
Mungkin sepanjang beberapa hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sudah ada yang teringin untuk menikmati minuman yang istimewa dan lazat seperti di cafe ternama.
Jadi apa kata, anda sediakan minuman Dalgona Coffee yang mempunyai rasa yang cukup eksklusif ini untuk menawan selera seisi keluarga.
Ni cara buatnya, mudah sahaja.
Jom kita cuba buat kopi viral ni pulak… fuhhhh sedap sangat!!!
Dalgona Coffee
2 sudu besar nescafé⠀
2 sudu besar air panas
2 sudu besar brown sugar⠀
1 cawan susu segar
Cocoa nibs atau semi sweet chocolate chips (optional)
Cara penyediaan :
1. Masukkan nescafe,brown sugar dan air panas di dalam bekas. Kemudian pukul dengan whisk utensel hingga likat.
2. Ambil gelas berisi ais dan masukkan susu segar.
3. Letakkan adunan coffe yang likat di atas susu.
4. Taburkan chocolate chip dan sedia untuk dinikmati.
sumber : Lina Thomas via MAHN
Buat Sendiri Nasi Impit Homemade. Betul- Betul Mudah & Super Jimat!

Selain Rendang, Lemang dan ketupat, Nasi impit adalah hidangan yang harus dan wajib dihidangkan di pagi hari raya. Enak dimakan bersama kuah lodeh, rendang, sate dan bermacam-macam lagi.
Pelbagai pilihan nasi impit segera yang dijual di pasaran. Hanya perlu merebusnya dan siap untuk dihidangkan.
Tetapi, kalau buat sendiri, akan lebih jimat dan boleh hasilkan dengan banyak. Modal hanyalah plastik tahan panas, beras serta lidi sate. Mudah je!
Jom lihat langkah demi langkah penghasilan Nasi Impit homemade perkongsian dari saudari Rafiza Idayu menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
BAHAN-BAHAN:
Periuk Bertekanan Tinggi (Pressure Cooker-PC)
• Beras 1 pot = 130g (Saya guna beras Sekinchan Best)
• Plastik saiz 5×8 (5 inci x 8 inci)
• Lidi Sate
CARA MEMASAK:
1. Lubangkan plastik menggunakan lidi sate.
2. Masukkan beras 1 pot = 130g.
3. Basuh beras berkenaan. Masukkan sahaja air dalam plastik yang berlubang tu.
4. Toskan.
5. Lipatkan plastik begini.
6. Lipat kali ke dua.
7. Lubangkan guna lidi sate di bahagian lipatan.
8. Kemaskan plastik dengan menyulam lidi ke dalam lubang yang telah dibuat seperti dalam gambar. Kalau boleh elakkan penggunaan stapler kerana bullet stapler yang kecil dan halus dibimbangi masuk ke dalam makanan yang kita makan. Lagipun mengelakkan bullet berkarat masuk ke dalam makanan kita.
9. Patahkan lidi yang terlebih. Siap! Sedia untuk direbus.
10. Cara nak periksa kandungan beras begini tipnya. Pastikan kandungan beras setengah dari saiz plastik. Paras beras berada di bawah garisan bucu ke bucu plastik.
11. Masukkan air hingga 3/4 periuk.
12. Masak menggunakan api besar selama 45 minit.
13. Selepas 45 minit. Tunggu sehingga semua tekanan dah keluar sendiri, ok dah boleh keluarkan nasi impit kita.
14. Nasi Impit Ekspress. Alhamdulillah, cantik kejadian nasi impit kita.
Tip:
- Bagi anda yang tiada periuk tekanan, boleh juga merebus nasi impit dengan menggunakan periuk biasa sehingga ia kembang dan pejal.
- Untuk periuk saiz 23cm diameter ini bolehlah masukkan 4 ketul nasi impit. Lebih jangan kerana beras akan mengembang. Dibimbangi nasi impit tak cukup terendam.
- Pressure Cooker bukan macam periuk biasa yang kita boleh buka tutup ketika dimasak. Hati hati ketika mengendalikan PC.
- Letak untuk penyejukan nasi impit. Kalau rupa parasnya herot beret semasa merebus, boleh ditekan dan dibetulkan kedudukan segiempatnya. Tekan sahaja ketika panas panas. Insya allah, dah sejuk nanti cantik bentuknya
Sumber: Rafiza Idayu (www.amazingayu.com) via MAHN
Sambal Bilis Rangup Sebijik Macam Orang Jual. Ni Resipinya!

