Dah Start Makan Tak Boleh Berhenti, Rasanya Memang Padu. Wanita Ni Kongsi Resipi Biskut Nestum Dari Mak Mertua!

Share

Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut raya berasaskan konflake atau pun nestum, boleh mencuba resipi yang satu ini. Menurut Aishah, resipi yang dikongsikan ini adalah merupakan resipi turut temurun dan sangat digemari ramai.

Bahkan menurutnya, dulu masa arwah opah (ayah mentua punya mak) ada, opah mesti suruh mak mentua buat biskut nestum ni, buat berbalang-balang. Pastu opah simpan bawah katil, siapa-siapa yang nak, kene jumpa opah dulu, dia bagi sorang satu je, punya nak jimat sebab tak nak habis cepat.

Jadi untuk yang ingin mencuba resipi ini, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.

Hari ni saya nak share resepi BISKUT NESTUM mak mentua saya.. biskut ni mesti ada tiap kali raya.. biskut ni orang dulu2 je kenal kot, orang sekarang tak tau la kenal ke tidak.. kalau sekali pandang, mesti orang akan ingat biskut kelapa.

Biskut ni pon ada cerita jugak.. dulu mase arwah opah (ayah mentua punya mak) ada, opah mesti suruh mak mentua buat biskut nestum ni, buat berbalang-balang, pastu opah simpan bawah katil, siapa-siapa yang nak, kene jumpa opah dulu, dia bagi sorang satu je, punya nak jimat sebab tak nak habis cepat…

Eh, biskut ni rasa dia unik tau, kalau dah start makan, mesti tak boleh berhenti.. siapa suka and pernah makan biskut ni? kalau yang belum rasa, meh sini saya kongsikan resepi BISKUT NESTUM ni…

Bahan-bahan:
1 kotak kecil cornflakes
1 tin kecil nestum
1 cawan penuh planta
6 sb madu
3/4 cup gula
*mesti guna cawan yang sama untuk sukatan.
*resepi ni untuk yang baru nak cuba buat..
selamat mencuba…

Cara Buat :

Ramas cornflakes sampai hancur, jangan telalu halus, nanti bile dah bakar, tak dapat tekstur rangup tu.

Ni hasil cornflakes setelah diramas.

Cornflakes yang telah dicampur dengan nestum.

Satukan planta, madu dan gula. Kacau sampai sebati je,bukan nak bagi hancur.. kacau guna senduk kayu ye, jangan pakai wire whisk macam saya.

Dah sebati, campurkan dalam nestum dan cornflakes tadi.

Lepastu, gaul dengan tangan sampai nestum tadi tak berderai dan basah-basah.. andai kata masih nampak bederai dan kering, boleh tambahkan planta dan gula.

 

Ok,ni cara nak letak dalam acuan. kena tekan sampai padat, kalau tak nanti bila keluarkan dari acuan, dia bederai..

Bakar pada suhu 180°c, selama 6minit, api atas bawah

yeayyy,siap dah…
~~serbuk2 yg jatuh2 tu boleh campur balik dalam bancuhan tadi, masukan balik je, boleh guna lagi.. kalau ade yang tak jadi pon, boleh campur juga dalam bancuhan tadi, gaul je balik.. takmembazir kan..


Ni yang dah siap  susun dalam bekas.

Sumber : Aishah Hasan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club