Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 meruntun jiwa masyarakat. Rata-rata berkongsi luahan dan rasa hati akibat pemergian Sarah yang secara tiba-tiba.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah, bapa tunggal kepada tiga cahaya mata, situasi Shuib pernah dilaluinya tiga tahu yang lalu. Arwah isteri tersayang ditidurkan akibat paru-paru dijangkiti kuman.
Ketika itu hanya Tuhan yang tahu perasaannya sebagai suami. sementelah anak-anak mereka masih kecil dan memerlukan belaian seorang ibu.
Isteri aku juga ditidurkan bila dia sudah mula sukar untuk bernafas sendiri. Bila paru-paru sudah mula dijangkiti dan mesin diperlukan untuk membantu pernafasan maka doktor tidurkan dia.
Sewaktu isterinya ditidurkan, peluang ketika itu 50-50 dan jujur mengakui dia cukup lemah dan tidak berdaya ketika itu.
Bila koma, chances is 50-50. Entah bangun entah tidak.
3 hari aku gundah, 2 malam aku pasrah. Akulah manusia yang paling lemah dan helpless ketika itu.
Kerana itu, apabila isterinya pergi meninggalkannya dan anak-anak buat selama-lamanya, dia merasai apa yang Shuib lalui kerana pernah berada dalam situasi tersebut.
Jangan ditanya apa perasaan aku.
Numb.
Just numb.
Shuib sekarang berada di tempat aku.
Akui Khairul lagi, perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu. Hanya yang melalui akan tahu situasi demikian dan dia mendoakan semoga tiada yang perlu menghadapi situasi sepertinya.
Update:
Innalillahiwainnailaihirojiun. Siti Sarah Binti Raissuddin telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan para syuhada.
#superdaddy
Pihak Majalah Keluarga sebelum ini pernah menemubual saudara Khairul yang berkongsi kenangan bersama arwah isterinya