Bila ada sambal bilis rangup ini di rumah, memang senang sebab ianya boleh disimpan lama tanpa merubah rasa dan kerangupan ikan bilis tersebut.
Jadi bolehlah untuk kita jadikan ia sebagai stok makanan. Andai teringin nak makan ianya boleh terus dijamah, sama ada dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja.
Buat yang ingin mencuba, bolehlah menyediakan menu ini seperti resipi yang dikongsikan ini.
Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yang orang duk jual tu pada sahabat MAHN.
Akak dah buat memang rangup berhari-hari tau..Makan dengan apa saja pun sedap..
Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sebab tu sambal ni rangup.
SAMBAL BILIS RANGUP
Ikan bilis dibasuh dan di toskan hingga kering
Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
Bawang putih pun dihiris
Cili kering dibasuh dan keringkan
Asam keping,garam dan gula
Tepung beras,tepung jagung dan tepung gandum@ Tepung Tempura Bestari
CARA:
1. Gaul ikan bilis dengn ketiga-tiga tepung tadi. Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye
2. Gaulkan juga bawang kecil,bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.
3. Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye, kalau tak hangus nanti. Agak-agak dah golden brown bole angkat dan toskan.
4. Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
5. Cili kering tadi digoreng juge dalam 2-3 minit atau agak2 garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye..
6. Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.
7. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
Siap untuk dinikmati..
Edit post: Jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yg dah di gaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi..
SELAMAT MENCUBA
Sumber : Noriza Jaja via MAHN
Senang Rupanya Nak Buat Daging Masak Merah Ala Thai. Ringkas Bahannya, Sedap Setanding Makan Di Restoran!

Asyik ayam, ayam ayam! Itu jela menu harian kat rumah yang diminta oleh anak-anak. Muka pun dah macam ayam dah rasanya! hehe.
Sesekali bila dah jemu dengan lauk yang di request oleh anak-anak, boleh la tukar kepada menu mak-mak pula!
Salah satunya, yang selalu kita pesan bila makan di restoran thai, daging masak merah. Selalu makan kat kedai, ingat susah menunya nak buat. Tapi bila tengok resipi dari Maznah Sumaila ni, senang rupanya! Yang mana kehabisan idea tu, jom buat menu ni pula!
Daging Masak Merah Ala Thai KapKunKap
Hari ni rasa rindu nak makan kat restoran Thai. Selalu order Daging masak merah ala Thai ni. Rasa teringin tu tak boleh tahan.
Jadi, oleh kerana menyahut seruan kerajaan untuk #StayAtHome saja, kita buatlah ikut barang yang ada kat rumah.
Siapa nak cuba, resepi dan cara-cara ada disetiap gambar ye. Mudah sahaja. Dengan slogan “Kita Buat Dia, Bukan Dia Buat Kita” jom masak dengan penuh rasa semangat. Yeahhhh
Bahan-bahannya :-
– Daging 500 gram
– Bawang Putih 2 bijik size paling besar dalam labu dia.
– Bawang Holand sebijik. Memang banyak guna bawang holand supaya sedap manis.
– Cili Merah yang besar tu
– Sos cili
– sos tomato
– sos tiram
*semua ikut suka nanti nak letak banyak mana.
– Pewarna merah
– Garam
– Gula
– Sos ikan *optional
Cara-caranya :-
1. Rebus daging, biar besar macam tu dan masa rebus letak pewarna makanan (merah). Masa rebus daging aku pecahkan halia dalam 2 inci untuk hilangkan bau dia nanti. Bijak kan?
2. Lepas tu, daging dah masak kita potong dia. Cantikkan aku potong. Teruja tau mak mertua ampa bila menantu pandai potong daging. Hahaaaa.
3. Kemudian, kita goreng daging tadi. Goreng sekejap untuk bagi nampak warna gelap sikit sahaja. X payah lama sangat nanti keras aku tak tanggung jawab. Hahahaaa
4. Guna minyak yang sama (jimat kan) masukkan bawang putih dan bawang holand. Tumis sampai naik bau. Lepas tu letak 1 sudu kecik cili boh. Nak pedas, letak la banyak sikit. Tiada masalah.
5. Haaaa ni kita tumis cili boh tadi, lepas tu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram ye kengkawan. Banyak mana nak letak? Ikut laaaa, rasa nak ada kuah lebih, letak lebih skit sos2 tadi.
6. Yang ni aku hampir lupa. Sebab optional sahaja. Cehhhh bahasa omputih dohhhh… Hahaha. Kalau ada sos ikan, boleh letak sikit dalam 1 sudu kecik sahaja. Kalau tiada sos ikan, tidak usah gusar dan bimbang. Tidak berdosa ye. Cuma bila letak, rasa la beza sikit kan. Nama pun “Ala Thai”.
7. Then, masukkan daging yang kita goreng tadi. Gaul sebati. Letak air rebusan daging dalam 2 sudu besar. Biarkan daging seketika. Masa ni la ko letak serbuk perasa, gula dan garam ye. Garam jangan banyak. Sebab sos tiram dan sos ikan sudah masin tu.
8. Dah rasa nak kering, masukkan cili besar ye. Aku hampir lupa cili ni tadi. Hahahahaa..
Taraaaaaa dah siap! Mudah kan? Walau tak semudah ABC, tapi boleh la kalau sapa2 baru nak belajar masak tu. Rasa dia? Kompom mabeles! Masam, manis dan pedas sikit.
Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub