“Dah Sebulan Tak Tahu Macam Mana Nak Bina Rumah.” Luahan Nenek Ni Raih Perhatian, Ebit Lew Tampil Beri Bantuan!

Share

Melihat kemusnahan harta benda dalam banjir Yang melanda baru-baru ini meninggalkan kesan yang amat mendalam. Sayu Dan pilu mengenangkan segala yang diusahakan selmaa ini musnah sekelip mata.

Tidak terkecuali Rohana Mahfuz, seorang nenek yang berusia 76 tahun yang kehilangan rumah dek dihanyutkan oleh arus deras banjir.

Menurut kenyataan yang di muat naik oleh Ebit Lew di laman Facebooknya, seluruh rumah beliau telah dihanyutkan oleh arus banjir dan yang tersisa hanyalah tangga semata-mata.

Ebit Lew menjelaskan bahawa beliau akan membina semula rumah Nenek Rohana. Sepanjang pertemuan mereka, difahamkan Nenek Rohana hanya menangis menceritakan nasib dan ujian hidupnya.

“Syukur dapat hadiahkan nenek Rohana Mahfuz 76 tahun rumah baru. Setelah rumahnya hanyut banjir. Semuanya habis cuma tinggal tangga. Kami akan bina semula rumah. Menangis jer dari mula jumpa tadi.

“Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu jer saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga.

“Dari mula menangis jer. Katanya ini hari paling gembira dapat jumpa ustaz. Saya jarang menangis tapi hari ni nak menangis je. Selalu tengok dekat TV. Boleh tak ustaz jangan balik lagi. Nenek nak dengar nasihat. Nenek doakan saya ye. Mak ayah saya dah meninggal dunia. Saya perlu doa nenek. Terus nenek doakan saya. Syukur rasa.

Dalam perkongsian tersebut juga, Ebit Liew juga meminta semua pihak menitipkan doa semoga rumah yang bakal dibina untuk Nenek Rohana akan dapat disiapkan mengikut perancangan.

“Kami terus tengok plan rumah dan call kontraktor. InsyaAllah akan bina rumah baru untuk nenek. Nenek tiada suami dan anak-anak. Syukur adik beradik dan jiran tetangga ramai membantu. Serta masyarakat ramai membantu,” jelasnya.

 


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami