“Dahlah Cantik & Lemah Lembut, Tak Kedekut Pula.” 2 Bulan Jaga Fazura & Anak, Wanita Ni Dihadiahkan Beg Berjenama. Untungnya!

Share

Selain dikurniakan wajah yang cantik, dia juga cukup lemah lembut dan baik orangnya. itu antara pujian yang sering dilemparkan buat pelakon cantik manis, Nur Fazura.

Terbaru, Fazura berkongsi cerita terpaksa mengambil pembantu luar memandangkan pembantu dan pengasuh yang diupah tidak dapat masuk ke Malaysia disebabkan Pandemik Covid-19.

Justeru, dua bulan wanita yang dikenali sebagai kak Amy dari @lavenderconfinementcare diupah untuk menjaga bayi mereka Fatima selama dua bulan. Selain itu, Amy yang tinggal bersama mereka selama dua bulan itu juga turut memasak dan mengurutnya.

Di dalam instastorynya, Fazura memuji akan keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi anaknya seperti anak sendiri.


“Bukan hanya menjaga dan sayang Fatima macam anak sendiri,  kak Amy juga tolong sediakan masakan, sedap pula tu serta urut pun best.

Bagi menghargai keprihatinan wanita berkenaa, Fazura turut  menghadiahkan beg Coach sebagai kenang-kenangan.
Murah rezeki… Untunglah dapat jaga anak retis… Mesti servis Akak tu bagus kan sampai Fazura menghargai begitu sekali.
Sumber: missfazura
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club