Dalam Rumah Ada Bau Pelik, Pemilik Homestay Terkejut Telur Tinggal Seminggu Jadi Anak Itik!

Share

Selalunya kalau telur yang lama tidak digunakan, pastinya akan membusuk! Lain pula bagi satu video yang tular ini apabila telur yang ditinggalkan selama seminggu menjadi anak itik. Fuhhh tak habis fikir jadinya!

Menurut individu yang memuat naik video ini di laman Tiktok miliknya, yang juga pemilik Homestay di Pendang Kedah ini, Zakaria Nazir, telur yang ditinggalkan oleh pelanggan itu difahamkan telur itik tersebut digunakan untuk umpan memancing.

Ini merupakan pengalaman kali pertama baginya sepanjang dia mengendalikan inap desa berkenaan.

Jelasnya, pada hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah tersebut dan tertinggal sepapan telur itik kampung. Pemilik telur berkenaan meminta Zakaria untuk menyimpan kerana akan kembali beberapa hari lagi.

Lain pula jadi apabila ada bau pelik ketika tuan rumah datang membuka dan melihat kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik.

Jumlah anak itik yang hidup adalah 13 ekor, manakala hanya tujuh biji sahaja yang tidak menetas.

@zakaria_nazir Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe
♬ SWIPE – ALYPH

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video berkenaan dan tidak sangka telur tersebut boleh menetas menjadi anak itik walaupun hanya ditinggalkan dalam tempoh seminggu.

Sumber: Kosmo & TikTok @zakaria_nazir