
Tragis. Demikian yang boleh dikatakan apabila membaca kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri.
Mangsa ketika itu sedang tidur bersendirian di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang semalam.
Suspek yang bekerja sebagai Anggota Rela turut berada di rumah berkenaann. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Pihak polis awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Sumber: Sinar Harian
Pada Lelaki Bergelar Suami, Dalam Berkeluarga Perkara Ni Kena Ambil Tahu!

Resipi bahagia dalam rumah tangga antara lainnya adalah saling berpesan-pesan ke arah kebaikan antara satu sama lain dan jika ada teguran, perlulah diterima dengan hati terbuka.
Ini secara tidak langsung akan menyuburkan rasa cinta berpanjangan bersama pasangan.
Dan di sini, disenaraikan beberapa pesanan khusus untuk lelaki bergelar suami untuk dijadikan panduan dan peringatan bersama.
Ingatan Tulus Ikhlas Untuk Lelaki Bernama Suami
Marilah kita saling berpesan-pesan, bukan saling salah-menyalahkan kerana kita sebenarnya saling perlu-memerlukan.
Jika menyentuh hal-hal kekeluargaan, Nabi Muhammad SAW tidak berpesan kepada kaum perempuan. Nabi Muhammad SAW lebih berpesan kepada kaum lelaki.
Berikut merupakan beberapa pesanan Rasulullah SAW untuk para lelaki tentang keluarga :
1- Menjaga Wanita Dengan Baik
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”
HR. Ahmad
2- Berbuat Baik Dengan Keluarga
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”
HR. Tirmizi
3- Pemimpin Yang Bertanggungjawab
“Laki-laki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.”
HR. Al-Bukhari
4- Menjaga Hak Mereka Yang Lemah
“Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah, yaitu anak yatim dan perempuan.”
HR Imam Ahmad, Ibn Majah, dan Al-Hakim
5- Menjaga Adab Dan Perilaku
“Banyak perempuan menemui isteri-isteri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik.”
HR Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Darimi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim
6- Beriman Kepada Allah
“Barang siapa beriman kepada Allah Swt. dan hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh karena itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik.”
HR Al-Bukhari Dan Muslim
Wahai lelaki bernama suami,
Aku serahkan seluruh jiwa ragaku setelah engkau berusaha taat perintah Tuhanmu dan menuruti pesanan Rasulmu. Bentangkanlah seluruh kewajipan dan tanggungjawabku sebagai seorang isteri maka akan aku tunaikan tanpa sekelumit alasan jika engkau menunaikan seluruh kewajipan dan tanggungjawabmu sebagai seorang suami dan ketua keluarga kami.
Aku bisa hidup susah bersamamu andai saja engkau tetap setia dan cinta. Aku bisa melayanmu bak Raja andai engkau juga menyantuniku bak Permaisuri.
Aku bisa taat andai saja engkau juga bisa adil.
Wahai suami.. dengan lafaz akad ijab dan kabul ini.. maka aku serahkan seluruh hidup, jiwa raga dan nyawaku untuk dilindungi olehmu.. untuk disayangi dan dicintai olehmu.. untuk dipimpin dan dibimbing menuju redha Ilahi..
Namun andai suatu hari ditakdirkan rasa cinta itu pudar dan engkau sudah tidak memerlukan aku lagi dan engkau sudah tidak mampu menggalas amanah untuk menjagaku lagi.. maka pulangkanlah aku secara baik dan terhormat.. tanpa dendam dan tanpa syarat.. sesungguhnya itu adalah sebaik-baik takdir kerana destinasi akhir hidup kita tetap menuju yang satu.. semoga kita semua mendapat rahmat.
Sumber : Roslina Sabiyah & Co
5 Perkara Ini Nampak Remeh Pada Suami Tetapi Sangat Membahagiakan Isteri

Nak membahagiakan isteri bukannya susah mana pun. Sekadar menelefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar pun sudah cukup menggembirakan hati wanita.
Mungkin suami merasakan ia remeh tapi pada isteri ia cukup besar dan bermakna. Kalau suami nak tahu selain menghubungi isteri, ada lagi beberapa perkara remeh yang sebenarnya mampu buat sang isteri tersenyum bahagia. Tak percaya? Cuba katakan perkara ini pada isteri pasti dia tersenyum lebar.
1. “Jom pergi bercuti tapi kita berdua saja”
Percayalah isteri akan terus bersetuju dengan cadangan ini. Sebabnya ramai isteri yang rindukan waktu hanya berdua bersama suami yang dianggap sangat romantik. Bercuti berdua ini juga sebenarnya masa untuk isteri berehat daripada bebanan kerja rumah. Isteri mana tak suka!
2. “Pergilah berjalan-jalan dengan kawan-kawan awak. Saya akan uruskan anak dan rumah.”
Kesibukan dengan urusan kerja membataskan isteri untuk bertemu atau bersama kawan-kawan termasuklah teman rapatnya. Jadi, sesekali berikan isteri anda peluang untuk melepaskan rindu berjumpa teman-temannya. Tiga bulan sekali pun dah mencukupi.
3. “Hari ini abang tolong sayang buat kerja rumah!”
Ungkapan ini biarpun jarang diluahkan suami tapi sangat dinantikan oleh sang isteri. Tidak perlu melakukan semua kerja, memadai dengan mencuci pinggan atau menyidai pakaian. Itu sudah cukup menggembirakan isteri.
4 “Hebatlah isteri abang ni!”
Setiap isteri tahu diri mereka hebat, ‘superwoman’ dan sebagainya. Tetapi isteri juga mendambakan kata-kata ini daripada lelaki yang mereka cinta. Pujian sebegini sebenarnya membuatkan sang isteri ‘terbang tinggi’.
5. “Nampak stres jer, kenapa?
Sebaik bertanya soalan ini biasanya isteri akan terus bercerita isi hatinya. Sebagai suami anda hanya perlu mendengar sebagai tanda prihatin. Luahan cerita ini sebenarnya sudah cukup mengurangkan tekanan atau masalah isteri.
Sumber: TheAsianParentMalaysia
“Saya Buka Dompet, Ada Seringgit Dua Je,”- Suami Ni Imbau Kembali Detik Susah!

