Tidak dinafikan membasuh pinggan adalah salah satu kerja rumah yang agak leceh untuk dilakukan terutama bagi ibu yang sibuk dengan kerjaya. Bagi yang mempunyai anak masih kecil sudah tentu agak kelam kabut menguruskan pelbagai urusan rumah.
Bukan suami tak membantu di dapur, tapi kadang kala waktu agak terhad.
Bagi yang berkemampuan tak salah untuk memiliki mesin basuh pinggan yang dapat membantu meringankan tugas-tugas didapur.
Maklumlah nak ‘sental’ pinggan mangkuk ni ambil masa. Jadi dengan adanya mesin basuh pinggan ini sudah pasti cepatkan kerja-kerja di dapur!
Menarik dengan perkongsian puan Liyana Nazli beliau telah ‘review’ mengenai mesin berkenaan yang digunakan di kediamannya. Malah, perkongsiannya di facebooknya telah menarik perhatian warganet.
Berbaloi memiliki peralatan ini, beliau bersyukur dapat memudahkan kerja urusan di dapur. Apa kata ikuti review beliau. Mana tahu, dah berkenan bolehlah beli satu di rumah!
Ha, muat-muat jer atas kitchen top. Food processor tu konon jadi perbandingan saiz.
Menunaikan janji nak review dishwasher. Huhu! Maafkanlah diriku agak sibuk dengan kuliah dan exam. Alhamdulillah dah selesai semalam. So macam mana pengalaman dah beberapa minggu guna dishwasher ni?
Lesssgoo!
Sebenarnya dah lama dah seriously nak beli dishwasher. Sebab rumah ni memang dapurnya berasap 2-3 kali sehari, jadi memang banyak spend masa di dapur. Dah masak kena kemaskan dan basuh pinggan pulak. Alangkah best kalau ada yang tolong basuhkan (tanpa disuruh!) Hahaha! Terpengaruh dengan Anis Latif yang kata dishwasher ni among her best buy lah!
Dah survey dari tahun lepas, tapi masa tu tak banyak pilihan sangat dalam pasaran Malaysia. Kami aim yang table top sebab senang nak manage.
Tak perlu terbongkok-bongkok nak isi dan ambil pinggan. Pilihan yang ada masa tu Panasonic NP-TR8HQMY harga RM2.5k++ tapi saiz kecil. Next yang besar sikit ialah Bosch tapi mahal sangat pulak sampai RM3k++. Terpaksalah lupakan sekejap. Tapi tahun ni macam perlu juga sebab PKP ni memang tak larat nak urus rumah, PDPR anak-anak, kerja, belajar arghhh!
Terbaca review brand Toshiba ni. Tahun lepas model ni tak ada lagi dalam pasaran Malaysia. Cakap jelah semula kat husband isi hati kita ni kan, manalah tahu ada rezeki. Dia buat muka tak layan je. Rupanya diam-diam dia pergi ukur bagai dimension dia. Suatu hari kita balik rumah tetiba ada kotak besor tengah-tengah dapur. Dishwasher yeay!
Dia kata dia beli tanpa modal. Side income tepi-tepi dialah agaknya. Harga jauhhh lagi murah daripada jenama yang lain RM1.1k sajaaa. Jadi dishwasher ni bukanlah luxury items untuk yang memerlukan. Nak bawak masuk bibik saja dah RM12k weih bayar muka, gaji bulanan RM1.2k. Belum masuk kena layan perangai dia macam-macam. Baik cari bibik robot yang patuh ini.
Tapi tak terus pasang sebab nak kena manage piping dia. Yang ni kami memang panggil tukang untuk buatkan sebab nak kemas. Kalau buat sendiri susah juga sebenarnya. Dia kena ada saluran untuk air masuk dan keluar. Sama macam mesin basuh ya. Air keluar tu kami alur kat lubang sinki saja.
Saiz dia alhamdulillah puas hati memang sis sumbat saja segala apa yang muat. Pinggan, cawan, periuk, pans, sudu, semualah. Kat rumah ni mesin ni berjalan 2 kali sehari. Batch sarapan dan makan tengahari satu cycle, batch minum petang dan makan malam satu cycle.
Dia ada 9 mode bergantung kepada jenis kotoran yang kita nak bersihkan tu.
Heavily soiled dishes guna mode Hygiene. Dia akan panaskan air kepada 70C selama 160 minit. Yang ni hasil memang tip toplah!
