Innalillahiwainnailaihirojiun dan salam takziah buat ahli keluarga. Lapan kematian sudah dilaporkan di Malaysia setakat artikel ini ditulis.
Sungguh berita ini cukup menyedihkan semua antara kita. Apatah lagi buat ahli keluarga yang mendapat perkhabaran perginya insan tersayang akibat COVID-19.
Sementara itu, kita juga sedia maklum apabila berlaku kematian akibat COVID-19, cara pengurusan jenazah dilakukan dengan SOP yang cukup ketat oleh pihak hospital . Hinggakan ahli keluarga sendiri tidak dibenarkan menghampiri jenazah. Sebabnya satu, lain tidak bukan kerana virus tersebut ditakuti akan terus berjangkit pula pada yang lain.
Sedih & pilu
Bayangkanlah, sudahlah hilang orang tersayang, malah tidak boleh pula memberi penghormatan terakhir.
Tentu situasi ini cukup berat untuk ditanggung dan pasti ada rasa terkilan dirasakan di dalam hati. Sedangkan kelazimannya, setiap antara kita pasti mahu berbakti dan lunaskan tanggungjawab pada insan yang kita sayangi saat di akhir hayatnya.
Ads
Saya percaya, kita semua tidak mahu kejadian seperti ini dilalui oleh ahli keluarga kita dan hakikatnya masalah COVID-19 ini semakin serius.
Apatah lagi COVID-19 masih tiada penawar,tiada ubat dan tiada vaksin!
Semua antara kita perlu sedar hal ini dan oleh itu, suka saya ingatkan agar kita semua terus mengikut arahan kerajaan dan sokong saranan #StayAtHome dengan penuh berdisiplin.
Ambil peluang
Usahlah kita seperti cacing kepanasan bila diarahkan kekal berada di dalam rumah. Namun alangkah moleknya andai senario kini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk sentiasa berada dekat dengan keluarga tercinta.
Ya, macam-macam benda boleh kita buat dengan anak-anak dan pasangan bila ‘berkurung’.
Contohnya mesti lah kita sebagai ibu terasa teruja hendak masak macam-macam menu untuk keluarga.
Ads
Walau pun stok bahan-bahan masakan yang ada di dapur terhad, namun tetap kreatif mempelbagaikan resipi.
Senang cakap, apa suami dan anak rasa teringin hendak makan tak jadi masalah untuk kita sediakan. Kalau tidak tahu resipinya, Mr Google kan ada. Betul tak?
Malah di web keluarga.my juga banyak menu yang sedap-sedap kami kongsikan untuk dicuba.
Itu baru 3 menu, malah banyak lagi kami sediakan untuk warganet mencuba. Bahkan bukan resipi sahaja malah banyak info bermanfaat untuk anda seisi keluarga dapat dimanfaatkan.
Berbalik pada aktiviti yang boleh dilakukan dengan melihat daripada sisi seorang ayah pula, andai sebelum ini kurang ada masa untuk bermain dengan anak-anak dek kerana sibuk berkerja siang hingga malam. Jadi masa inilah ambil kesempatan untuk ada ruang masa bersama anak-anak.
Dekatkan diri padaNya
Selain memberi fokus pada aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk elak rasa kebosanan. Jangan pula kita lupa satu hal yang juga penting untuk kita seisi keluarga lakukan bersama-sama iaitu solat berjemaah. Subhanallah, ternyata 5 waktu tersebut akan menjadi cukup indah!
Untuk akhirnya, ingin saya war-warkan sekali lagi agar kita semua jaga keluarga kita untuk patuh dan berdisiplin laksanakan saranan #StayAtHome.
Sekian,
Marliana Shamsuddin, Editor Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Surah Al A’la, Mak Ayah baca, tiup supaya anak senang ingat jawapan soalan peperiksaan. Musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan tempoh yang penuh debaran bagi para pelajar tingkatan lima di seluruh negara. Ia bukan sahaja menjadi ujian akhir persekolahan, tetapi juga penentu kepada hala tuju masa depan mereka.
Surah Al A’la, Mak Ayah Baca
Keputusan SPM sering dilihat sebagai “tiket emas” untuk melangkah ke alam pengajian tinggi, vokasional, atau bidang pekerjaan. Oleh itu, persediaan yang rapi dan strategi pembelajaran yang berkesan amatlah penting.
