Dahi Tak Henti Berkerut, Asyik Stress Je! Nyah Aura Negatif, Ikut Cara Ini Untuk Kekal Positif

Share

Lain orang lain peringkat tekanan atau stress yang mereka alami. Tak kira la di rumah sendiri, di tempat kerja atau apa sebab yang mendatangkan tekanan tersebut, jangan sampai ia menjejaskan diri dan emosi kita.

Tekanan yang keterlaluan adalah tidak baik untuk keadaan fizikal dan mental. Selain dengan menarik nafas mendalam, kebanyakan individu tidak tahu bagaimana menguruskan tekanan.

Berikut adalah beberapa tip menguruskan tekanan yang mudah dan menyeronokkan untuk menyingkirkan tekanan negatif dan menjadikannya pemikiran positif.

Kenal pasti penyebab tekanan

Apa yang menyebabkan anda begitu tertekan? Dan bagaimana anda bertindak balas terhadap situasi ini? Terdapat pelbagai tindak balas fizikal dan mental terhadap tekanan, dan setiap individu bertindak balas secara berbeza. Memahami bagaimana ia menjejaskan kehidupan anda adalah tindakan pertama untuk mendapatkan keseimbangan.

Bersenam

Tidak kiralah pada tahap mana kecergasan diri anda, apa yang penting adalah anda mengerakkan tubuh anda setiap hari. Fikirkan jenis senaman yang anda gemari dan bersesuaian dengan anda, adalah kunci terbaik untuk menjadi ia satu tabiat senaman harian.

Ketenangan

Mengamalkan meditasi membantu anda untuk kekal fokus dan bersedia tanpa mengira halangan. Oleh kerana, mengamalkan meditasi membantu anda bernafas secara perlahan, menenangkan minda, dan mencari ketenangan dalaman, ia memberikan manfaat secara fizikal, mental dan emosi.

Menjaga pemakanan

Setiap individu mempunyai keperluan makanan yang berbeza. Oleh itu, menjaga tubuh dengan pemakanan yang sesuai akan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan termasuk tekanan. Jika anda tertekan, adalah penting untuk anda memilih dan mengimbangi apa yang anda makan.

Tidur

Tidur yang berkualiti dan mencukupi adalah faktor penting untuk kekal sihat dan kuat. Apabila anda mendapat rehat yang baik, anda akan dapat menangani situasi yang memberi tekanan, namun, tidur seringkali diabaikan menyebabkan anda sering mendapat tidur yang tidak mencukupi. Adalah penting untuk memastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk memulihkan tenaga dan menjadikan anda lebih tenang.

Bercuti

Bercuti adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Tambahan lagi, ia memberikan anda sesuatu yang anda tunggu. Sama ada anda mempunyai wang dan masa untuk bercuti ke luar negara, atau anda hanya boleh meluangkan masa di kawasan sekitar tempat tinggal dan hanya hujung minggu yang panjang, ia tetap membantu untuk menghindarkan anda dari tekanan harian.

Hargai diri

Buat baik kepada diri anda sendiri. Sediakan senarai petikan yang boleh mendatangkan inspirasi kepada anda.

Ruang, jarak

Sediakan ruang dan jarak dalam jadual harian anda adalah cara terbaik mengurangkan tekanan. Sebagai contoh, sediakan masa dan jarak yang secukupnya dari perkara A kepada perkara B, seandainya muncul beberapa situasi yang tidak dijangka dan mengejutkan anda.

Senyum

Kajian menunjukkan senyuman boleh membantu mengatasi tekanan. Oleh itu, jika anda mencari cara untuk menghilangkan tekanan, anda hanya mungkin perlu tersenyum dengan lebih banyak.

Jangan memaksa diri

Kita sudah terbiasa dengan idea dan penilaian tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan, kita terbiasa mengabaikan nasihat terbaik yang kita dapat dari minda dalaman kita.

Apa yang menyebabkan tekanan pada seorang individu mungkin tidak mendatangkan kesan yang sama kepada individu lain. Cara terbaik adalah mengurangkan tekanan adalah bersifat peribadi. Dengan mengenal pasti cara positif dan sihat untuk mengatasi tekanan yang dihadapi, kesan negatif terhadap kesihatan juga dapat dikurangkan.

Sumber : Hello Doktor

BIMBANG KESIHATAN JANTUNG, APA PERLU BUAT?