Dalam Banyak-banyak Jenis Ketupat, Ni Yang Tak Perlukan Skil Anyam Kelongsong. Memang Mudahlah!

Share

Sebut sahaja ketupat, tentu sudah ada yang membayangkan warnanya yang putih, rasanya yang lembut dan dibungkus menggunakan daun kelapa yang telah dianyam menjadi kelongsong. Tetapi ada juga yang menggambarkan ketupat palas yang berbentuk tiga segi dibungkus menggunakan daun palas.

Namun mungkin tidak ramai yang tahu ada satu lagi jenis ketupat yang tidak kurang enak rasanya dan paling penting kelongsongnya tidak perlu dianyam atau dibentuk seperti ketupat biasa mahu pun ketupat palas.

Ini dikongsikan oleh Hairul Hamid dan melihat setiap perkongsian gambar yang diberikan memang nampak mudah untuk disediakan. Dan bolehlah dicuba untuk dijadikan menu istimewa di Hari Raya nanti.

Ketupat cara saya 

Bahan-bahan :

Beras pulut – 4 cawan
Santan – 2 biji kelapa
Daun pandan – 1 helai
Daun pisang – 1
Garam – Secukup rasa

Cara-caranya :

  1. Rendam beras pulut 2 jam.

2. Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.

ekstra tip : Jika mengukus menggunakan kuali, letakkan tungku di dalam kuali tersebut sebbelum diisi dengan air (seperti di dalam gambar) untuk dijadikan lapik bahagian dasarnya.

Tungku dapur dijadikan pelapik

 

3. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.

4. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.

 

5. Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

 

6. Ok siap dah. Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.

 

Selamat mencuba.

sumber : Hairul Hamid via MAHN