pula, turut dikongsikan kisah kejayaan seorang anak buruh kasar mendapat 4.00 dalam keputusan STPM yang diumumkan baru-baru ini.
Difahamkan setiap hari, bapanya mengambil masa lebih setengah jam meredah panas dan hujan untuk menghantarnya ke sekolah dengan motosikal.
“Ia mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” kata Halimatus Sa’diyah Abdul Faal, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini.
Menurut Halimatus Sa’diyah, pengorbanan bapanya, Abdul Faal Ibrahim, 53, yang juga buruh membuatkannya tersentuh.
Anak Sulung Daripada 10 Beradik
Kerana itu, Halimatus Sa’diyah berusaha untuk membalas jasa bapanya yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melihatnya berjaya.
Ads
Katanya, dengan izin Allah SWT selain bantuan guru dan rakan-rakan, dia terus menumpukan perhatian pada pelajaran dan hasilnya, hari ini, dia mendapat keputusan cemerlang 4.00 dalam STPM yang diduduki.
“Saya adalah anak sulung daripada 10 beradik dan saya sedar, ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada saya sebagai contoh serta tauladan buat adik-adik.
“Saya amat terharu dengan pengorbanan bapa yang sanggup menunggang motosikal lebih 40 kilometer sehala untuk menghantar serta menjemput saya pulang dari sekolah setiap hari.
“Sekiranya ada kelas tambahan, bapa akan menghantar saya semula ke sekolah pada waktu petang sebelum menjemput saya pulang apabila kelas tamat,” katanya yang berasal dari Kampung Titian Berayun, Kijal di sini.
Menurutnya, sekiranya ada kelas tambahan pada petang atau malam, bapanya terpaksa berulang-alik empat atau enam kali dari rumah ke sekolah.
Katanya, dia amat bersyukur dengan keputusan yang diperoleh dan bercita-cita ingin menjadi guru.
Halimatus Sa’diyah juga sudah membuat permohonan untuk menyambung pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Jaga Solat, Hormat Ibu bapa & Guru
Katanya, tiada rahsia khusus dalam pembelajaran namun dia sentiasa mengambil perhatian ketika guru sedang mengajar selain merujuk kepada guru jika tidak faham.
“Jaga solat, hormat kedua ibu bapa, hormati guru-guru yang banyak mencurahkan ilmu selain rapat dengan kawan-kawan antara formula untuk mencapai kejayaan.
Ads
“Saya anggap pencapaian ini adalah permulaan kerana perjalanan masih panjang dalam memburu impian untuk bergelar guru,” katanya.
Sementara itu, bapanya, Faal Ibrahim berkata, dia bersyukur apabila mengetahui anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM.
“Saya dan isteri Soleha Asharri, berusia 49 tahun, sentiasa berdoa supaya anak sulung kami berjaya pada masa depan.
“Sudah menjadi tanggungjawab saya menghantar dan mengambil anak dari sekolah sama ada ketika panas atau hujan.
“Walaupun jarak untuk menghantar anak ke sekolah jauh namun ia bukan halangan buat saya kerana pendidikan untuk anak amat penting bagi masa depan mereka,” katanya.
Isu Doula kembali hangat diperkata ekoran satu perdebatan mengenainya telah berlangsung baru-baru ini.
Membincangkan tajuk Doula: Peneman Ibu atau Pengganti Doktor, sekali lagi stesen TV Alhijrah mendapat perhatian meluas.
Usai perdebatan tersebut, pelbagai respon yang diterima daripada netizen termasuklah cara pengacara mengendalikan program.
Disebalik apa yang diperkata oleh orang ramai serta pandangan dari ahli panel yang dijemput, kepetahan dan cara Syafinaz Yunus yang cukup ‘cool’ mengendalikan program tersebut mendapat pujian netizen.
Syafinaz selaku penerbit serta pengacara bagi program Analisis itu mengakui ‘tempoh waktu selama 1 jam itu cukup terhad. Hal tersebut dikongsikannya di laman instagramnya.
1 jam itu tidak lama.
Dalam tempoh itu, hanya soalan yang benar2 penting harus diajukan.
Melihat aspek mudarat yang lebih besar.
Di Malaysia, host juga perlu menitik beratkan soal menjaga maruah panel & tidak memalukan beliau.. .
walaupun host tahu panel tidak bercakap benar, kita akan terus bertanya & biar rakyat menggunakan akal untuk menilai .
KEBENARAN harus dibuktikan .
Itu OBJEKTIF Program .
Membuktikan kebenaran demi kemaslahatan ummah .
Jika anda sering menonton Program ‘Hard talk’ terbitan media antarabangsa, Host nya lebih kritikal, lebih straight forward, akan provoke panel sampai panel mengaku .
Mengapa mereka buat begitu, sebab mereka mempunyai BANYAK bukti & fakta kenyataan2 yang pernah dikeluarkan & dilakukan panel tersebut .
