Dah Rasa Macam Dekat Kedai Resipi Ayam Panggang Mix Herb Dan Nasi Garlic Butter Ni. Terlajak Sedap!

Share

Hujung minggu ni tentu anak-anak inginkan masakan istimewa tapi yang ringkas.

Salah satu masakan yang digemari anak-anak adalah masakan berasaskan ayam.

Ikuti perkongsian wanita ini menggunakan resipi ayam panggang mix herb & nasi garlic butter.

Nikmati resipi terlajak sedap ni!


Resipi Ayam Panggang mix herb
Bahan-bahan:
• Ayam peha tight 4ketul
• madu 3 sudu besar
• mix herb 3 sudu besar
* bahan utk dikisar
• 2 ulas bwg besar
• 3 ulas bwg putih
• 1inci halia
• 1 senduk sos black pepper
• 1kuib pati ayam
• 100ml air
• 2 sudu besar gula
• 3 sudu besar olive oil
• 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan: 


Perap ayam bersama bahan yg dikisar dan bubuh 3 sudu madu dan 3 sudu mix herb td..perap selama 8jam (sy perap semalaman mlm perap esk tghari bakar)
Bakar suhu 180 darjah selama 45minit – 1jam bergantung kepada saiz ayam( sy bakar 1jam sbb ayam saiz xl)
Utk nmpk ayam lg cntik berminyak..selang 30minit sapu lebihan perapan dan sedikit olive oil.

Resipi nasi garlic butter


•Beras 2 setgh pot
• 4 ulas garlic (dicincang halus)
• 2 sudu butter
• garlic goreng
• 1sudu olive oil
• 1sudu kecil garam

Cara penyediaan
Tumis garlic yg dicincang td bersama olive oil..kemudian bila da garing bubuh butter..dalam 5minit masukkan beras yg telah dibasuh dan ditos kedalam periuk..kacau2 sehingga sebati dan bubuh garam..kacau2 kemudian bubuh air menggunakan pot nasi td sy letak 1 setgah cawan pot air (jgn bubuh terlalu banyak air sbb nasi garlic butter kalau lembik xsedap) kemudian ttup dan tggu sehingga masak dan boleh dihidang tabur bawang putih goreng td.

Ni bru 1st time sy post disini maaf kalu ada salah tata bahasa…suka masak dan sedang belajar memasak.

Selamat mencuba!

Kredit: NaNie Johari