‘Dania’, Sedih Betul Cerita Ni-Netizen Menitiskan Air Mata Rasai Penderitaan Bersama Putri Balqis!

Share

Menonton drama Melayu bukan sahaja untuk mengisi masa lapang bersama keluarga tercinta. Namun melalui drama yang ditonton, tidak dinafikan banyak juga pengajaran dan realiti kehidupan yang dapat dijadikan panduan.

Bahkan dengan menonton drama membuatkan kita turut teremosi dengan cerita yang ditonton. Kadang kala tersenyum dan tidak kurang juga membuatkan kita turut boleh menangis dan terharu.

Salah satunya drama yang kini mendapat tempat dihati penonton adalah drama ‘Dania’ yang dilakonkan oleh pelakon remaja  Puteri Balqis, 15. Drama ini menjadi sebutan ramai setelah gandingan mantap bersama aktor Aedy Ashraf yang bersiaran di TV3.

Aqish dan Aedy  menjadi pasangan adik beradik, dan apatah lagi bila penonton melihat kedua-duanya mempunyai muka yang seiras. Sekali gus memberi impak lebih bermakna pada telefilem tersebut.

Apa yang lebih mengujakan, penonton dapat merasakan seakan kisah yang ditonton adalah kisah di dunia sebenar.

Bahkan bukan sahaja oleh penonton di kaca TV, malah menerusi halaman TikTok juga tular satu perkongsian video berkenaan lakonan Puteri Balqis di dalam drama tersebut. Rata-rata tersentuh hati, betapa perit sungguh perjalanan hidup Dania.

Di ruangan komen, netizen meninggalkan komen yang positif dan memuji kedua-duanya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

Antaranya, mereka berkata lakonan Aqish bersungguh-sungguh menghayati watak dan mereka dapat merasakan keperitan yang dialaminya. Tangisan Aqish dalam filem tersebut menyentuh perasaan penonton dan rata-rata daripada mereka menitiskan air mata saat di mana ketika abangnya dapat tahu adiknya diperkosa oleh cikgu tuisyen.

“Ikut sama nangis. Rengekan sedih Aqish realistik. Dua² lakonan hebat. Semoga rezeki mereka berdua murah.”

“aqish kenape selalu berlakon cerita sedih macamni”

“cerita ni memang dalam dunia realiti kan? ada kes macam ni.. sampai sekarang tergantung kes nya. Cikgu tu dibebaskan.”

“Muka ‘cikgu’ fake gila dalam cite ni gase nak terajang je tapi dalam realiti memang ada muka suci ni yang orang percaya bulat2 sangat!!!😡😡🤬🤬”

“Semuga semua yang dlakukan menjadi pengajaran dan manafaat untuk semua anak-anak gadis di luar sana”

“Sedih betul cerita ni, berlinang air mata malam. Lakonan Aqish dan Aedy memang terbaik lah, betul-betul menghayati watak”

Sumber: Teh Tarik Kaw

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club