Namun saya tak rasa, rakyat Malaysia sudah bersedia mempunyai host sebegitu.
Host akan dikecam teruk sehingga objektif program tidak kesampaian.
Dan ANALISIS TV ALHIJRAH , tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.
Pasti akan ada pihak bercakap ‘Host patut tanya itu & ini’, Host tanya soalan merapu, Host tak perlu membebel, tanya je soalan, Tiada siapa mahu dengar ulasan host & bla bla bla bla.. .
Namun percayalah, sejak 2 tahun lalu Program ini bersiaran, Objektifnya adalah, Meraikan Ilmu & Memberi Kebenaran,
Sebenarnya mengemop lantai pun ada aturannya yang lebih tepat. Barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat. leboh-lebih lagi bagi ibu-ibu yang selalu masak. Pasti ada kesan minyak bukan sahaja di dapur bahkan ruang tamu juga. Setiap kali kaki memijak lantai pasti akan terasa melekit dan jika berminyak.
Tahu cara terbaik mengemop lantai? Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang
lama.
Langkah 1
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 2 – Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan
ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 3 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak
kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 4 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau
bunga-bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai
dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 5 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan
hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Ektra Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Tip lantai berkilat:
BahanAir panas
Cuka
Downy
Cara membuat:
Campurkan bahan berkenaan kemudian mop lantai andai.
Lihat nanti kesannya, lantai akan lebih berkilat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penghujung bulan Oktober lepas, pasti ramai tahu beberapa orang selebriti terbabit dalam perlumbaan Ironman 2019 yang berlangsung di Langkawi. Antaranya termasuklah penyanyi dan pengacara hebat Alif Satar, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Tidak ketinggalan Sheila Rusly dan keluarganya.
Dalam perlumbaan tersebut, Alif Satar memilih untuk menyertai kategori penuh dalam Ironman kali ini. Kejayaannya menyelesaikan cabaran-cabaran dengan merangkumi beratus kilometer betul-betul membanggakan banyak pihak.
Rata-rata mengucapkan tahniah dan memuji bapa kepada tiga orang cahaya mata ini kerana berjaya menamatkan perlumbaan dengan jayanya.
Namun, di dalam banyak-komen yang diterima, ada sesetengah netizen menitipkan pertanyaan kepada Alif berkenaan bagaimana dia dan peserta yang beragama Islam lain menunaikan solat sewaktu perlumbaan tersebut.
maaf tanya.. kalau dah lenjan 15 hours camtu, solat semua kat mana ye? dorg ada stop solat ke? maaf bertanya
tidak melatah dengan persoalan tersebut, Alif dilihat menjawab soalan tersebut dengan baik. Malah terdapat juga wakil pengajur yang turut sama memberi penjelasan.
alifsatar ada ruang solat di transition 2 (bike to run). bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol.. organiser ironman sediakan ruang khas utk muslim athletes.👍🏽
soufi55 hi I’m technical official team for IM 2019. Setiap khemah Di Transition 1(swim-bike) ada disediakan ruang solat . Di transition 2 (bike-run) ada juga ruang solat. Dan volunteer begitu ramai sekali hehhehe.. Di khemah transitions juga ada losen sun screen etc…best tau jomm join next year.. jadi sponsorship ker hehehehe.👍🏾
Menerusi Instagramnya hari ini, Alif dilihat memuat naik video dia mengambil wuduk dan menunaikan solat di check point perlumbaan.
Dia juga dilihat memakai kain pelikat dan menunaikan solat bersama beberapa lagi peserta.
Hal ini bukan sahaja menjawab persoalan netizen-netizen berkenaan solat yang diajukan kepada Alif, malahan memperlihatkan bahawa penganjur juga peka terhadap para peserta yang beragama Islam.
Rata-rata rakan artis dan netizen telah meninggakan komen diruangan Instagram Alif dengan memuji penerangan Alif berkaitan solat semasa Ironman.
zatashah Simply amazing !!!!😍😍😍 so very proud of you and so happy to have cheered you on during your run route ! 👏👏👏💪💪💪🔥🔥🔥 love these videos , keep on inspiring @alifsatar ❤️💪
azzaelite ini lah yg harus dijadikan contoh yg baik! masyaAllah @alifsatar our role model and live as an example ..
lisasurihani Vids like this truly warms the heart. Well done brother.
matredho solat tu kan mudah..so tak sepatutnya org nak tanya benda mudah..we as muslim know ape yg wajib..alif also know ape yg patut die buat..die bukan nak show off tapi kalau netizen kepohci terpaksa lah tunjuk ape yg berlaku..#saluteYouBuddy . Thanks for sharing
amran_bomba Alhamdulillah @alifsatar….solat tu lagi mudah dri acros the finish line…tahun depan repeat balik 👍💪
am.boiii Saya betul2 terinspirasi drpd abang💯😍I love it❤️
amiratraveller Kelebihan alif ni, pandai express perasaan dia
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.