Mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangkakan. Apatah lagi dengan zaman yang penuh cabaran ini. Ditambah ledakan teknologi membuatkan kealpaan apabila masa dihabiskan pada perkara tersebut.
Menyedari hakikat itu, Dr Asyraf Wajdi dan isteri sepakat memberi keutamaan dalam pendidikan anak untuk berinteraksi dengan al-Quran. Sekali gus mahu memastikan ia dapat membentuk jati diri dan keperibadian mereka.
“Al- Quran adalah perkara penting untuk dibaca oleh ahli keluarga setiap hari. Kami membaca al-Quran sekeluarga sebagai rutin harian antara waktu solat Maghrib dan Isyak.
“Apabila saya dan isteri, Prof Madya Dr Irwani Abdullah tiada di rumah, anak yang lebih besar akan menyemak bacaan adik-adiknya. Saya juga memberi insentif kepada anak berkaitan dengan al-Quran.
“Contohnya, jika anak dapat menghafal satu surah, baru saya berikan satu permainan sebagai ganjaran. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengamalkan budaya membaca al-Quran agar menjadi ikutan anak-anak.”
Pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar, 16, Affaf, 13, Affan, 10, Azzah, 8 dan Azzam, 5. Mereka bakal menimang cahaya mata ke enam pada November ini. Keluarga Asyraf Wajdi menjadi Sahabah Al Quran – Keluarga di bawah kempen My Family #QuranHour dan #Saving Families dalam mengukuhkan keluarga dengan al-Quran, anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Asyraf Wajdi berkata, jika ibu bapa tidak membaca al-Quran bagaimana hendak sampai mesej ke lubuk hati anak? Berdasarkan pengalaman sewaktu kecil, ibu bapa beliau amat menekan soal al-Quran. Leteran mereka sentiasa mengingatkan beliau untuk akrab dengan al-Quran.
Ads
Ini diakui oleh Irwani yang mendapat didikan ibu bapa dalam menekankan “Quran Time” antara Maghrib dan Isyak. Budaya tersebut diteruskan dalam legasi keluarga beliau, ditambah dengan galakkan ibu mertuanya yang mengutamakan bacaan al-Quran selepas subuh. Ini melengkapkan kitaran hidup berdamping dengan al-Quran.
“Saya sebagai ibu perlu tegas dan paling berdisiplin dalam mendidik anak kerana suami jarang ada di rumah. Ayah sebagai faktor meletakkan undang-undang dan peraturan kepada anak. Jadi mudah bagi si ibu untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak.
“Setiap waktu cuti sekolah, kami akan sediakan jadual untuk anak-anak menghafaz al-Quran. Anak yang bersekolah rendah menghafaz juzuk 30, manakala anak bersekolah menengah mula menghafal dari juzuk 29 dan seterusnya. Anak berumur bawah 6 tahun perlu menghafal surah lazim.”
Kata Irwani lagi, apabila anak sudah mengenal antara baik dan buruk semasa mumayiz, mereka diajar untuk mengenal ALLAH. Ketika anak masuk sekolah rendah, baru ditekankan disiplin solat yang cukup dan mengaji al-Quran secara konsisten. Menjelang remaja atau di alam sekolah menengah, ibu bapa memfokuskan adab, tanggungjawab dan berdikari kepada anak.
“Saya mendapati apabila anak dapat diterapkan nilai agama iaitu solat, membaca dan menghafal al-Quran, jiwa anak mudah dibentuk atau menerima nasihat serta teguran. Ternyata al-Quran sebagai penawar dan nur pada jiwa anak-anak kami.”
Asyraf Wajdi menambah, “Anak-anak mudah dididik jika ada cahaya iaitu al-Quran kerana hati mereka diberi berakah dan rahmat daripada ALLAH SWT.”
Ads
Sumber: Fouziah Amir & Sinar Harian
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahukah anda, span yang kita gunakan seharian dirumah mahupun di premis makanan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dan diguna dalam masa yang lama.
Bersihkan span:
?Rebus di atas dapur dengan api yang besar dlm masa 5 minit. ?Jika ada microwave lagi bagus. Rendamkan span di dalam air dan guna kepanasan yang tinggi selama 2 minit. ?Cara yang paling mudah, beli je span baru yang mesra pinggan mangkuk. Dalam erti kata lain, span itu mudah digunakan untuk membersihkan celah-celah bekas makanan yang susah untuk dicapai. Span haruslah ditukar sekurang-kurangnya 3 minggu sekali ya.
sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gula-gula rabbit, gula-gula susu atau White Rabbit pernah suatu ketika dahulu menjadi antara gula-gula yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Rasanya kenyal-kenyal bersusu dan mempunyai selaput seakan kertas yang boleh dimakan, itu benar-benar menarik pethatian anak kecil.
Pun begitu, kini setelah bertahun-tahun lamanya status halal gula-gula ini disahkan seperti mana menerusi laporan TV Al-Hijrah, gula-gula susu “White Rabbit Creamy Candy” yang diimport dari negara China itu, telah disahkan mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.
Terbukti terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.
Terdahulu, status halal gula-gula ini pernah viral di media sosial dan menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan halal supaya isu berhubung status halal gula-gula berkenaan dapat dihentikan. Namun tiada reaksi dari pihak pengilang.
Bagaimanapun, saya akan meminta supaya Jakim membuat siasatan, dan ujian makmal terhadap gula-gula itu bagi menentukan status halalnya, kerana isu halalnya telah lama diperkatakan dalam media sosial. Saya lihat isu ini menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan dilema dan tidak pasti.
Nyata, dengan terbuktinya gula-gula ini mengandungi gelatin babi, ada perkara drastik dan lebih penting untuk kita pantau anak- anak daripada terbeli gila-gula ini.
Agar apa yang keluarga kita makan adalah daripada sumber-sumber yang halalan toiyiban.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tauhu mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada antara anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaannya ibu-ibu akan membelinya di pasar. Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.
Lebih-lebih lagi, tauhu homemade pasti lebih sihat bahan yang segar dan organik, resepi dan caranya dikongsikan oleh Jumee Afuan. selamat mencuba!
Tauhu homemade.
Mood akak baik malam ni ..baru balik niaga pizza ni akak nak share resepi tauhu homemade simple jer ..
Bahan-bahan:
Kacang soya 1 kg rendam 1 malam.
Air
Sukatan air untuk kisar kacang
1 cawan kacang : 2 cawan air
Cuka makan 10 sudu makan.
2 Bakul yang sama saiz
Cara buat:
1.Lepas cuci kacang rendam 1 malam esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.
2.Kisar kacang dengan sukatan air kat atas tu pastu tapis . (Kisar sekali sahaja)
3.Tapis guna kain kasa
4.Masak air kacang soya hingga hilang bau mentah. Masak hingga mendidih dan masukkan cuka .
6.Biar hingga berketul.
8. Letak dalam bakul alas kain kasa.Tindih bakul dengan benda berat. Akak guna lesung batu.
9.Biar sejuk.Potong2 tauhu ikut saiz disukai.
10. Potong kiub letak tepung.
11. Kemudian goreng. Memang fresh dah lain sangat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.