Bagi yang pernah merasa kehilangan, pastinya anda tahu bagaimana sakitnya menanggung kerinduan pada yang telah pergi selamanya.
Terasa kalau boleh diputarkan masa, pasti kita akan memilih untuk menikmati detik terindah bersama orang-orang yang disayangi.
Begitulah agaknya yang dirasai oleh seorang suami yang sedang meratapi pemergian isterinya. Manakah tidak, sudah bertahun-tahun hidup bersama, terasa janggal apabila salah seorangnya tiada.
“Agak-agak mama okay ke dekat kampung abadi sana,” tanya seorang bapa kepada anaknya. Mama yang dimaksudkan adalah isterinya yang sudah pergi buat selamanya.
Melihat kepada keadaannya, benarlah kata orang rindu kepada seseorang yang berbeza alam sesungguhnya tidak terperi sakitnya. kerinduan itu seperti tiada penghujungnya. Kerinduan yang tiada bernoktah dan tidak tahu harus dituju ke mana.
Melalui satu video tular di aplikasi TikTok, seorang anak sempat merakam bagaimana bapanya sering termenung jauh membayangkan keadaan arwah ibunya di alam barzakh sejak pemergian ibunya itu.
Mashitah Sedik berkata dalam kesemua lapan adik-beradiknya, dia yang paling rapat dengan bapa dan memahami duka yang sedang dilaluinya.
“Pada Julai 2020, ibu didiagnos dengan kanser payudara. Sebelum tu ibu diserang minor stroke pada sebelah kanan badan.
“Untuk strok, ibu dapatkan rawatan di Hospital Serdang, kami ingat ibu boleh recover dan semuanya sudah selesai. Tapi ada seorang jururawat ni beritahu kami dia syak ibu ada sakit lain juga.
“Jadi kami pun buat pemeriksaan lanjut, ternyata ibu ada kanser payudara tahap dua. Kami ikhtiar buat kemoterapi enam cycles (kitaran), setiap cycle memang nampak ibu semakin kepenatan dan lesu.
“Kemoterapi itu kurang berkesan, kanser payudara ibu meningkat jadi tahap empat. Kami cuba pula radioterapi lima cycles berterusandari Isnin sampai Jumaat, tapi sejak dari tu, kesihatan ibu terus merosot,” cerita Mashitah.
Keadaan ibu Mashitah menjadi tenat apabila dia tidak lagi boleh berjalan dengan sendirinya dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Ads
“Ibu hanya terlantar atas katil. Bila kami check balik, rupanya kanser ibu dah merebak ke bahagian kepala dan belakang badan.
“Pada Jun 2022, ibu dimasukkan ke hospital. Kemudian doktor cakap kepada kami yang ibu dah tak ada harapan untuk sembuh. Mereka cuma boleh berikan morfin untuk kurangkan sakit ibu.
“Kami sekeluarga dalam masa seminggu selepas tu cuba nak deny hakikat ni, sukar sangat nak terima. Kami bawa ibu pulang ke rumah dari hospital untuk bagi ibu berehat pada hari-hari terakhirnya,
“Sepanjang ibu dekat rumah, saya memang tak berenggang dengan ibu dan selalu teman dia,” kata Mashitah yang menetap di Puchong, Selangor.
Namun begitu, ajal tidak akan lewat atau cepat walau sesaat dan akhirnya ibu Mashitah dijemput Ilahi.
“Waktu tu pukul 6 petang, saya dekat sebelah ibu nampak mata dia terbuka, saya ingat dia terjaga sebab sebelum tu dia tidur. Saya pun panggil abah.
“Bila abah saya check, rupanya itu hembusan nafas dia yang terakhir dan ibu saya dah tak ada. Ibu pergi di depan mata kami semua.
Ads
“Ibu baru berumur 61 tahun, masih muda lagi tapi dia dah meninggalkan kami. Yang paling terkesan dengan pemergian ibu sudah semestinya abah, mereka berkahwin selama 30 tahun lebih.
“Susah senang mereka bersama untuk besarkan kami. Dari bekerja kutip botol sehingga jadi pengawal keselamatan untuk sara kami adik-beradik, banyak memori yang mereka kongsi,” kata Mashitah.
Mashitah berkata sejak ibu meninggalkan mereka, hidup bapanya seakansepi dan kosong.
“Abah saya umur 70 tahun. Setiap sudut yang abah pandang di dalam rumah kami ni akan mengingatkan dia kepada ibu. Arwah ibu adalah sebahagian daripada nyawa dan jiwa dia.
