
Sebelum ini umum tahu tentang penyakit kulit yang dialami oleh penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias sehingga perlu memakai topeng muka dan berhias untuk menutupi kulit muka berdarah.
Menurutnya, kini beliau sudah sihat daripada penyakit terbabit berkemungkinan hasil dari rawatan alternatif yang dijalani di Madinah selama empar hari, awal bulan September.
Beliau yang terkenal sebagai Ustaz Kazim menjelaskan, rawatan itu menggunakan air telaga nabi di dua tempat di Madinah.
“Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah.
“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba.
“Apabila saya buat rawatan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai sekarang November, syukur banyak-banyak, tak perlu lagi nak pakai krim dan sebagainya untuk menahan luka,” katanya dalam sidang media.
Sebelum ini, Ustaz Kazim muncul dengan menutup sebahagian besar mukanya ketika menghadiri beberapa majlis ilmu bagi mengelak wajahnya daripada terkena cahaya matahari.
Penceramah selebriti itu berkata, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
Ekoran daripada itu, katanya, beliau mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada England, India dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya.
Sumber : Astro Awani
Tip Cara Beli Vitamin C Dengan Betul. Doktor Ini Beri Penerangan.

Pentingnya setiap ibu bapa tahu cara membeli vitamin dengan betul supaya tidak menjejaskan kesihatan anak.
Menariknya perkongsian oleh Dr Hafiz Sulaiman ini.
3 TIPS BELI VITAMIN C
——————————–
Bila beli vitamin C chewable atau gummy..
Sentiasa pastikan dari mana punca manis vitamin C itu. Adakah sumber:
1) Stevia
2) Gula alkohol : sorbitol/maltitol/xylitol
3) Glucose, sucrose atau fructose
4) Aspartame
Ada orang fikir, asal ada vitamin C…better daripada bagi gula-gula. At least ada lah khasiatnya kan?
Err..tak semestinya tuan puan.
Kita nak beri vitamin C, nak kena tengok label juga. Kita nak pilih vitamin C terbaik. Paling nilai untuk kos yang kita bayar.
1) Jika vitamin C bewarna putih, pulangkan kembali jika warna sudah sangat kuning atau coklat. Vitamin C mungkin sudah teroksida. Maksudnya dah takde kesan antioksida bagus lagi.
2) Pilih pemanis selamat seperti stevia. Elakkan gula tiruan seperti Aspartame. Jangan ambil vitamin C dos mengandungi sugar alkohol (sorbitol,maltitol dan semua tol lain) kerana boleh akibatkan kembung.
3) Pilih Vitamin C tanpa kandungan gula. Penting ni tuan-puan.
Vitamin C bersaing dengan gula untuk penyerapan dalam sel badan..”guna highway” Glut yang sama nak masuk badan.. Malah kajian saintifik menunjukkan gula tinggi menghalang penyerapan vitamin C.
Jadi kita risau, vitamin C kita nak bagi..gula pulak anak kita dapat..Dah la kita bagi banyak vitamin C time anak kita sakit kan.
Bayangkan..jumlah vitamin C dalam label bawah 👇
150mg+460mg = 610mg
Gula 1g = 1000mg
Gula dalam vitamin C contoh ni hampir 2kali ganda kandungan vitamin C…agaknya mana yang banyak serap masuk badan kita?
Agaknya kita beli gula ke beli vitamin C?
Kredit: Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Garam Masakan Bukan Je Nak Bagi Rasa Hidangan, Tapi Dr Ni Jelaskan Perbezaan Garam Untuk Kesihatan!

Memasak hidangan tanpa garam pastinya tidak berasa dan hambar jadinya. Walau hanya dimasukkan secubit garam, barulah sempurna masakan yang dimasak.
Pun begitu, garam yang Kita gunakan bukan semata-mata garam yang memberi rasa masin tetapi, menurut doktor itu berbeza garam yang digunakan berbeza pula khasiatnya. Jom semak.
GARAM-GARAM ITU GARAM SEMATA?
Terkejut saya bila baca satu artikel yang lalu di wall saya bahawa garam semuanya adalah sama kerana semua kandungan pelbagai garam itu mengandungi kuantiti sodium yang tinggi. Tiada manfaat bahan lain dalamnya?
Terpanggil saya nak kupas sebab saya memang banyak dah makan garam bab garam ni. Saya belajar nutrisi. saya amal. Saya sebar insha Allah.
Kandungan mineral dalam Garam-garam di pasaran.
Garam pasir : Sodium Klorida semata
Garam alami : Sodium klorida dan mineral lain termasuk magnesium, potassium dan sebagainya.
SODIUM KLORIDA
Tidaklah kita nafikan bahawa garam berlebihan itu membawa mudarat terutamanya berkait masalah gangguan imuniti…dan hmmm..sedikit lah penurunan tekanan darah tinggi. Namun perlu kita sedar juga bahawa garam sodium itu lah garam electrolit paling utama diperlukan dalam tubuh badan kita. Kekurangan garam atau (hyponatraemia) itu boleh membawa maut ya. Jadi kesimpulannya kena ambil tapi jangan berlebihan!
