Pendakwah bebas, Da’i Hamidah baru-baru ini selamat melahirkan bayi keduanya. Berita tersebut dikongsi menerusi laman instagramnya.
Alhamdulillah🤍
Syukur yang teramat sangat😭.
Alhamdulillah dipermudahkan melahirkan anak kedua jam 4.53am, 23.2.2021. Semoga Allah Taala merahmati & memberkati permata ini✨
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak berkongsi rasa gembira dan terharu dengan keprihatinan ahli keluarga termasuk suami yang banyak membantu melancarkan urusannya sehingga selamat melahirkan bayi keduanya.
Dalam perkongsian terbarunya, Da’i Hamidah memuat naik sekeping gambar bersama suami dan berterima kasih atas bantuan semua.
Fasa mengandung, melahirkan dan mendidik bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab itu disebut kepada ibu yang mengandung “wahnan ala wahnin “. Benar- benar sakit dan benar- benar mendebarkan.
Maka suamilah tempat isteri menumpang kekuatan. Terima kasih suamiku yang menemani dari awal sehingga melahirkan. Walaupun dalam labour room tersengguk2 sangat mengantuk almaklumlah anak lahir waktu tahajjud😄.
Terima kasih juga insan terpenting dalam hidup kami berdua iaitu mak,ummi & ayah yang banyak membantu. Berkat adanya mereka terlalu banyak urusan kami menjadi mudah. Ya Allah mana nikmatmu yang ingin kami dustakan.
Semoga kehadiran permata kedua ini menambah seri kebahgiaan dalam rumahtangga kami In Sya Allah
View this post on Instagram
Sebelum itu, dalam laman instagramnya Da’i Hamidah turut berkongsi tip untuk ibu bapa tentang apa yang perlu dilakukan apabila bayi baru lahir.
Bayi yang baru dilahirkan 8 perkara perlu dilakukan :👶🏻
– 3 perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja dia dilahirkan iaitu
( azan , iqomat, dan tahnik )
– 4 perkara yang perlu dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya :
( akikah, diberi nama, bercukur, dan bersedekah )
– 1 perkara yang perlu dilakukan pada hari kelapan :
( khitan )
* Tak wajib ikut hari senarai atas ni sebijik2 tapi kita usaha buat semua perkara di atas*
______________
Alhamdulillah hari kesembilan dah permata kami👶🏻. Syukur selesai apa yang penting✅. Tapi masih tak boleh lupa pengalaman bersalin anak kedua ni begitu mudah Alhamdulillah
View this post on Instagram
Sumber: daihamidah