“Kalau kami keluar jalan ke mana-mana pun, abah tak nak overnight lama-lama sebab dia risau kalau roh ibu datang melawat rumah, tak ada siapa yang akan sambut dia, kepercayaan orang tua-tua.
“Abah pun kerap berlapar, biasanya ibu yang akan jaga makan minum dia tapi semua tu dah tak ada. Jadi saya yang kena pergi tanya dia nak makan apa sebab kalau tidak memang dia senyap sahaja dan ikat perut.
“Bila kami jamu dia air, kadang-kadang dia complain cakap tak sama macam yang ibu selalu buatkan untuk dia, jadi dia akan bangun buat sendiri untuk kena dengan cita rasa dia,” cerita Mashitah.
Ads
Selain itu, Masyitah juga memberitahu bibir bapanya sering mengalunkan ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah isterinya.
“Ayah akan sering duduk seorang sama ada di ruang tamu atau di dalam bilik tidur dia, air mata mengalir turun, sambil dia buka bacaan Yasin di YouTube dan ikut baca sekali, untuk dihadiahkan kepada arwah ibu.
“Abah juga suka tanya soalan yang saya pun tak ada jawapannya, contoh dia tanya macam mana agaknya rupa tempat tinggal ibu di alam sana atau ibu tenang ke di sana.
“Kalau rasa rindu sangat, abah akan pergi lawat pusara ibu. Lepas itu dia akan selfie hantar dekat group family, dia tulis dia dapat jumpa bidadari dia hari ni, minta ibu jaga diri baik-baik dekat sana, macam dia bermonolog sendirian.
“Saya nak gembirakan abah tak berdaya sebab apa pun yang saya cakap tak akan mampu rawat luka di hati dia,” kata Mashitah.
Menutup perkongsian, Mashitah berharap dia dapat memanfaatkan masa yang ada bersama bapanya dengan sebaik mungkin.
Begini rupanya cabaran untuk didik anak gosok gigi. Bahkan ibu bapa kena jadi ‘ singa’ jika terpaksa.
Nyata perkongsian Doktor gigi , Dr Abdul Rahman begitu inspirasi.
Walaupun saya doktor gigi, saya juga manusia biasa. Dan anak pertama saya Umar, saya tidak mampu jaga gigi susunya dengan sebaiknya. Satu penyesalan terbesar bagi saya.
Mana tidaknya, Umar lahir ketika kami tengah struggle dalam pengajian. Masih belum ada pengalaman jadi ibu bapa. Akibatnya, gigi depannya dah kena cabut.
Saya ambil pengajaran daripadanya.
Anak kedua saya Hanan, lahir dalam suasana serba mencukupi. Alhamdulillah. Maka saya usahakan sebaik mungkin untuk jaga gigi Hanan sejak tumbuh.
Masa mula-mula gigi tumbuh, saya hanya biasa lap guna kain. Pagi sekali malam sekali. Cabaran bermula apabila Hanan dah start makan dan minum susu botol. Setiap malam mesti kena minum susu baru boleh tidur. Dan bukan sekali je. Satu malam 3-4 kali bangun untuk minum susu. Masa bila nak lap gigi dia? Kalau lap nanti terjaga semula? Yang paling penting, jangan biar puting botol susu dalam mulut dia. Kalau dapat biasakan tidur dengan air masak lagi bagus.
JANGAN PUTUS ASA JAGA KESIHATAN GIGI
Jangan cepat putus asa. Teruskan cuci seperti biasa. Kebanyakan gigi kanak-kanak rosak adalah sebab ibu bapa mereka tak cuci gigi anak selama berhari-hari atas pelbagai alasan!
Untuk anak saya, saya guna berus gigi untuk kanak-kanak 0-2 tahun jenama Jordan. Berusnya sangat lembut dan mesra gusi. Ubat gigi pula saya gunakan kodomo lion. Kodomo lion mengandungi 400ppm fluorida, antara yang paling rendah dalam ubat gigi. Kenapa pilih yang paling rendah? Kerana risiko untuk anak kecil tertelan ubat gigi sangat tinggi. Setiap kali selepas berus gigi, pastikan terus lap supaya anak tidak tertelan. Pengambilan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan masalah fluorosis pada gigi kekal mereka.
Sejak Hanan mula makan, saya dapati giginya diselaputi warna kekuningan. Saya cuba gosok guna berus gigi tapi tak hilang. Lepas guna kayu sugi baru hilang. Jangan risau guna kayu sugi sebab ia sangat selamat. Sakit pun tak. Ini lah kelebihan sunnah nabi. Kekuningan pada gigi kemungkinan ada lapisan nipis plak pada gigi. Jika dibiarkan tidak dibersihkan, risiko untuk gigi menjadi karies dan rosak sangat tinggi.
