Belum reda kes Covid-19 yang kian mencatatkan sejumlah angkat yang semakin meningkat setiap hari, kita dikejutkan pula dengan berita insiden pertembungan tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Baru yang dipandu secara autimatik bertembung dengan tren daripada stesen Kampung Baru menghala ke Stesen KLCC di pandu secara manual dan dipercayai membawa 213 penumpang.
Menurut laporan yang ditulis di H.Metro, berkongsi kisah salah seorang ibu mangsa yang cedera di dalam insiden yang bernama Syafiza Abd Hadhib, 45 berkata, “Dalam keadaan menangis, anak memaklumkan dia tidak merasa kakinya yang cedera dalam insiden itu.”
Syafiza berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya, Adzleen Syzarenna, 24, melalui nombor telefon tidak dikenali jam 8.29 malam.
“Anak saya yang bekerja di sebuah bank di Ampang sering menggunakan pengangkutan awam itu untuk berulang-alik ke rumah sewanya di Subang.
“Sejurus selepas kemalangan itu, Adzleen terus menghubungi saya dan memaklumkan dia cedera di bahagian kaki dan tidak dapat bangun.
“Saya yang terkejut dengan berita itu terus ke lokasi kejadian dan sempat berjumpa dengan dia yang masih berada dalam keadaan trauma sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, hari ini.
Seorang lagi ibu kepada mangsa insiden berkenaan, Mazuin Bahari, 51, berkata, dia bimbang dengan keselamatan anaknya sebaik mengetahui tren dinaiki anaknya, Tengku Ahmad Raiyan Tengku Naha, 27, terbabit dalam insiden itu.
“Ketika itu, Raiyan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Cheras. Sejurus selepas kemalangan itu, dia menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian berkenaan jam 9.19 malam.
“Raiyan memberitahu beritahu kaki kanannya tidak boleh digerakkan selain berasa sakit pada bahu akibat hentakan kuat,” katanya ketika ditemui di HKL, hari ini.
Mazuin berkata, dia dan suaminya terus begegas ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan, semua mangsa sudah dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.
“Saya sama sekali tidak menyangka kejadian seperti itu berlaku kerana sebelum ini saya kerap mendengar dan membaca kejadian itu di luar negara.
“Setakat ini, saya masih belum mengetahui keadaan dan tahap kecederaan Raiyan memandangkan ahli keluarga tidak dibenarkan masuk ke wad kecemasan berikutan arahan daripada pihak hospital susulan penularan Covid-19,” katanya.
Sumber : H.Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club