Lumrah bagi kebanyakan pasangan suami isteri tentu pernah melalui detik sukar dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi di awal perkahwinan, maklumlah orang kata baru hendak belajar mulakan hidup.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menyentuh bab perbelanjaan rumah, sana sini serba tidak cukup. Dengan duit gaji yang ada digunakan untuk bayar rumah sewa, menampung perbelanjaan dapur dan atas sebab itu juga bukan perkara pelik makan perlu dicatu untuk mencukupkan perbelanjaan bulanan.
Itu belum lagi bila ada anak kecil, pembelian lampin pakai buang dan susu menjadi wajib beli bila kehabisan stok.
Pun begitu, berkat rezeki selepas berkahwin fasa kesusahan ini dapat juga dilalui dengan selesa. Ini sebagaimana perkongsian suami di akaun facebook miliknya. Berkongsi kepayahan dilalui hingga untuk membeli susu anak pun tiada wang di dompet.
Ayuh baca perkongsian penuh daripadanyaagar dapat memberi inpirasi kepada yang lain. Mana yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.
“Saya Buka Dompet, Ada Seringgit Dua Je,”- Suami Ni Imbau Kembali Detik Susah!
“Abang, susu anak kita dah habis”
“Oh yeke? Jap saya tengok ada duit tak”
Saya buka dompet. Allahu. Ada seringgit dua je.
Masa tu, saya dan isteri tinggal di Kedah. Kami baru ada seorang anak. Kakak sulung ifa inilah.
“Macamana ek? Allah..”
Kami berdua diam. Tak tahu nak cakap apa. Anak terus menangis. Tak mahu diam.
Tanpa sedar, tiba-tiba mata kami berdua basah dengan airmata. Hati remuk dengan ujian-ujian hidup yang nak ditempuh. Sudahlah saya dan isteri seharian lapar, belum makan lagi.
Isteri pegang tangan saya.
“Jom kita bawa dia jalan-jalan. Nanti dia penat dia tidurlah”
Saya dukung anak. Kami berjalan-jalan di Pekan Jitra tanpa arah. Anak masih menangis tapi tak kuat dah. Isteri setia disisi.
Sedang jalan, nampak pasaraya besar. Keluar masuk orang beli baju. Beli barang rumah.
Lalu depan kedai makan, nampak sekeluarga gembira menjamah jamuan makan malam mereka.
Allah. Allah. Berat perasaan ni. Berat sangat. Nak berlari balik dan duduk saja dalam bilik.
Bila penat, kami duduk dan rehat.
Ayat Keramat
Isteri menyandarkan kepalanya ke bahu. Dia bagitahu sesuatu. Yang sampai hari ini, kalau saya down, saya selalu ingatkan itu.
“Abang, kita kahwin sebab Allah kan? Sebab Allah kan?”
Tiba-tiba, ada panggilan masuk.
“Amat, kat mana? Ni umi ayah baru sampai Kedah. Tiba teringat kat anak umi ni”
“Oh. Kami di Pekan Jitra”
“Takpa. Umi ayah ke sana ambil amat dan siti”
Mak ayah datang ambil kami. Ayah hulur RM300. Ayah ajak ke pasaraya. Beli barang keperluan. Saya ambil susu dengan penuh syukur.
Kalian,
Asa paling hujung, asa yang dipegang terus pada Tuhan setiap masa.
Dan, itulah hikmah berumahtangga.
Allah yang pertama.
Allah juga yang terakhir.
Jalanilah satu-satu kesakitan dan kepahitan dalam membina bahagia kita.
Percayalah pada rezeki yang sedang ditakdirkan.
Jangan terputus tali dengan Allah lagi.
Kuat dan hidupnya jiwa suami isteri itu, adalah dari rahmat Allah yang memberi.
Hari ini, kami bangun dan berdiri bersaksikan banyaknya nikmat ilahi,
Dari belasan tahun tidur berairmata menahan sakitnya hidup ini.
Terima kasih Allah.
Credit: Abu Hurairah Roslan
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga : Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club