Melihat bil elektrik yang melambung tinggi tentu sahaja boleh membuatkan seorang ayah selaku ketua keluarga berasa pening kepala untuk melunaskan bayaran bil tersebut.
Apatah lagi membayangkan komitmen yang perlu diperuntukkan setiap bulan untuk membayar bil-bil utiliti, samahunya ingin sahaja dikurangkan jumlahnya.
Sedar, semua itu akan terjadi jika ahli keluar sama-sama berjimat. Pun begitu, ada baiknya lakukan semakan seperti yang dikongsikan oleh En Faris Harun ini.
Semoga bermanfaat.
As salam smua. Ni. Nak habaq. Dpat ilmu dari cikgu isteri sy. Hat mana dpat bill TNB smpai melebihi kadar biasa tu. Ikut step ni. Mmg la jd byk. Dah tak dak pembacaan meter dari staff TNB mai rumah kita. Rate jd mahal sbb melebihi beberapa kwh. Dia akan kira dgn tariff lain. Daftar pakai apps tu. Minta depa buat pembacaan semula. Ikut gambaq step by step.
step 1 : Downdload apps
Ads
Step 2 : Daftar Apps menggunakan no akaun di bil lama. Refer bil sebulan.
Step 3 : Tekan show more untuk buka ruangan feedback.
Ads
Step 4 : Tekan submit feedback
Ads
Step 5 : Tekan give us feedback
Step 6 : Tulis pembacaan semula meter dan attach bacaan semasa meter dirumah.
Step 7 : Pegawai TNB akan whatsapp no yang didaftarkan di apps setelah selesai pembacaan semula. Terima kasih kpada TNB dengan pemberian
respond yang laju dan penerangan yang jelas.
Sesuatu yang lumrah dan normal berlaku dalam diri kita bila hadirnya perasaan rindu terhadap orang yang kita sayang yang tinggal berjauhan atau telah lama tidak berjumpa. Pelbagai cara kita lakukan untuk dapat mengubat rasa rindu tersebut, dan salah satunya adalah dengan cara menatap gambar wajah-wajah insan tersayang.
Begitu juga halnya dengan adik Dhia berusia 7 tahun ini. Walau usianya sekecil itu sudah bijak mencari solusi agar dapat mengubati rasa rindu terhadap ibu ayahnya sepanjang dia berada di sekolah.
Hal ini dikongsikan oleh Azizah Zaliey di akaun fbnya mengenai sikap anak bongsunya itu. Nyata membuatkan ramai warganet tumpang rasa bahagia dan bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dhia, anak kecil yang cukup mencintai ibu ayahnya. Bahkan ramai juga mendoakan Dhia agar terus menjadi anak yang baik dan berbakti kepada orang tuanya bila besar nanti.
Menurut Puan Azizah, anak bongsunya itu memang tak pernah berenggang denganya sejak dari lahir sampai la sekarang.
Bawa Frame Gambar Ke Sekolah
Tahun 2019 umur Dhiya 5 tahun, Dhiya mula sekolah tadika. Hari-hari nak pergi sekolah mesti nangis alasan dia rindu ibu. Pergi sek pun siap bawak frame gambar ibu dengan ayah. Cikgu bagitau Dhiya bawak frame gambar ibu ayah letak atas meja.
Saya sendiri pun tak perasan bila masa dia bawak frame gambar tu masuk dalam beg sekolah dia. Dia bagitau kat cikgu kalau dia rindu ibu dengan ayah leh tengok je gambar.
Sekarang 2021 Dhiya dah 7 tahun pergi sekolah tak menangis dah. Dia kata dia dah besar dah pakai kain sekolah warna biru dah tapi sama gak pergi sekolah tetap bawak gambar ibu ayah letak kat belakang name tag pula.
Dia bagitau saya..baby selalu je tengok gambar family kejap-kejap baby tengok gambar kat belakang name tag katanya. Ada ke anak-anak puan-puan yang sama macam anak saya ni?
Kisah yang cukup menyentuh hati, betapa kasihnya haiwan ini kepada tuannya, sehinggakan tak pernah jemu ‘menjenguk’ ‘pusara tuannya dari hari pertama arwah pergi sehinggalah memasuki tahun kedua.
Inilah kisah yang dimuat naik oleh Hazlynn Nozi di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group). Kucing oyen yang diberi nama Nana itu adalah kepunyaan arwah abahnya.
Menurut Hazlynn, setiap kali mereka sekeluarga menziarahi kubur arwah, si bulus ini sentiasa ada menemani mereka. Malah, Nana juga akan berulang setiap hari melepaskan kerinduan terhadap tuannya. Sebaknya kisah ini. Betapa haiwan juga tahu erti kasih sayang. The Oyen. Jantan tapi nama Nana.
2 tahun lebih pemergian arwah Abah,
masih setia. Dari tanah kubur merah & basah sehingga hari ini. Alfatihah buat arwah Abah
Kubur ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami. Tiap pagi balik rumah utk mintak mkanan kaki basah2 kena embun, baru balik dari kubur.
Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau waktu bulan puasa resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan. Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terliur.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?