Pesan saya sebagai ibu bapa, gosok gigi anak anda 2 kali sehari dan jangan pernah miss!
Biarpun terpaksa menjadi singa.
Biarpun terpaksa mengerah tenaga.
Ayah-ayah semua sila bantu sama. Jangan tercegat sahaja.
Gigi anak kita, tanggungjawab kita.
Setiap 6 bulan sekali, datanglah periksa.
Sayangi anak, gosok lah gigi
Ikhlas daripada:
Dr Abdul Rahman
Seorang dentist dan ayah 2 orang anak
Sumber: Klinik Pergigian Al-Huda Balok
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Zalif Sidek,36, selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Anis Marzuki, 24, pada 26 Februari lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon ini menerusi laman Instagramnya. Majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan Pahang.
“Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahhim. Syukur Alhamdullilah KpdMu Ya Allah. One of My Greatest Decisions in My Life is My Love Wife @anismarzuki.
“Saya dan isteri mengucapkan berbilion terima kasih atas kehadiran jemputan, doa , ucapan tahniah yang diberikan oleh semua keluarga kami, saudara mara, sahabat handai & semua.
“Maaf saya tak sempat nk balas semua lagi. Insyaallah balik KL nanti saya balas semua ya,” tulis Zalif pada ruangan kapsyennya.
Zalif dilaporkan sebelum ini mahu hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa ditunda kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 selain tak boleh nak rentas negeri.
“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsiannya sebelum ini, Zalif memuatnaik kisah pertemuan dengan isteri sehingga selamat diijabkabulkan.
“Akhirnya Allah SWT hadiahkan You gantikan Arwah Papa utk i yg kite bru kenal 10 bulan & diJodohkan oleh Kedua Belah Keluarga. Cantik rupanya perancangan Allah SWT & Moga Kite semua berpimpin tangan Bahagia Hingga Ke Pintu Syurga. Amin YRA.
“Saya & Seluruh keluarga Memohon maaf kerana tak jemput ramai tetamu disebabkan majlis SOP di Kuantan Pahang hanya benarkan max 360 pax tetamu shj utk kedua Pasangan Keluarga memandangkan Kes Covic kite masih Meningkat. 🙏🙏🙏🙏🙏🙏
“Jutaan Terima kasih buat semua Keluarga, Saudara Mara yg jauh atau xdpt hadir Mendoakan Kesejahteraan & Kebahagian Kami. Amin YRA
“Terima kasih juga buat Sahabat, Produser & semua kenalan industri kreatif & fan Media sosial yg mendoakan Ucap Tahniah & kebahagiaan kami. Amin YRA
“Jutaan Terima kasih juga buat semua Rakan Rakan MEDIA TV, Radio,Cetak, Elektronik,& Blogger yang mendoakan utk kesejahteraan & Kebahagiaan Kami Bersama Juga. Amin YRA
“Moga Semuanya Dirahmati & Diberkati Allah SWT.
“Bismillah untuk Esok 🤲🏻❤️😎. See you Tomolo My Love @anismarzuki ❤️
Pastinya semua pasangan suami isteri mahukan hubungan yang kekal hingga akhir hayat. Melalui facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad beliau memaparkan sepuluh tips kebahagian suami isteri. Perkongsian Ustaz Abu Sufyan. Memang amat bermanfaat sebagai panduan bersama.
1. Makan bersuap. Suap isteri kita makan, asing isi bg lauk yg bertulang, amik hidangan yg jauh utknya.
2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami.
3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.
4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau sesekali suruh isteri rehat kita yg masak lauk istimewa.
5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku atau kitab.
6. Kemas rumah; lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yg patut.
7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. Insyaaallah seluruh hidup isteri akan berseri pagi tu.
8. Peluk dari belakang sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sink. Bisik kat telinga “Jazakillahukhairan sygku.”
9. Berkongsi gelas yg sama utk minum/berbuka puasa.
10. Selalu mandi bersama.Gosokkan daki, scrubkan badan, syampokan rambut.
Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas2 yg dibenarkan syara’.
Inilah sebahagian usaha untuk kita buat yg terbaik utk isteri-isteri kita. Seperti kata Nabi Sallallahu alaihi wasallam
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap istriku” (HR. Ibnu Majah)
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.