“Dah Pandai Cakap. Comelnya Jawab Tadaa, Siap Tangan Lagi.” Fazura Tanya ‘Nenek Mana’, Reaksi Fatima Buat Ramai Terhibur!

Share

Setiap kali videonya si muat naik, ramai yang geram dengan gelagat comelnya. Nur Fatima Aisya, anak kesayangan Fazura dan Fattah Amin kini sudahpun 8 bulan.

Walaupun masih kecil,  namun dia sudah meraih populariti sama seperti mommy dan daddynya. Seperti mana kanak-kanak lain seusianya,  biasanya usia begini sudah diperkenalkan dengan makanan.

Jika sebelum ini video Fatima ketika sedang seronok menjamu selera ditunjukkan, kali ini gelagat lain pula yang dibuat Fatima.

Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, satu video dimuatnaik akan gelagat comel Fatima.

Kelihatan  Fatima sedang duduk di atas kerusi bayinya sambil tangan diletakkan di mulut, seolah-olah nampak seperti Fatima sedang termenung. Seketika kemudian, terdengar suara mommynya bertanyakan kepada  Fatima ‘nenek di mana’ .

Mendengar akan soalan itu, Fatima secara spontan berpaling dan menyebut ‘tadaa’ sambil sebelah tangannya di tunjukkan ke hadapan.

Cukup comel dan mencuit hati gaya Fatima yang sudah pandai memberi respon.

Gelagat Fatima nyata meraih perhatian peminat. Rata-rata rerhibur dengan aksi anak kesayangan Fazura dan Fattah ini.

Clever girl lah Fatima, so cute. Pandai jawab mommy tanya dah, makin besar makin comel Fatima. Lepas ni dah bercakap riuhlah haha.. “

” Sempat termenung Fatima, cute je jawab dia tu. Ulangbyk kali tgk, mummynye excited sebut takde tu hehe.. “

” Comelnya Fatima jawab, Takda dia tu geram je tengok. Kemaen santai tangan kat kerusi tu, siap pakej termenung lagi haha, Fatima Fatima.. “

” Ala comel dah pandai cakap, sumpah comel dengar suara Fatima jawab tadaa tu. Siap tangan lagi tu, cuteness overload baby Fatima.. “

” Ololo cute Fatima jawab soalan mommy, dah nak pandai cakap dah Fatima. Comel je Fatima sebut tadaa dengan gaya tangan tu.. “

Sumber:fattzuralovelife

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club