Musim cuti sekolah inilah masa yang anak-anak tunggu untuk dibawa bermalam di hotel-mewah bagi menikmati pengalaman mandi kolam yang menggembirakan. Bagi ibu ayah juga, peluang ini bolehlah dijadikan masa terbaik untuk berehat dengan menikmati suasana tenang dan santai di hotel bertaraf lima bintang. Pastinya pengalaman ini cukup berharga buat anda seisi keluarga.

Pun begitu, umum mengetahui harga penginapan di hotel-hotel tersebut bukanlah murah. Paling tidak satu malam mahu sahaja menelan belanja RM 500. Pun begitu, menariknya perkongsian daripada lelaki ini di akaun fbnya, berkongsi bilamana sering kali mendapat tawaran harga promosi setiap kali membuat tempahan hotel.

Mengetahui bagaimana dia lakukannya dan elok juga untuk kita fahami. Mana tahu, percutian kali ini beruntung dapat hotel mewah pada tawaran harga bajet yang rendah. Usah tunggu lagi, jom semak perkongsian menarik ini.

Ramai kawan-kawan saya terkejut saya selalu je dapat hotel pada harga yang murah giler!Mana tak terkejutnya, kadang-kadang tu, hotel 5 star yang biasa harga RM400-500, boleh dapat pada harga murah jer!

Betul ke ni? Ya… Ini seriusss!

Oklah, saya taknak lah makan sorang.. saya ni pembooking hotel tegar. Ni saya share kepada kalian semua ya.

10 Tips & Tricks Tempah Hotel secara Online.

1. Setiap kali buat tempahan hotel, saya akan buat comparison 3 tempat.. 1) Trivago 2) Traveloka 3) Website hotel tu sendiri. Banyak kali saya perasan, kadang-kadang tu website hotel tu sendiri lagi murah berbanding Booking.com & Agoda sebab dia ada buat PROMO untuk tempoh-tempoh tertentu. Jadi, kena compare semua dulu sebelum decide.

2. Saya suka tengok kat Traveloka sebab kat sini dia dah letak harga dah INCLUSIVE TAX dan fees dah. Tak macam booking.com dan agoda, harga yang dipamerkan tu belum masuk tax lagi tu. Susah untuk kita bajet. Lagipun Traveloka selalu ada KOD PROMO tau.. banyak pulak tu.. macam sekarang, kalau anda guna kad Maybank untuk buat payment, anda boleh masukkan kod MAYSTAYN atau MAYSTAYE untuk dapatkan diskaun 10% or 15%. Banyak jugak tu kan.

3. Untuk agoda / booking.com, ada trick dia jugak.. hihii.. anda pilih dulu hotel dan tarikh yang anda nak pegi.. pastu masukkan details nama dan email semua.. then sampai lah ke page untuk payment tu, anda cancelkan dulu. Hah? Kenapa tu? Sebab bila anda dah cancelkan, anda akan lihat selepas 1-2 hari, mereka akan emailkan kepada anda yang bilik tu ADA DISKAUN.. seolah-olah macam diorang nak pujuk anda la tu.. hehe.. bila diskaun dia bagi tu cun, grab lah cepat-cepat.. hihii..

4. Kalau anda nak ‘saja-saja survey’ hotel, pastikan anda pilih Private Tab untuk Mozilla Firefox atau Incognito untuk Chrome. Ini adalah untuk pastikan mereka tak dapat track bila anda masuk ke website tersebut untuk kali kedua, mereka akan naikkan harga..ini memang strategi mereka. Strategi ni sama juga digunakan oleh airlines seperti AirAsia dan lain-lain. First anda masuk ke website tu, anda dapat harga murah.. pastu esoknya tu, anda masuk balik, harga dah naik.. sebab dia dah dapat ‘trace’ yang anda pernah datang ke website tu dan sebab tu lah dia naikkan harga. Jadi, pastikan anda guna Private Tab atau Incognito ya sebelum sebelum survey hotel.

5. Jangan sesekali Save Credit Card details di Agoda or mana-mana website. Sebab ramai dah saya dengar cerita yang mereka akan buat Auto Booking bagi pihak kita. Yer la, kadang-kadang kita just survey je hotel tu dan tak buat booking pun lagi.. tapi disebabkan sistem dah ada details kad kredit kita, terus dia buatkan booking untuk kita. Kalau dapat harga murah ok lagi.. tapi kalau harga mahal, memang rugi lah jadinya..

6. Buat booking waktu malam or tengah malam. Ini yang saya selalu perasan. Kalau booking di siang hari, bilik selalu sold out or harga selalu tinggi. Tak kisah lah anda tengok di Agoda, Booking or Traveloka pun.. semua pattern sama.. tapi cuba kalau anda booking waktu malam.. memang banyak bilik available dan murah dari siang hari.. tak caya, cuba lah compare.

7. Kalau booking hotel bagi pihak orang lain, pastikan masukkan nama dia di bahagian “Booking For Someone Else”. Kalau tak, susah nanti nak check in sebab sesetengah hotel mempunyai prosedur yang ketat. Saya pernah kena ketika booking untuk member. Saya letak nama saya masa booking. Masa pegi check in, hotel tu tak bagi kawan saya check in sebab tu bukan nama dia. Tak pasal-pasal saya kena call balik Agoda dan minta dia tukarkan kepada nama kawan saya tu.

8. Dalam banyak-banyak website tempahan hotel online, website Agoda salah satu website yang sediakan Point. Kalau anda buat tempahan, dapat point. Kalau buat review, anda dapat point. Kalau rekemen kawan, dapat point. Jadi, point tu kalau kumpul-kumpul, dapat convert ke RM dan dapat bilik hotel free.. best kan?

9. Tips yang ni pelik sikit.. pelik tapi benar. Kalau nak booking hotel di luar negara, pastikan anda pilih language negara tersebut dan currency pun ikut negara tersebut. Kalau language bertukar, anda translate je guna google chrome. Anda buat dan compare.. memang ada beza harga dia..

10. Kalau anda travel ke luar negara dan nak senang, anda tempah lah guna trip.com. Download apps siap-siap di phone anda. Trip.com pun banyak promo code. Apa yg bestnya trip.com ni adalah: Anda boleh booking semua sekaligus Hotel, Tiket Flight dan Tiket Train terus.. memang sangat-sangat memudahkan! Anda register sebagai member di trip.com, banyak deals-deals menarik untuk member.

11. Untuk anda yang betul-betul nak hotel murah dan jimat semasa travel, anda boleh booking dengan menggunakan apps OYO. Saya sendiri dah try.. memang murah betul hotel-hotel dia.. harga tak logik pulak tu. Tak semua hotel ada under OYO ni.. tapi banyak jugak pilihan hotel yang diberikan.. yang bestnya, cara nak tempah dan nak cancel memang mudah. Sistem dia memang powerful.. boleh try ya.. download saja apps OYO di phone anda.

Itu sahaja tips untuk kali ni.. next time saya Share tips2 lain lagi khas untuk anda yang suka travel pulak..insyaAllah. tu pun kalau ramai yang nak la..hehe..

sumber : Hafizi Zain