Persoalan seterusnya..betul ke garam lain di pasaran tu tak berguna dan bermanfaat untuk kesihatan.
MAGNESIUM
Garam magnesium ini sangat penting kepada lebih 300 reaksi biokimia di dalam badan termasuk pembinaan protein, kesihatan saraf malah pengawalan gula darah dan juga tekanan darah tinggi.
Garam magnesium ini sangat terkenal dengan kesan “relax” salur darah dan otot-otot tegang..oleh kerana itu banyak SPA menggunakan rendaman kaki berisi air garam magnesium sulfat.
Garam magnesium chloride makin meningkat popularity di pasaran oleh kerana kadar penyerapan yang jauh lebih baik berbanding garam magnesium sulfat.
Oh ya sebelum saya lupa, di wad hospital juga menggunakan infuse magnesium sulfat untuk kes darah tinggi waktu mengandung (PE) yang sangat serius kerana kemujarabannya.
Selamatkah diminum? Iya, tiada masalah kerana magnesium ini bersifat laksatif bila berlebihan. Jika terlebih, cirit birit akan berlaku..Maka kuranglah risiko toksik oleh kerana berlebihan dos.Namun begitu, disarankan pengambilan mengikut sukatan disarankan atau nasihat doktor jika mempunyai penyakit tertentu.
POTASSIUM.
Elektrolit penting badan ini amat penting untuk keseimbangan cecair badan, transmisi maklumat saraf dan juga pergerakan otot termasuk otot jantung. Malah potassium juga terbukti secara saintifik mengurangkan tekanan darah tinggi! (rujuk CPG Hypertension). Amat bahaya kekurangan potassium yang sering berlaku dalam kes muntah dan cirit birit kerana ia boleh menyebabkan kelesuan, kejang (cramp), lumpuh atau jantung takberirama. Sebab itulah kes potassium rendah diberi garam ORS (campuran elektrolit) atau infusi darah (suntikan). Berlebihan sebenarnya adalah lebih bahaya kerana menyebabkan jantung terhenti dan kematian! Oleh sebab itu, pemeriksaan doktor adalah penting untuk kes kekurangan atau berlebihan garam potassium ini.
GARAM HIMALAYA ATAU GARAM BUKIT
Garam yang digunakan dalam masakan sebagai menggantikan garam putih ialah garam berwarna pink ini yang kaya dengan khasiat sehingga 84 jenis mineral galian. Walaupun kadar mineral sodium chloride di dalamnya dikatakan lebih 97% saya masih memilih garam pink ini di dalam masakan di rumah saya.
3 SEBAB MENGAPA SAYA PILIH GARAM BUKIT/PINK MENGGANTIKAN GARAM PUTIH
1) KHASIAT : Sedikit khasiat lebih baik daripada tiada langsung. Garam putih hanya mengandungi semata garam sodium klorida berbanding garam alami seperti garam pink. Biarlah hanya 2-3% kandungannya tetapi hari-hari pun makan garam kan? Kesan terapeutik? Itu panjang ceritanya kemudian saya jelaskan ya.
2) ALAMI KURANG PROSES: Garam bukit adalah lebih alami..tidak diproses tinggi berbanding dengan garam putih yang mengalami proses refine, bleach menggunakan ejen peluntur serta penggunaan bahan kimia ejen antipenggumpalan. Sikit pun risiko kita rasa..tapi hari-hari makan garam kan?
3) KURANG PENCEMARAN : Garam bukit datang daripada sumber yang lebih selamat berbanding garam laut. Selain risiko pencemaran logam berat seperti merkuri, aluminium dan arsenic yang jauh lebih tinggi berbanding lombong garam di Kawasan berbukit, mikroplastik yang mencemari laut juga boleh mencemari garam putih ini. Apa itu plastic mikro?
Bayangkan mikroplastik, logam berat ni serta bahan kimia antipenggumpalan kita ambil setiap hari dalam masakan harian kita. Mahal harga yahudi? Garam pink murah pun ada. takde lah mahal pun kalau kita kurangkan pengambilan dan topup beberapa ringgit ekstra untuk garam yang lebih baik..kan?
Terapeutik atau tidak sesuatu garam bergantung kepada jenis garam yang berbeza fungsinya. Penyakit seperti darah tinggi perlu pendekatan holistik bukan sahaja kurangkan garam, tetapi juga kurangkan berat badan, kawal stres dan keradangan.
Dalam halpemilihan garam ini, saya lebih selesa dengan garam alami yang mempunyai kandungan nutrient yang seimbang secara semulajadi..ciptaan Allah yang lebih sempurna berbanding ciptaan manusia.
Sumber :Hafiz Sulaiman-Pejuang Kesihatan.
Kaki Makan Air? Rupanya Ini Penyebab Yang Ramai Yang Tak Tahu.