Tapi sis selalu guna option Eco je. Yang tu pun insyaAllah bersih dah pinggan. Tapi 185 mins gaklah dia nak menyental. Dan beberapa options lain yang lebih cepat siap basuh. Bergantung kepada kadar kekotoran dan seberapa urgent kita nak guna pinggan hihi!
Sabuh khas
Ni contoh sabun yang kita guna ya
Sabun guna sabun khas. B3li online je pun. Kami guna jenama Finish 1 kg tu. Sekali guna tak banyak pun. Tu ada sis tepek gambor. InsyaAllah jimat. B3li sekali dengan Rinse Aid dia utk hasil pinggan yang berkilau. Tapi tak guna pun takpe Rinse Aid ni.
Ni slot tempat letak serbuk pencuci. Ha banyak tu lah lebih kurang setiap kali cycle. Macam separuh scoop sabun cuci baju
Susun pinggan
Ni full capacity lepas dinner. Malam tu kami dinner spaghetti meatball ke apa ntah
Tapi bila guna dishwasher ni yang penting kena susun pinggan tu elok-elok bagi bahagian yang kita nak cuci tu tak tercover dengan pinggan lain dan tak menadah air. Kalau salah susun memang tak bersih juga. Susun pun berseni hahah kasi muat semua.
Kelebihan guna dishwasher ni ialah penjimatan air berbanding kita basuh secara manual. Sekali pusing kos elektrik dia dalam 15 – 30 sen hasil pengiraan jurutera elektrik kat rumah ni. Haha! Dan of course, jimat masa dan tenaga. Masa yang lebih tu boleh buat benda lain yang lebih productive lagi insyaAllah.
Panjang bethol kita review. Disertakan gambar-gambar bukti sebelum dan selepas untuk membantu para suri rumahtangga menghasut suami masing-masing.
Ni bekas casserole berkerak. Jadi licin bersinar lepas basuh
Ads
Ni sape makan pulut atas piring tak rendam lepas makan. No problem!
Kita dah reviewkan siap-siap mana murah nak beli dan sampai terus depan pintu rumah. Ni linknya ya:
Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Biarpun sudah punya anak-anak tidak bermakna cinta dan kasih sayang terus dibiarkan sepi, sebaliknya suami harus memandang lebih hebat penuh rasa cinta pada isteri.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika dahulu pengusaha ladang dikaitkan dengan orang tua, jarang kedengaran anak muda yang ingin menceburi bidang ini.
Ayu Damit atau dulu dikenali sebagai Ayu One In Million antara pengusaha muda yang kini sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang pertanian.
Penyanyi terkenal dengan lagu Hanya Di Mercu ini meneroka bidang baru sebagai pengusaha cili padi apabila membuka ladang di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.
Cili padi berasaskan fertigasi
Setelah dua tahun Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, 31, mengusahakan ladang milik mereka berkeluasan 1.4 hektar ini, ternyata membuahkan hasil yang lumayan.
Sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, ternyata satu pilihan yang bijak kerana menampakkan usahanya semakin berbaloi.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.
Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.
“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya yang pernah menanam nanas dan kelapa sebelum ini namun disebabkan banjir semuanya musnah.
Hasil lumayan
Menurut Ayu lagi, mereka memperoleh hasil cili sebanyak 80 hingga 100 kilogram sehari. Ada kalanya boleh mencecah sebanyak 436 kilo gram sehari. Semua hasil di bawah Ayu Damit Agro Farm ini dijual kepada para peniaga di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Harga di kebun bagi cili padi sekarang adalah sekitar RM12 sekilogram manakala di pasar antara RM16 dan RM17 sekilogram. Alhamdulillah, setelah dua tahun mengusahakan ladang cili padi, hasilnya sangat membanggakan kami sekeluarga. Terima kasih kepada suami yang berusaha gigih dan 100 peratus adalah hasil usahanya manakala saya hanya membantu sahaja.
Mengakui tidak mudah baginya untuk terjun ke dunia pertanian yang baharu dikenalinya, namun setiap ujian yang wujud ditempuh bersama suami dengan sabar dan yakin satu hari nanti ia akan membuahkan hasil lumayan.
“Menyanyi pun ada cabarannya. Undangan nyanyian ada pasang surutnya, malah adakala langsung tiada. Bila ada lagu baharu, kena turun promosi. Ia bukan satu kerja mudah.
