Selalu kalau pergi ke pasar, nak beli cili semestinya beli dalam kuantiti yang banyak. Tak lengkap kan kalau masak makanan tak pedas, ye tak? Tapi kalau beli banyak ni, ara nak simpan pun kenalah betul. Kalau tak betul, cepat rosak jadinya! Dah lah bukan murah harga cili sekarang ni. Memang kena jimat!
Sebelum ini banyak tip yang diberikan cara simpan tahan lama cili, tetapi cara satu ini yang min pun pertama kali tengok. Yang lebih menakjubkan, cili yang disimpan pula tahan sampai 8 bulan! Fuhhh kena tiru ni!!! Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh Puan Haslinda ini!
TIP SIMPAN CILI, 8 BULAN PUN MASIH SEGAR
“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”
Ads
Selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk:
1. Basuh dan tos cili supaya kering.
2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.
3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.
4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.
Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.
Ads
Bukan hanya cili, malah halia dan bawang juga boleh disimpan dengan cara ini dan tahan lama. Hebat kan? Selamat mencuba!
Biskut yang cukup mudah nak buat, rasanya pun sedap. Yang pasti anak-anak akan sukakannya. Selain dibuat kudapan harian, boleh juga disediakan untuk raya nanti ni. Resipi yang ringkas tanpa guna banyak bahan tapi sedap .
Resipi Milo Cookies Rangup. Biskut Raya Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
JOM BUAT…
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
110gm gula perang
1 biji telur gred A
185gm serbuk Milo
2 sudu teh esen vanilla
500gm tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit. 2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata. 3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ahriany Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya tidak ramai yang tahu cara mencuci sayur dan buah-buahan dengan betul sehingga ada yang buat sambil lewa sahaja. Sedangkan ia boleh membahayakan kesihatan diri memandangkan setiap hari kita akan makan sayur dan buah-buahan.
Untuk itu, jom kita baca perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan ini untuk info bersama.
Sayur dan buah, antara makanan yang yang tinggi dengan racun perosak kalau kita tak bersih dan kendalikan dengan baik.
Ada masalah kesihatan datang dari bahan kimia merbahaya, yang ada pada sisa racun serangga dari buah dah sayur.
Saya kongsi, macam mana kita nak kurangkan semua ni dalam sayur dan buah yang anak-anak dan keluarga kita kena makan setiap hari.
Basuh sayur dengan buah, dengan salah satu dari 3 bahan ni.
Garam.
Cuka.
Soda bikarbonat.
Campur salah satu, dengan larutan air. Kemudian rendam sekejap sayur dan buah. Biar dalam 12 minit macam tu, kemudian bilas.
Bila sayur dan buah dilalukan dengan air, 9 daripada 12 jenis sisa racun serangga yang ada boleh tersingkir.
Kajian lain ada yang kata, kalau kita rendam sayur dan buah dalam air soda bikarbonat selama 2 minit, ia dapat singkirkan lebih banyak sisa racun serangga berbanding hanya dengan lalukan air pada buah dan sayur dalam jangka masa yang sama.
Rendam 12 – 15 minit, dapat singkirkan terus semua sisa yang ada pada sayur dan buah.
Ada kajian lain pada 196 sampel kobis, strawberi dan tomato. Kalau gosok permukaan buah dan sayur macam ni, akan dapat singkirkan keseluruhan sisa radun serangga yang ada, berbanding hanya lalukan air.
Pun begitu, dengan cara basuhan apa yang kita buat sekalipun, sedikit sisa racun serangga mungkin akan ada pada zat sayur dan buah tersebut.
Kurangkan sayur dan buah dari senarai Dirty Dozen
Dirty dozen adalah 12 jenis sayur dan buah yang disenaraikan oleh Environmental Working Group (EWG). Merujuk kepada sisa racun serangga yang ada pada sayur dan buah selepas dibersihkan dengan air.
Nombor 1 paling tinggi kandungan sisa racun serangga, dan nombor 12 paling rendah.
Mungkin untuk 12 jenis sayur dan buah dalam, kalian boleh cari yang organik. Pilihan yang lebih baik insyaAllah.
Lebihkan sayur dan buah dari senarai Clean Fifteen
Juga senarai dari EWG, sayur dan buah yang paling kurang sisa racun serangga yang ada padanya selepas dibersihkan dengan baik.
Pun begitu, baby corn ada kemungkinan datang dari benih GMO, maka sebaiknya cari yang organik juga.
Cari sayur dan buah organik
Sayur dan buah organik, bukan saja bermaksud ia tak gunakan racun serangga. Tapi banyak yang diambil kira, bermula dengan biji benih non GMO, kawasan tanah yang tak dicemari, baja organik yang tak ada bahan kimia merbahaya dan banyak lagi kriteria yang perlu disahkan oleh badan berkuasa seperti United State Department of Agriculture (USDA).
Boleh buat, yang mana sesuai dengan keadaan keluarga korang.
Tak semestinya kena cari yang organik. Tapi kalau sayur yang bukan organik, pastikan betul-betul kita bersihkan sayur tu, dengan salah satu dari tiga bahan yang saya kongsi. Kalau yang organik sekalipun, ada baiknya cuci bersih jugak.
Kita bukan je nak anak makan sayur dan buah yang sihat, tapi kita nak kurangkan jugak pendedahan pada saki baki racun serangga yang ada.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...