Menyediakan karipap yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya malah kulit karipap yang rangup juga menjadi keistimewaan dan kelebihan untuk menjadikan karipap yang dimasak sempurna rasanya.
Jadi tidak hairanlah Fadila Sofia telah mencuba pelbagai resipi karipap dan akhirnya menjumpai yang tersedap menepati citarasa. Kulit ranggup dan enak rasa.
Buat anda yang juga masih tercari-cari dan belum menemui resipi yang terbaik untuk menyediakan karipap, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
“Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yang paling sedap.”-Fadila Sofia
BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)
1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 Sb tepung jagung
2 Sb tepung beras
1 cawan air sejuk dari peti ais
1 sk garam
BAHAN INTI
4 biji kentang (potong dadu kecil)
Sedikit ayam/daging ( cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 Sb rempah kari daging
1 Sk jintan manis
1Sk serbuk ketumbar
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak kulit karipap:
1. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan ke dalam tepung.
2. Kacau dengan senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.
3. Masukkan air. Uli sehingga sebati.
4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.
5. Nipiskan doh (jangan terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap
6. Goreng dengan api perlahan.
(Cara Membuat Inti)
1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dengan kiub pati ayam.
3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jangan terlalu berminyak dan berair, biar betul-betul kering).
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.
Sumber : Fadila Sofia via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Abang, Anak Kita Dalam Kandungan Dah Tak Ada”. Hafiz Mahamad Kongsi Berita Duka Isteri Keguguran!
Baru beberapa hari, personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad berkongsi kisah membantu rakannya yang sakit. Kini, dia pula diuji apabila isteri kesayangannya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.
Berkongsi kisah sedih tersebut di Instagram miliknya, akui Hafiz berita tersebut diterima ketika beliau berada di Kelantan untuk membantu sahabat baiknya.
“Aina surprise saya minggu, katanya dah dua bulan hamil. Gembira sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada dua kantung.
“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris dan perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur dan teruja sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…
“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yang sakit semalam masuk dalam kereta dan terus terima panggilan dari Aina sebab dia pergi buat pemeriksaan.
“ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA”
“Saya tak tahu nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yang sama terima panggilan macam tu, korang boleh rasa tak perasaan saya?” kongsinya.
Bagaimanapun, Hafiz menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada ujian Tuhan kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Saya belajar sesuatu, nak tau apa? Disaat saya terima panggilan tu, Aina kata anak saya dah tak ada dan mata saya tengok sahabat saya tengah tak berdaya depan mata
“Rasa syukur saya terus tinggi, saya tak nak kecewa dan tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk dan saya belajar untuk redha
“Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bagi lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.
“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris. Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy dan mummy.
“Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu dua bulan dalam kandungan.
“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy dan kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dengan rezeki halal sayang.
“Ini semua satu cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi dan sentiasa ikhlas dalam usaha.
“Mummy, terima jagakan anak kita dalam kandungan dua bulan dan terima kasih surprise daddy last week.
“Abang happy sayang sebab anak itu anak yang tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” tulis Hafiz menerusi kapsyennya di instagram.
View this post on InstagramA post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
Hafiz dan Aina mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan , Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.
Salam takziah buat Hafiz dan Aina.
Sumber: hafizmahamad
Cepat Je Siap. Lelaki Ini Kongsi Petua Buat Kek Sarang Semut Cantik Dan Gebu!
Kek antara manisan yang popular dan sering dimakan oleh masyarakat tak kira masa dan di mana juga. Walaupun begitu, nak hasilkan kek yang sempurna juga bukan mudah.
Kek gula hangus atau dikenali sebagai kek sarang semut ini memang tidak asing lah terutama bulan Ramadan ini. Menurut satu perkongsian oleh Khairul Hasrol untuk menghasilkan kek sarang semut yang sedap dan senang mudah sahaja dan hanya perlu ikut step yang diberikan. Anda patut cuba sebab resipi ni tak perlu ambil masa yang lama.
“Dia punya sarang mak oi mmg tak boleh nk bwk berbincang ye, bersarang elok, berongga, lembut, kenyal & berenjut! Yang penting resepi kali ni tak perlu perap atau peram adunan lagi”.
Kek Sarang Semut
Bahan-bahan:
- 4 biji telur (gred b)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanila
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder (satukan semua bahan-bahan di atas dan ayak bersama)
Bahan-bahan Untuk Gula Hangus:
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan butter/marjerin (abam pkai butter brand anchor)
Cara Penyediaan
– Buat adunan kek terlebih dahulu, kemudian baru sediakan gula hangus ye.
– Dalam bekas, pecahkan 4 biji telur.
– Masukkan susu pekat manis. Kacau-kacau manja sahaja. Tak perlu pakai mixer, boleh pakai spatula/whisk tangan je.
– Masukkan esen vanilla.
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau-kacau manja lagi sehingga semuanya sebati. Masa ni, uolls dh boleh nampak, adunan membentuk byk buih-buih kecil, itu tandanya soda bikarbonat tgh ‘bekerja’ dan akan dpt kek yg berongga nanti
– Ketepikan adunan.
– Dlm periuk yg lain, masukkan gula pasir. Masak sehingga keperangan (jangn smpai hangit ye).
– Masukkan air panas.
– Masukkan butter/marjerin. Tunggu sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya.
– Tuang gula hangus yang masih panas terus ke dalam adunan kek tadi. Kacau hingga sebati.
– Tuang ke dalam loyang yang telah digriskan.
– Bakar pd suhu 180 degree celcius, api atas bwh selama 50 minit/sehingga kek masak.
– Siap!
Tips Penting:
1. Guna soda bikarbonat yg masih aktif/okay kerana soda bikarbonat la yang akan membuatkan kek cantik berongga. Semasa membancuh tepung, soda bikarbonat yang aktif/okay akan membentuk banyak buih-buih kecil di dalam adunan (rujuk pada gambar)
2. Gula hangus yang masih panas akan mengaktifkan soda bikarbonat utk ‘bekerja’. Sebab tu adunan kek tidak perlu diperap/diperam lagi.
3. Baking powder ditambah bagi melembutkan tekstur kek. So anda akan dapat kek yang lembut + kenyal
4. Pkai loyang yang kecil dan tinggi untuk adunan di atas. Sekiranya loyang besar dan lebar, boleh gandakan sukatan.
5. Pre-heat oven selama 15-20 minit sebelum membakar kek
6. Potong kek secara melintang supaya dapat potongan kek yang berongga
Sumber: Khairul Hasrol
Suami Kalau Ikhlas Sayang, Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Mati. Deep Perkongsian Wanita Ni!
Memiliki cahaya mata impian setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga. Namun tidak semua memiliki impian tersebut semudah yang disebut. Ada yang perlu melalui pelbagai cara rawatan dan perubatan demi tujuan tersebut.
Bagi mereka yang mudah memiliki anak, itu adalah satu rezeki dan kelebihan. Buat yang masih menanti teruslah berusaha dan berdoa. Suatu hari nanti pasti dimakbulkan.
Bingkisan dari wanita bernama ini mungkin boleh menjadi penguat semangat untuk bakal ibu di luar sana untuk terus berusaha.
Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika.
Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu.
Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi.
Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang.
Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita.
Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata.
Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul.
Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini.
Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini.
Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.
Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka “tak mahu” ada tambahan zuriat.
Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki.
Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka.
Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala “eksiden” pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la..
Merungut sahaja!
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita.
Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita.
Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri.
Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu bnyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya.
Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana.
Kata kuncinya, sabar. Janji Allah s.w.t itu pasti…
Kredit Penulisan asal: FB Suffiyah Ramadhani II