Mendidik anak-anak, kita sebagai ibu bapa bukan sakadar membantu anak-anak untuk mengenal huruf A B C dan seterusnya lancar membaca.
Melihat perkembangan pembelajaran anak-anak yang memberansangkan, jangan pula kita lupa atau abaikan 6 perkara ini. Walau terlihat mudah, namun cukup memberi kesan dalam kehidupan anak.anak.
Nak tahu apakah itu, ikuti perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini.
Bahaya jika mak ayah terlepas pandang 6 perkara ini tentang anak anaknya sendiri
1. Akil baligh anak
Anak akan mencapai umur akil baligh mereka ketika berumur 9-16 tahun. Jangan lupa siapkan ilmu persediaan akil baligh di awal usia supaya anak kita tak terkejut dan tertekan dengannya.
2. Kaedah mencuci air kecil bagi anak lelaki
Anak lelaki cara membersihkan air kecilnya agak berbeza daripada anak perempuan. Jangan lupa ajarkan anak lelaki kita Istibra’ iaitu berdehem selepas membuang air kecil.
Bahaya jika anak lelaki tak tahu tentang Istibra’ ini walau dah meningkat usia. Risau kalau kalau ibadahnya tak sah sampai umur dewasa.
3. Perkembangan emosi anak
Anak kecil kita kawalan emosinya ( self-control ) masih belum develop dengan sempurna. Bagilah anak peluang dan masa
Jangan sampai terlupa yang anak kita bukannya sengaja untuk membuat kita sakit hati dengan perangai mengamuk dan menangis mereka tetapi kerana kawalan emosi mereka masih belum terbentuk sempurna
4. Kesan jajan pada otak anak
Otak anak kita paling cepat berkembang di awal usia mereka terutamanya ketika berumur 6 tahun ke bawah.
Ketika itu, makanan tak sihat seperti jajan dan makanan yang diproses ( processed food) seperti daging burger, nugget dan sosej sangat mempengaruhi otak dan IQ anak kita. Ada kajian menunjukkan jajan yang diberi pada anak berumur 3 tahun dan ke bawah terbukti boleh efek IQ mereka
5. Didik anak mengikut fasa perkembangan mereka
Anak berumur 0-7 tahun masih berada di fasa awal perkembangan. Didiklah mereka dengan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian.
Umur 8-11 tahun pula adalah fasa untuk membentukan habit, rutin dan disiplin diri ( self discipline) . Ketika ini ketegasan kita sebagai ibubapa sangat diperlukan. Asalkan tidak keterlaluan.
6. Anak banyak bertanya
Anak yang banyak bertanya biasanya sedang dalam fasa ‘why-stage’. Ketika itu mereka sebenarnya sedang belajar memahami dunia di sekeliling mereka dan sedang belajar menguatkan ‘critical-thinking’ mereka.
Janganlah kita sakit hati dengan pertanyaan mereka sehingga kita menengking dan mendiamkan mereka. Ditakuti anak kita serik untuk bertanya lagi dan mengganggu perkembangan mereka.
Ajarkan juga ilmu ini pada pasangan kita kerana mendidik anak bukanlah tugas individu seorang. Mendidik anak memerlukan kerjasama kedua belah pihak yang saling sokong dan saling sayang.
Sumber : Taufiq Razif