Kehamilan

“Dah Rasa Isteri Akan Bersalin” Usop & Isteri Timang Anak Perempuan!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang selamat menimang anak keduanya selepas isterinya Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Bayi perempuan comel itu dilahirkan pada Selasa lalu di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Usop meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak keduanya itu namun ralat berikutan tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin kerana terlibat dengan persembahan.

“Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara mengejut.

“Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara disana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.

“Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Takkan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat,” katanya.

Sementara itu, Usop berkata dia sempat menemani isterinya makan di luar sebelum bertolak ke Sintok dan ketika itu belum ada tanda akan bersalin.

“Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian,” katanya.

Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga ada 4 Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhammaf Saif Umar kini berusia dua tahun.

MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my