“Dah Peluk Islam, Tak Boleh Buka Tudung…”-Jaga Aurat & Banyak Bersedekah, Margaret Gan Raih Pujian Netizen!

Share

Hidayah itu milik Allah, betapa beruntungnya buat pelakon veteran, Margaret Gan, 80 ketika diusia emas telah kembali fitrah.

Ramai mengucapkan syukur di atas penghijrahannya apabila telah berkongsi berita gembira tersebut di media sosial pada 15 Fabruari tahun lalu.

 

 

Ekoran hijrahnya itu, pada tahun ini merupakan kali pertama buatnya  meraikan sambutan Tahun Baharu Cina sebagai seorang Muslim.  Difahamkan sambutan Tahun Baru Cina kali ini dia banyak bersedekah, malah sentiasa bersyukur kerana sudah mampu menghafal surah al Fatihah dengan baik.

“Saya gembira meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun kerana menghabiskan masa bersama keluarga. Cuma, kali ini saya lebih gembira kerana banyak bersedekah. Ia membuatkan saya sangat seronok dan tenang jiwa.

“Alhamdulillah, saya juga masih dianugerahkan Tuhan menjalani kehidupan seperti biasa dengan bahagia bersama anak, menantu dan cucu, selain kesihatan yang baik serta peluang terbabit dengan banyak aktiviti kebajikan dianjurkan persatuan-persatuan yang mengajak saya menyertainya,” katanya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Bertanyakan tentang jadual hariannya, siapa sangka wanita berusia 80 tahun ini masih aktif menerima tawaran berlakon. Bahkan apa yang lebih membanggakan ketegasannya dalam memastikan setiap lakonan yang dibawa perlu memakai tudung.

Margaret berkata, dia sentiasa bersikap positif dan berfikiran terbuka apabila sering diberikan watak sama. Katanya, dia boleh saja melakonkan watak wanita Cina, tapi sekarang kenalah bertudung.

“Jadual aktiviti saya boleh dikata tetap sibuk walaupun sekarang jarang berlakon kerana watak tidak sesuai. Sebagai orang Islam dan bertudung, saya memang menolak tawaran berlakon yang memerlukan saya tidak bertudung.

“Tawaran berlakon itu masih lagi diterima, tapi ada juga yang menawarkan saya watak tidak bertudung. Jadi, tak bolehlah saya nak terima sebab saya dah beragama Islam dan bertudung. Saya pun tak akan sesekali membukanya (tudung).

“Lagipun, saya percaya dan yakin rezeki ada di mana-mana kerana Allah yang memberikannya. Macam saya, pada usia ’emas’ begini Allah bukakan hati dengan hidayah hingga rela memeluk Islam dan sekarang saya juga sudah hafal surah al Fatihah dan boleh membaca dengan baik.

“Ia memudahkan saya dalam bersolat, selain anak juga ada menyediakan guru untuk mengajar saya mendalami agama Islam. Jadi, saya amat bersyukur sekarang dan apa lagi yang saya mahu dalam hidup ini. Allah sudah berikan saya segala-galanya,” katanya sebagaimana memetik Harian Metro.

Ditanya juga simbolik Tahun Arnab yang diraikan pada Tahun Baharu Cina tahun ini, Margaret berkata, dalam hidup kalau nak berjaya dan mendapat keuntungan, kuncinya adalah rajin bekerja serta berusaha.

Katanya, tak ada apa yang datang bergolek kalau tidak buat apa-apa.

“Prinsip hidup saya mudah, jika kita rajin berusaha pasti hasilnya kejayaan. Tapi, kalau diri sendiri yang malas dan tak buat apa-apa, janganlah merungut, rasa marah atau sedih jika hidup susah. Hidup kita ini ibarat perjuangan,” katanya.

Terdahulu, Margaret bersyukur impian anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 38, untuk melihat dia memeluk agama Islam menjadi kenyataan tahun lalu selepas menunggu dengan sabar bertahun-tahun lamanya.

Sumber : Harian Metro

ARTIKEL MENARIK

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club