Menonton drama Melayu bukan sahaja untuk mengisi masa lapang bersama keluarga tercinta. Namun melalui drama yang ditonton, tidak dinafikan banyak juga pengajaran dan realiti kehidupan yang dapat dijadikan panduan.
Bahkan dengan menonton drama membuatkan kita turut teremosi dengan cerita yang ditonton. Kadang kala tersenyum dan tidak kurang juga membuatkan kita turut boleh menangis dan terharu.
Salah satunya drama yang kini mendapat tempat dihati penonton adalah drama ‘Dania’ yang dilakonkan oleh pelakon remaja Puteri Balqis, 15. Drama ini menjadi sebutan ramai setelah gandingan mantap bersama aktor Aedy Ashraf yang bersiaran di TV3.
Aqish dan Aedy menjadi pasangan adik beradik, dan apatah lagi bila penonton melihat kedua-duanya mempunyai muka yang seiras. Sekali gus memberi impak lebih bermakna pada telefilem tersebut.
Apa yang lebih mengujakan, penonton dapat merasakan seakan kisah yang ditonton adalah kisah di dunia sebenar.
Bahkan bukan sahaja oleh penonton di kaca TV, malah menerusi halaman TikTok juga tular satu perkongsian video berkenaan lakonan Puteri Balqis di dalam drama tersebut. Rata-rata tersentuh hati, betapa perit sungguh perjalanan hidup Dania.
Di ruangan komen, netizen meninggalkan komen yang positif dan memuji kedua-duanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Antaranya, mereka berkata lakonan Aqish bersungguh-sungguh menghayati watak dan mereka dapat merasakan keperitan yang dialaminya. Tangisan Aqish dalam filem tersebut menyentuh perasaan penonton dan rata-rata daripada mereka menitiskan air mata saat di mana ketika abangnya dapat tahu adiknya diperkosa oleh cikgu tuisyen.
“Ikut sama nangis. Rengekan sedih Aqish realistik. Dua² lakonan hebat. Semoga rezeki mereka berdua murah.”
“aqish kenape selalu berlakon cerita sedih macamni”
Ads
“cerita ni memang dalam dunia realiti kan? ada kes macam ni.. sampai sekarang tergantung kes nya. Cikgu tu dibebaskan.”
“Muka ‘cikgu’ fake gila dalam cite ni gase nak terajang je tapi dalam realiti memang ada muka suci ni yang orang percaya bulat2 sangat!!!😡😡🤬🤬”
“Semuga semua yang dlakukan menjadi pengajaran dan manafaat untuk semua anak-anak gadis di luar sana”
“Sedih betul cerita ni, berlinang air mata malam. Lakonan Aqish dan Aedy memang terbaik lah, betul-betul menghayati watak”
Memiliki keluarga bahagia adalah kunci rumahtangga itu hidup dalam suasana yang harmoni. Tambahan pula kehadiran cahayamata penyeri buat pasangan suam isteri.
Namun, ada pasangan yang cepat mendapat zuriat dan ada yang sebaliknya. Sudah pastinya pelbagai usaha dilakukan agar mendapat cahayamata buat penyeri rumahtangga.
Begitulah yang dilalui oleh pasangan ini sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Eddie Dieana menerusi facebooknya.
Biarpun isteri menolak untuk menggunakan kaedah Persenyawaan in vitro (IVF) atas kerisauan bajet dan kejayaan kaedah ini, beliau tetap setia dan mendoakan agar dikurniakan zuriat. Akhirnya doa pasangan ini dimakbulkan setelah 9 tahun berkahwin mereka dianugerahkan sepasang kembar.
Siapa sangka berkat sabar dan sentiasa membahagiakan pasangan, akhirnya ‘rezeki’ datang jua walaupun lama menunggu.
Ikuti perkongsian ini. Moga jadi inspirasi.
Hari ini genaplah anak saya berumur 1 tahun. Pejam celik cepat je masa berlalu.
Rasa macam baru je semalam saya dan isteri berbual pasal nak dapatkan anak.
Masih segar dalam ingatan saya. Malam tu saya menyatakan hasrat yang saya teringin nak ajak wife untuk cuba jalani rawatan IVF.
Dengan selamba isteri saya cakap. “membazirlah B, kan duit tu kita boleh gunakan untuk perkara lain”
Tipulah kalau saya tak tersentak dengan kata² tu. Almaklum dah hampir 9 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat. Mestilah saya berhasrat untuk ikhtiar.
Malah saya cuba meyakinkan isteri masatu.
“Duit kita boleh cari, tapi untuk dapatkan anak. Belum tentu kita boleh dapatkan?.”
Isteri saya membantah lagi sekali.
“Ye tahu kita mesti cuba, tapi belum tentu kita buat terus jadikan, kalau tak jadi rugi je bayar dah la mahal. Baik duit tu kita buat pergi umrah. Doa depan Kaabah.”
Saya agak hampa dengan jawapan tu.
Sebagai seorang suami yg bekerja berhempas pulas.