KAKI MAKAN AIR
Dengar saja nama penyakit ‘athlete’s foot’ dalam bahasa mudah yang bermaksud kaki makan air atau jangkitan kutu air boleh mengundang tawa dalam kalangan individu yang pernah menghadapi jangkitan kulat pada kaki khususnya di celah jari.
Jangkitan ini menyebabkan kulit kaki biasanya di celah jari menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Jika tidak ditangani, kulit tadi akan melepuh dan pecah menyebabkan tisu dalam terdedah sehingga berlaku bengkak dan radang yang lebih teruk. Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh merebak ke bahagian lain seperti paha.
Masalah ini disebabkan jangkitan kulat Tinea perdis pada kaki yang selalu dalam keadaan lembap atau terendam. Antara lokasi kegemaran bakteria ini ialah anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap. Malah sikap sesetengah individu yang jarang memberi perhatian kepada kebersihan kaki dan mengeringkannya juga boleh meningkatkan risiko mengalami jangkitan kulat.
Walaupun ia menjadi masalah yang biasa dialami ramai orang, namun masih ada yang salah anggap mengenai penyakit ini. Antara mitos yang perlu dibetulkan ialah:
Mitos: Hanya atlet saja yang menghidapi penyakit kaki makan air.
Hakikat: Ia dipanggil ‘athlete’s foot’ kerana jangkitan ini biasanya berlaku pada kaki atlet yang boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Namun sesiapa saja boleh mengalami jangkitan ini terutama individu yang sering berkaki ayam di bilik mandi awam, bilik persalinan pakaian dan kolam renang.
Selain itu orang yang berkongsi stoking, kasut dan tuala dengan orang yang dijangkiti juga boleh mendapat jangkitan. Individu yang suka memakai kasut ketat dan tertutup, kaki selalu dalam keadaan lembap dan kaki kerap berpeluh juga berisiko mengalaminya.
Mitos: Kerap mandi mencegah penyakit kaki makan air.
Hakikat: Anggapan ini sama sekali tidak benar. Walaupun kulat sukakan kawasan yang lembap, tetapi menjaga kebersihan diri adalah penting dalam mencegah kebanyakan jangkitan penyakit. Bagaimanapun mandi saja tidak akan membersihkan fungus atau kulat pada kaki tidak kira berapa cermat pun anda menjirus kaki. Apa yang penting, lap celah jari kaki hingga kering setiap kali selepas mandi atau mencuci kaki.
Mitos: Individu yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah cenderung untuk mempunyai masalah ini.
Hakikat: Sebenarnya penyakit ini tiada kaitan dengan kebersihan. Walaupun anda mencuci kaki dengan sabun beberapa kali sehari, anda masih boleh mendapat jangkitan – apatah lagi jika kaki dan celah jari tidak dikeringkan sebaiknya.
Mitos: Anda hanya akan menghidapi penyakit ini jika berjalan di kawasan yang ada kulat.
Hakikat: Berjalan berkaki ayam bukan satu-satunya cara anda mendapat jangkitan kulat ini. Orang yang berkongsi tuala, stoking dan kasut dengan individu yang dijangkiti juga berisiko mengalami masalah sama.
Mitos: Penyakit ini hanya menjangkiti bahagian kaki.
Hakikat: Penyakit kaki makan air tidak hanya berlaku pada anggota kaki sebaliknya boleh merebak ke bahagian badan lain termasuklah celah paha dan bawah lengan. Ia juga boleh merebak ke badan lain melalui sentuhan dengan pakaian yang dicemari kulat.
Mitos: Jika tiada rekahan atau keruping di celah jari, ia bukan penyakit kaki makan air.
Hakikat: Gejala yang dialami setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami masalah kulit merekah dan berkeruping pada jari. Orang lain pula alami gejala kemerahan atau kekeringan yang teruk. Jika anda tidak pasti, pergilah berjumpa doktor.
Mitos: Anda tidak akan dapat jangkitan jika kaki ditutupi stoking dan kasut sepanjang hari.
Hakikat: Kulat yang menyebabkan penyakit ini sukakan keadaan yang gelap dan lembap. Stoking dan kasut lembap adalah habitat yang tepat untuk pembiakan kulat. Kaki anda akan terlindung jika ia kering. Sesekali beri kaki anda bernafas dengan memakai sandal apabila berada di pejabat.
Mitos: Jangkitan ini akan sembuh sendiri.
Hakikat: Tanpa rawatan, masalah kaki makan air akan berlanjutan dan semakin teruk seterusnya merebak ke kawasan lain. Kaki akan terasa lebih gatal dan ia boleh membuatkan anda semakin tidak selesa. Jadi, jangan biarkan keadaan ini berterusan. Sapu krim antikulat mengikut yang disarankan doktor.
Mitos: Anda tidak akan dijangkiti lagi selepas jangkitan pertama.
Hakikat: Semua orang mengharapkan perkara ini benar. Bagaimanapun, jika tidak menjaga kebersihan dan mengeringkan kaki dengan baik, ia boleh berulang pada bila-bila masa
Kredit : Dr Zubaidi via Harian Metro