Namun persoalan warganet itu mendapat respond Scha dengan jawapan yang cukup simple.
sbb kena pi hospital ! Kain batik masuk angin 😂
maternity jeans kan ada
Tak kurang yang memuji Scha yang nampak kurus walaupun baru beberapa hari melahirkan bayi.
So simple, humble
mariaarnaisApaaaa niii keluar baby dah kurusss..untungg arrr hehehe😍..tak pernah tak cantik @schaalyahya
fizzah_ainLike the way u are…, So simple , so humble , u just be your self… that make u so beuatiful..,, love u @schaalyahya ❤️❤️
Cepatnya back to shape
khatizah_dahlanCepatnya back to shape….. macam baru semalam nampak besar perut, hari ni dah back to shape….. kalau macam ni tahun2 boleh mengandung… 😅😍 congrats mommy and baby ..
mami_eishJika berpantang dengan baik, cukup rehat, makan yang sihat, tido yg cukup, mak² mmg cergas. Tak kirala normal atau csec sekalipun. Tu pasal lawa 😍
Beberapa hari lepas, dilihat Harris Annuar atau mesra dipanggil Aboy memuat naik gambar percutian bersama isterinya, Asha Merican di Starfield Library. Pasangan ini memilih Korea Selatan sebagai destinasi pilihan mereka.
Baru – baru ini di akaun Instagram Aboy, beliau ada berkongsikan satu video yang menunjukkan telatah Asha ketika terjumpa gerai menjual pakaian di tepi jalan di negara itu. Kelihatan dari jauh baju – baju itu seperti baju bayi dan Asha berasa sangat teruja untuk melihat baju – baju tersebut dan mengajak Aboy untuk melihatnya.
Perangai mak – mak memang begitu, nampak baju comel dan stail terus teringatkan anak. Terus rasa teruja dan bersemangat untuk membeli. Asha membelek – belek baju yang ada tanpa menyedari baju – baju itu adalah baju haiwan peliharaan iaitu anjing.
Aboy yang sedang merakam video it uterus tertawa semasa melihat patung anjing yang dipakaikan baju comel di situ dan menyedari bahawa baju – baju comel tersebut adalah baju anjing.
Asha memberi reaksi dengan penuh terkejut sekaligus mencuit hati selepas diberitahu baju itu adalah baju anjing. Dalam terkejut, sempat Asha berpaling dan memalingkan muka untuk melihat lagi sekali kea rah kedai itu.
Perkongsian video tersebut mendapat reaksi lucu daripada warganet. Rata – rata peminat terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh Asha.
Untuk rekod, Aboy dan Asha mula mendirikan rumah tangga tanggal pada 11 Jun 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Auraa Medina.
Ayam antara bahan utama yang popular dalam masakan seharian.
Sebut sahaja di kedai makan atau restoran mana, pasti ada lauk berasaskan sumber protein ini dihidangkan.
Rasa ayam yang lembut kenyal sangat menepati citarasa ramai orang terutama kanak-kanak.
Menarik dengan perkongsian ini, boleh cuba resipi ini.
Penangan Ayam 0.99 sen di Maidin. Ubah menu rimau menangis kepada ayam menangis. Boleh la anak-anak makan drumstick dengan kepuasan yang nyata sini Zu share resepi ye. Mudah je. Janji rajin.
Bahan Perap -1 labu Bawang putih- ditumbuk -sekeping nisan (gula melaka)- di tumbuk -2 inci halia -3 sudu sos tiram -gula, garam secukupnya ..gaul kesemuanya pada ayam dan Perap beberapa jam * zu bakar dlm kuali leper dessini je…boleh try gune pemanggang ajaib,oven atau AF
Bahan Sos -4 ulas bawang putih-di tumbuk -5 biji cili Padi -di tumbuk -2 ulas bawang merah-di gurus -daun ketumbar -Sos Sotong -sepotong limau nipis -sedikit sos tiram -1/2 kpg nisan (gula melaka) -sedikit gula dan garam Satukan Kesemua bahan dlm bekas..kacau dan rasa mengikut selera. Siap. Selamat mencuba semua.
Ibadah Korban dilaksanakan adalah sebagai tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kita. Maka tidak hairanlah bagi menyatakan rasa syukur, selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dengan pemilihan lembu yang terbaik.
Memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, lebih 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ‘bermandi’ peluh merebahkan lembu sado seberat 1,000 kilogram (kg) milik selebriti, Neelofa untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini pada Rabu.
Pada majlis tersebut Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz turut menyumbangkan seekor lagi lembu sado seberat 800kg dari baka yang sama iaitu Charolais untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Selain itu, sebanyak lima ekor lembu baka tempatan turut disumbangkan oleh selebriti berkenaan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.
Neelofa berkata, pihaknya menyasarkan 850 orang akan menerima sumbangan daging korban tersebut.
“Daripada jumlah itu, kita akan agihkan kepada 150 anggota JBPM Kelantan dari seluruh negeri,” katanya pada Majlis Korban Perdana JBPM Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Neelofa.
Menurutnya, selain Kelantan ibadah korban tersebut turut berlangsung di Kedah, Perak dan Selangor.
Katanya, pada tahun ini sebanyak 15 ekor lembu disumbangkan untuk program berkenaan di kawasan terlibat.
Sumber : Sinar Harian
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.