Saya yakin saya mampu untuk cari duit sebanyak tu untuk mencuba asalkan kami boleh dapat zuriat sendiri.
Setelah mendapat respon yg agak mengecewakan. Malam tu saya cuba mengasingkan diri dari isteri.
Biasalah merajuk orang laki.
Dalam hati saya beranggapan isteri saya tak serius untuk dapatkan anak walau telah hampir 9 tahun menunggu.
Saya pun ambil bantal dan baring depan tv.
Saya bagi alasan nak tunggu tengok bola start. Padahal dalam hati sebenarnya saya amat kecewa. Tapi saya jarang tunjuk depan isteri saya apa yg saya rasa.
Naluri seorang isteri memang takkan dapat dipisahkan. Beliau dapat merasakan yg saya sedang merajuk.
Malam tu lebih kurang jam 2 pagi isteri saya kejut ajak saya masuk bilik.
Saya pun pura² mengatakan tunggu game bola pukul 2.45 pagi.
Tak lama lepastu isteri saya peluk saya erat².
Kemudian melutut dihadapan saya.
Dia mintak maaf, buat saya terasa hati katanya. Saya hanya diam dan pura² tak tahu.
Tak lama lepastu isteri saya dengan bersungguh bercerita. Dia mengatakan sebagai seorang isteri. Siapalah yg taknak anak. Semua orang nak anak. Cuma dia taknak saya membazir.
Saya pura² keraskan hati. Biasalah, nama pun lelaki. Dalam rumah tangga, mesti ada pasang surut. Mana ada orang bahagia 24 jam. Mesti akan ada waktu yg mereka akan tergelincir sekejap.
Tak lama berselang, saya lihat isteri saya menangis sebab saya tak layan dia. Dia masuk bilik dan ambil Alquran. Dia halang pandangan saya dari lihat TV. Tak lama lepas tu dia letak Alquran di hadapan saya.
Sambil memegang Alquran Isteri saya berkata.
“Demi nama Allah.
Sesungguhnya saya memang nak sangat anak. Tetapi belum rezeki kita.
Tolonglah faham, bukan saya taknak anak. Cuma taknak kita bazir duit.”
Setelah melihat kesungguhan isteri memujuk hati saya. Barulah saya yakin dengan kata2 beliau walau ada sedikit merajuk lagi.
Saya tanya dia. “Betul ni? tak main².”
Isteri saya bangun dan peluk saya. Mana mungkin nak main² hal macamni.
I sendiri memang nak sangat anak. Tapi I kan dah operate. Doktor cakap dalam tempoh 2 tahun ni kita akan dapat anak. Kita sabarlah sikit. InshaAllah dalam masa terdekat kita akan dapat anak.
Allahuakbar.
Malam tu sedikit sebanyak membuat hubungan kami semakin erat. Saya pun bangun dan ambil semula bantal dan masuk ke bilik.
Tak lama lepastu isteri perli saya. “Bukan ke tadi u nak tengok bola, pergilah baring dekat depan tu.” “tak apalah, bola tu bila² boleh tengok.”
Sesungguhnya, Allah maha mendengar. Apa yang diperkatakan oleh isteri dihadapan Alquran. Benar² terjadi.
HAMIL
5 minggu berselang.
Isteri saya pulang dari kerja.
Beliau bersalaman dengan saya yg berada depan tv dan terus masuk ke bilik mandi.
Saya macam biasa. Malam minggu wajib tonton EPL dulu. Tak lama berselang isteri keluar dengan towel dalam keadaan menggigil.
“Cuba U tengok ni”
Dia tunjuk pregnancy test ada 2 line.
saya agak terkejut dan happy sekejap.
Saya pun pura² cakap.
“Nanti call lah adik u tanya. Betul ke mengandung kalau macamtu.
Kadang benda ni bukan boleh percaya sangat.”
Saya pura² menenangkan keadaan.
Sebab taknak terlalu berharap.
Kalau tak ada nanti kesian pulak wife.
Wife saya pun menghubungi ahli keluarganya memaklumkan keadaan tersebut.
Saya pun dengan pantas pura² nak mandi jugak. Masuk je bilik air. Bukak pancu4 air tu laju-laju. Selaju mana air tu jatuh. Selaju itulah airmata saya mengalir kegembiraan.
Hanya Allah yg tahu masa tu.
perasaan setelah kian lama menunggu.
Keesokannya saya pergi kerja macam biasa.
dalam pukul 12 tengahari macamtu isterinsaya call mengatakan yg beliau disahkan hamil 5 minggu.
Sekali lagi airmata jantan ni mengalir baq hang. Tapi terpaksa cover².
takot kawan tempat kerja nampak saya menangis kegembiraan.
Setelah pulang ke rumah.
Perkara pertama sekali saya cakap dengan isteri. Berhenti kerja dan saya cakap saya akan tanggung semua perbelanjaan rumah selepas ni.