“Begitu juga dengan bisnes ini, kami bermula dari bawah, Kami kutip ilmu mengenai penanaman. Ia sukar kerana kami bermula dengan kosong. Pernah alami kegagalan sebelum ini tapi kami tak putus asa. Alhamdulillah kini selain cili padi, kami juga mengusahakan timun dan juga terung.
“Disebabkan ia senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan, itulah yang membuatkan suami memilih untuk menanam cili padi,” jelas Ayu lagi yang turut mengembangkan bisnes tersebut dengan menghasilkan cili jeruk pula yang diberi nama Cili Jeruk Homemade by YUGI, singkatan nama Ayu dan suaminya.
“Cili jeruk misalnya memang ada pasaran sendiri. Jadi saya dan suami mengeluarkan cili padi jeruk kerana ia penambah selera dalam apa jua hidangan makanan. Cili jeruk ini mudah dibawa dan tidak mudah pecah atau rosak. Ramai pelanggan saya beli jeruk ini untuk bekalan mereka ke luar negara,” tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata iaitu Nasrul Haikal, 9, Sharifah Alya Aryana, 6, dan Syed Aqif Najmi, 4.
Mahu kembangkan bisnes
Memiliki dua pekerja tetap, Ayu dan suami juga turut mengupah penduduk Orang Asli di kawasan itu ketika musim menuai dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah pendapatan.
“Apabila tiba musim menuai kami akan upah penduduk Orang Asli di kawasan itu untuk memetik cili. Kebiasaannya kami akan mengupah 10 ke 15 pekerja tambahan dan mereka akan mengutip cili tiga kali dalam masa seminggu ketika musim menuai, selain menabur baja dan menyembur racun serangga perosak.
“Sebenarnya kami sedang merancang mencari tanah kosong bagi memperluaskan lagi kawasan tanaman cili berserta sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam sekarang ada 16,000 pokok cili pun tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dan kami melihat ia mempunyai potensi besar. “Insya-Allah jika diberi rezeki memang kami ingin kembangkan lagi kebun kami.
Tak kisah digelar ‘Ayu Cili Padi’
Biarpun ada yang menggelarnya Ayu Cili Padi, namun anak kelahiran Sabah ini tidak sedikit pun terasa hati.
“Ada juga orang panggil saya ‘Ayu Cili Padi’ tetapi saya tidak kisah pun kerana memang benar saya mengusahakan kebun cili padi. Walaupun bergelar artis, itu tidak bermakna saya tidak boleh menceburi bidang lain. Malah apa saya lakukan ini kerana minat dan masa depan keluarga.
“Alhamdulillah kami mula nampak hasilnya apabila permintaan daripada pemborong sangat tinggi, malah sampai ada yang datang sendiri ke kebun untuk beli cili.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai antara kita kini suka menanam pokok bunga untuk mengisi masa yang terluang dan dalam masa yang sama dapat juga menambahkan keserian ruangan laman dengan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi.
Selain pokok-pokok bunga ini boleh terus di tanam ke tanah, menarik juga jika ditanam di dalam pasu yang boleh dipindah alih bagi memberikan gaya susunan laman yang lebih menarik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bercerita tentang pilihlah pasu, sebaiknya pilihlah yang bersaiz besar agar pokok dapat hidup subur dan membesar dengan baik. Pun begitu, lazimnya pasu yang bersaiz besar harganya pun boleh tahan juga. Jadi untuk lebih berjimat, apa kata anda lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Puan Zalina Zakaria di group fb Kelab Kaki Deco Barang Eco/Mr DIY .
Bahan-bahan yang diperlukan :
Besen
Drill
Langkah 1 : Beli besen bersaiz besar dan sama saiz untuk nampak sekata bila ditempatkan di laman.
Langkah 2 : Gunakan drill dan tebuk bahagian bawah besen. Mulakan daripada menebuk bahagian tengah.
Langkah 3 : Buat beberapa lubang seperti di dalam gambar. Siap untuk digunakan.
Langkah 4: Masukkan tanah ke dalam besen tersebut dan tanam seperti biasa.
Ekstra info : Untuk nampak lebih cantik perletakkan pokok bunga, boleh juga dibuatkan kaki menggunakan campuran simen dan pasir terlebih dahulu.