Pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40 pastinya disambut baik  oleh rakyat. Setidak-tidaknya dapat meringankan beban sepanjang menempuh saat getir  PKP ini.

Pun begitu, disebabkan sedikit kesilapan teknikal siapa sangka seorang lelaki ini tanpa disangka menerima BPN dan dengan jujurnya mengembalikan semula wang tersebut.

Ini sebagaimana yang dikongsikan di akaun fbnya. Nyata sikapnya itu ramai yang memuji.


MEMULANGKAN HAK PADA TEMPAT..

Sistem online ni,hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni,disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018,maka sistem anggap saya golongan layak.

Jadi free lah dapat BPN…maka dalam konteks ni kena realistik:-

1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi…Allah Maha Mengetahui

IKLAN

2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!

Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak.

Cara2 nya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
c) Pos balik ke MOF

P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.

IKLAN

 

Dapat Duit BPN, Tapi Lelaki Ni Pulangkan Pada Yang Berhak. Terbaiklah!

Bye2 BPN…haha, walaupun saya pun takla banyak mana pun duit…tapi bila BPN tersalah masuk,maka pulangkan ke tempat asalnya. Rata2 B40 ada yang masih tak dapat.

IKLAN

Maka bagi yg tersalah terima,pulangkanlah ia….kesian kat makcik bedah,pak leh lemang, kiai dolah, kak joyah dan sebagainya di kg2..

Dapat Duit BPN, Tapi Lelaki Ni Pulangkan Pada Yang Berhak. Terbaiklah!

Kaedah nak pulangkan:
1) Bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia
2)Surat iringan alasan pengembalian
3) Pos ke Pejabat Belanjawan Negara

P/S: Jgn marah LHDN,ralat sistem normal la..benda kalut kadang2 ada mistake. So,bantu mereka sama. #sayangiMalaysia

sumber : Rinizan Razali

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI