Perasan tak sekarang ni cuaca lain macam panasnya? Tak kira la malam ke siang ke, terasa bahangnya!
Paling tak tahan waktu siang hari la, lagi-lagi kalau orang yang kerjanya di kawasan luar dari bangunan atau tak guna penghawa dingin, lagi lah terasa panasnya!
Dah alang-alang dahaga sangat tu, ditambah pula teringin air yang sejuk dan menyegarkan, boleh la cuba buat Air Soda Laici Herb ni, memang terbaik! Bila lalu kat tekak tu, selesa betul rasanya. Jom cuba!
Resipi Air Soda Laici Herb
Bahan-bahannya:
*1 botol besar air aiskrim soda.
*1 tin laici /guna longan pun boleh.
*2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
*1 biji lemon ~ dihiris nipis.
* asam boi putih.
ais batu secukupnya.
Cara-caranya:
1) Cuci semua bahan hingga bersih.
2) Hiriskan lemon nipis nipis.
3) Sediakan jug atau mangkuk besar, masukkan ais batu ke dalamnya.
4) Masukkan lemon yang sudah dihiris nipis ke dalam jug diikuti daun pudina, serai yang telah dititik dan asam boi putih. Boleh perahkan sikit lemon dalam setengah biji untuk effects masam.
5) Masukkan 1 tin buah laici / longan.( tmsk airnya)
6) Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
7) Gaul sebati dan sedia untuk dihidang!
Kredit foto :cik liza