Tiup Supaya Anak Senang Ingat Jawapan Soalan Peperiksaan
Peranan ibu bapa juga penting sepanjang musim peperiksaan ini. Sokongan moral, doa, dan galakan mampu memberikan semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha. Elakkan memberi tekanan yang berlebihan kerana ia boleh mempengaruhi prestasi pelajar.
Berikut perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh III ini. Untuk bagi kuatkan daya ingatan anak-anak serap ilmu yang dipelajari selama ini. Bolehlah anak-anak mahupun mak ayah mulakan dari sekarang ya.
Amalan Elak Lupa Apa Jua Ilmu Yang Dihafal Masa Belajar
Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu. 2) Ambil segelas air kosong. 3) Baca Surah Al A’la ini. 4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air. 5) Sambung bacaan hingga akhir ayat. 6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan di pagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Mak Ayah Pun Boleh Buat, Baca, Tiup Dan Doakan
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa reda Allah taala.
Silalah share ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Berikutan kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID 19 beberapa hari lalu, pengesanan kontak rapat kini sedang giat dijalankan KKM.
Salah seorangnya termasuklah peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kelas Agama dan fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan 1442/2020, Maryam Solehah Noor Hisham, 8, turut diminta menjalani saringan.
Menurut bapanya, Noor Hisham, beliau telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Seremban semalam dan diminta membawa Maryam ke Klinik Kesihatan Senawang untuk membuat saringan.
“Saya dan isteri sudah bersedia sebenarnya bila kami tengok di Facebook Jabatan Kemajuan Islam(Jakim) ada gambar Maryam bercakap dengan Datuk Zulkifli.
“Petang semalam lebih kurang jam 3.45 petang, saya dihubungi Pejabat Kesihatan minta bawa Maryam buat saringan dan kami akur dengan arahan,” katanya yang tinggal di Taman Marida.
Tambahnya, sehingga kini keadaan kesihatan Maryam baik sahaja dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Sebagai langkah keselamatan, beliau sekeluarga mengambil pendekatan untuk kuarantin diri di rumah sehinggalah keputusan saringan Maryam diperoleh.
“Saya tunggulah arahan seterusnya. Buat masa ini saya dan isteri diberi kebenaran oleh pentadbiran sekolah untuk bekerja dari rumah.
“Anak-anak pun saya tidak hantar ke sekolah termasuk Maryam melainkan anak sulung saya yang kini berada di asrama,” tambah beliau.
Dr Zulkifli ada membuat perkongsian di Twitter milik, beliau dan adik Maryam sempat bertemu dan bersapa di majlis tersebut.
Saya sempat berbual dengan peserta termuda, anakanda Maryam Solehah, 8 tahun yang mewakili Negeri Sembilan. pic.twitter.com/RmNj8yS15b
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Wanita kalau dah bersuami jangan malas usahakan pelbagai cara untuk kekal cantik. Bukan cantik sahaja tetapi paling penting kita kena jaga kesihatan
dalaman untuk diri kita sendiri.
Rutin wajib yang semua wanita kena amalkan salah satunya adalah mengamalkan jus detoks. Jus detoks rahim pula adalah bonus untuk wanita. Suami pun tumpang
sekali gembira. Mana taknya, selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan jus detoks ringkas ni.
Cuba amalkan resepi homemade yang ringkas ini setiap kali lepas haid. Tak sukar nak buatnya, campakkan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih
sahaja. Senang!
Bahan-bahan:
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Caranya:
1. Rebus semua herba dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning.
2. Tambahkan air asam jawa dan gula merah.
3. Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya.
4. Biarkan air rebusan menjadi suam dan terus diminum.
Lebihannya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan takut untuk amalkan jus ini kerana rasanya tidak pahit malah baunya juga harum disebabkan ada
serai dan daun pandan.
Mahu lebih hebat lagi, anda juga disyorkan untuk tambahkan daun sireh atau daun kencur. Bagi ibu yang menyusu pula, boleh tambahkan sedikit halba atau
habbatus sauda. Selamat mencuba!
Sumber: Fyza Shah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...