Biasanya daun kering kita akan buang aje. Tapi sebenarnya ia boleh digunakan untuk berkebun. Dengan menggunakan daun kering dapat membantu pokok menjadi subur.
Melalui perkongsian Aisyah Othaman dari abu Nummuulfahm, beliau berkongsi petua yang cukup mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun. Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
“Pokok limau dari abuNummuulfahm sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam. Alhamdulillah.
Sepanjang setahun lebih ni ade sekali letak baja masa awal-awal ditanam selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni,
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izinNya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”
20 Feb 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.
22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluarkan bunga.
15 Mac 2017- Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Caranya
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok. Bagi pokok bunga kantan sesuai juga letak daun rumput kering.
Sumber: Aisyah Othaman
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club