Sebelum ni bukanlah tak mampu tanggung semua. Tapi isteri bekerja sebab nak hilangkab bosan tinggal dirumah sepanjang hari.
Doa seorang isteri yg bersungguh² untuk memujuk hati suaminya.
Allah makbulkan.
Bukan 1 anak tuhan bagi.
sepasang sekali gus.
Alhamdulillah, berkat bersabar.
Akhirnya Allah beri tepat pada waktunya.
Tanpa perlu jalani rawatan ivf. Kami dapat anak secara normal. Berkat doa seorang Isteri yg sentiasa bersabar.
Sekarang kedua² anak ni lah yg meneman isteri saya dirumah saat saya terpaksa berjauhan. Dan isteri tak lagi rasa sunyi sebab dia sebuk uruskan kedua² doktor yg sedang membesar ni.
Saya redha saya kurang diberi perhatian.
Asalkan perhatian untuk kedua² anak saya di beri secukupnya. Saya taknak anak² saya kurang kasih sayang.
Dan terima kasih saya ucapkan kepada yg menyumbang hadiah basikal untuk kedua² anak saya dan yg telah menyumbang duit untuk saya beli kek kepada mereka.
Semoga murah rezeki anda semua.
Dan saya berharap buat insan diluar sana yg masih belum dikurniakan anak.
Jangan putus harap.
teruskan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin Jangan pernah berputus asa dalam berdoa, in shaAllah, Allah kabulkan…
Cepat atau lambat pasti hadir.
Hati ibu mana yang tak luluh, jiwa ibu mana yang tak galau apabila anak yang ditatang bak minyak yang penuh sejak kecil tiba-tiba ‘hilang’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata membuatkan pelakon Noorkhriah tidak keruan.
“Saya tak mampu bayangkan kalau dia (anak) hilang selama lamanya,” itu luahan Noorkhiriah tatkala berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah Azfaizul, 12, dilaporkan hilang.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian, anaknya dilaporkan sudah dijumpai.
“Saya sedar dia hilang daripada pandangan mata sekitar waktu Subuh.
“Jujur saya menggigil ketakutan fikir bukan bukan. Apa jadi kepadanya. Macam macam berlegar dalam kepala.
“Tapi syukur, kawan suami saya menemuinya di sebuah kawasan parkir kereta,” jelasnya lagi.
Sebelum itu, pelakon drama Nur ini berkongsi kehilangan anaknya menerusi laman instagramnya dan memohon bantuan ramai untuk menjejaki anaknya.
Menurut Noorkhiriah, kali terakhir anaknya dilihat berbasikal merah dan menyarung ‘sweater’ berwarna kuning tertera tulisan negara Australia.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai termasuklah rakan artis seperti Azza Elite, Iesya Toh dan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Mereka turut memanjangkan berita berkenaan di Instagram masing masing.
Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkahwin dengan Azfaizul Ahtan sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Selain Hudhaifah, pasangan berkenaan mempunyai anak bernama Muhammad Yusoff, 10 dan anak perempuan bernama Nur (2 tahun).
Keluar pagi wangi, bila balik bau macam-macam. Agaknya apa sebabnya anak-anak yang baru pulang dari sekolah, pasti akan ada bau yang kurang menyenangkan di badan mereka?
Mak-mak mulalah buntu memikirkan sebabnya malah tertanya-tanya dengan keadaan ini.
Menurut perkongsian dari Dr.WanShare di laman Instagramnya, sebab pertama perkara ini berlaku adalah perubahan hormon dalam tubuh anak-anak terutama ketika mereka mula meningkat remaja. Ini boleh menyebabkan kelenjar keringat mereka bekerja dengan lebih keras.
Kelenjar keringat apokrin yang terletak di kawasan berbulu seperti ketiak mula mengeluarkan lebih banyak keringat ketika mereka aktif sepanjang hari.
Keringat atau peluh ini apabila bertemu dengan bakteria di kulit, akan menghasilkan bau yang kurang nyaman!
Sebab kedua adalah, aktiviti fizikal yang berlebihan di sekolah seperti berlari, bermain dan kelas tiada pendingin hawa akan membuatkan mereka berpeluh dengan lebih banyak. Peluh yang terkumpul dan tidak segera ditukar bajunya sudah semestinya menyebabkan bau yang kurang enak.
Sebab ketiga menurut doktor adalah, diet atau pemakanan anak-anak juga menjadi faktor kenapa badan mereka berbau. Makanan tertentu terutamanya bawang putih dan rempah boleh menyumbang kepada bau badan yang dipecahkan oleh tubuh.
Selain itu, jenis kain baju sekolah yang kurang menyerap peluh pun menyebabkan bakteria mudah membiak dan seterusnya menghasilkan bau aneh pada anak-anak.
*Oleh itu jalan penyelesaianya adalah mak-mak kena pastikan anak menggunakan pewangi badan atau deodoran yang bersesuaian untuk mengurangkan masalah bau ini. Baju yang sudah digunakan pun mesti cepat-cepat basuh supaya tak bau kepam!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.